Puaka Tapak Pembinaan


Saya ingin kongsikan dengan anda, satu lagi pengalaman seram saya sewaktu saya bekerja di Bukit Beruntung dulu, di sebuah tapak pembinaan.

Saya kena menginap di situ bersama rakan sekerja saya. Jadi tidak perlu lagi berulang alik dari Gombak.

Maksudnya tinggal kongsi. Kerja saya ketika itu memasang tingkap dan aluminium. Kira kerja sebagai buruh.

Saya merupakan seorang yang boleh dikatakan mudah mesra dan bergaul dengan warga Indonesia kerana mereka juga begitu.

Seperti kebiasaan apabila waktu malam, saya akan pergi duduk-duduk lepak di kantin sambil menonton televisyen.

Setelah mengantuk, barulah saya pergi naik tidur. Suasana di kawasan itu, bukannya terang benderang pun.

Di situ hanya diterangi cahaya mentol kalimantan dan mentol pijar yang malap.

Bila sebut malam, sekitar kawasan itu sunyi. Ditambah pula banyak anjing yang berkeliaran. Naik risau saya jadinya.

Sesekali mereka bersahut-sahutan, bak kata orang kalau bunyi menyahut panjang di tengah-tengah malam, maka mereka sebenarnya ada nampak sesuatu.

Kemudian saya abaikan lantas bersiap untuk tidur. Kawan sekerja saya, Nursi dah lama lena. Dia letih tak ikut saya menonton.

Pada lewat tengah malam, kalau tak silap saya, rasanya mungkin pukul 2 pagi begitu, saya rasa nak kencing.

Ini yang buat saya rasa tak seronok sangat tengah-tengah larut malam begitu kantung penuh pulak.

Saya bukan pemberani pun tapi buat saja berani, terus bangun dan turun ke bawah sambil bawa botol air. Saya malas nak pergi jauh-jauh.

Orang lelaki, selit celah-celah mana sahaja sudahlah. Tengah gawat nih. Saya pun basuh.

Waktu saya nak naik semula tu saya rasa muka saya ni ditiup angin begitu. Saya pun buat tak tahu walaupun bulu tengkuk dah beri tanda, ia meremang.

Saya pun kembali baring. Tempat tidur saya agak jarak dengan Nursi, dia rapat ke dinding sana saya pula di sebelah sini.

Waktu saya tengah pusing berpaling ke arah Nursi... Alangkah terkejutnya saya!

Betul-betul di hadapan mata saya, sehingga terbeliak jadinya. Saya tak sangka.

Saya nak jerit pun tak boleh, terketar-ketar lutut saya. Seluruh tubuh macam keras kejung. Kaku.

Ya Allah! Apa benda tu? Dalam samar-samar, lidahnya terjelir panjang sampai ke muka Nursi. Tanduknya melengkung ke hadapan.

Matanya merah menatap Nursi, ekornya panjang manakala kaki dan tangan seperti biawak.

Kepala makhluk itu seperti mawas tapi berbadan seperti biawak. Taringnya nampak jelas saat ia perlahan-lahan berpaling pula ke arah saya.

Matanya yang merah itu merenung saya. Saya seperti nak terkencing kedua kalinya. Saya cuba kawal perasaan saya, saya kumpul kekuatan tarik kain palikat.

Saya tutup wajah saya. Saya menggigil ketakutan, lantas baca ayat suci yang terlintas dalam kepala saya agar tidak diganggu.

Sungguh detik mencemaskan bagi saya. Betis saya rasa halus sangat. Kepala saya pun kecut habis. Andrenalin laju.

Nafas saya turun naik, jantung degup kencang menahan debaran. Saya cuba abaikan sehinggalah saya akhirnya terlelap.

Esoknya saya tanya Nursi, ketika dia tidur ada apa-apa yang berlaku tak? Lalu dia pun beritahu bahawa ada sesuatu yang telah menindihnya sehingga dia tidak dapat bergerak dah bernafas.

Sambungnya lagi, dia melihat ada makhluk bertanduk menerkam dan menindihnya. Dia tidak dapat bergerak dan bersuara.

Seterusnya katanya, dia berulang-ulang kali membaca Ayatul Kursi dan sambil sedaya upaya menemukan kedua-dua ibu jari kaki kanan dan kirinya agar bersentuhan.

Tidak lama, makhluk itu lenyap dan badannya kembali dapat bergerak. Itulah yang dia beritahu saya...

Oleh: Rashid Salim

notis: gambar hiasan.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Puaka Tapak Pembinaan"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK