Misteri Suara Tangisan Tengah Malam


Peristiwa ini terjadi pada tahun 2004, pada ketika itu pekerjaan aku adalah memasang tingkap dan cermin di bangunan kondominium Desa Putra, Wangsa Maju. Ianya berdekatan dengan stesen LRT Putra Sri Rampai yang mana pada waktu itu stesen tersebut belum lagi beroperasi.

Bos meminta supaya aku tinggal di kongsi bersama-sama dengan pekerja asing yang lain. Kalau nak dikira, cuma aku seorang sahaja pekerja berbangsa Malayu yang tinggal bersama mereka.

Ya, dalam kompeni aluminium di kilang itu, hanya aku sahaja Orang Melayu tempatan, yang lain merupakan buruh berasal dari Indonesia dan juga termasuk Myanmar.

Demi mematuhi arahan, maka aku turuti sahaja. Mandi, makan dan pakai semuanya adalah di situ. Itulah pengalaman yang sangat berharga bagiku.

Kehidupan seperti sahaja orang setinggan tapi tetap sahaja best. Tapi dalam keseronokkan bekerja, ada juga bahagian yang tak best, part kena usik. Nanti aku cerita.

Sebelum aku dipindahkan ke situ, menurut mereka ketika pembinaan asas bangunan, katanya pernah ada kes buruh perempuan terjatuh dari lantai 17, itulah yang mereka katakan.

Pekerja perempuan itu mati serta merta. Di sana, perempuan pun turut sama bekerja dalam sektor buruh. Kebanyakkan mereka adalah dari Indonesia.

Mengerikan juga bila dengar macam tu. Dan pekerjaan yang aku lakukan pun boleh tahan risikonya dalam bab kena panjat scaff building. Semakin lama semakin tinggi aku kena pasang.

Masa tu tahap gila khinzir juga berani aku tanpa pakai safety belt. Kenapa hal itu terjadi? Kerana pihak kilang aku sebenarnya tak pergi hantar pun aku ke kursus keselamatan CIDB mahupun NIOSH, habislah aku pecah lubang!

Akhirnya kena saman oleh pemaju. Bodoh, kan? Akhirnya kad dikeluarkan setelah aku diminta mengikuti panduan keselamatan.

Kerja bersama mereka ni aku tengok ada yang sikit pun tak titikberatkan soal keselamatan, sebab itu ada sahaja yang berani selamba panjat. Kebal ilmu dorang ni.

Tapi aku dah pakai alat-alat keselamatan walaupun agak renyah. Itu demi keselamatan nyawa. Jika tidak, aku pasti terbunuh kalau terjatuh. Semakin tinggi, semakin gayat.

Baiklah, aku cuba ringkaskan cerita aku ni. Bukan apa, kasihan jenuh anda nak membacanya sampai habis, kan? Tapi kalau jenisy ang memang minat membaca, Alhamdulillah... teruskan pembacaan anda. Anda memang insan yang hebat!

Baiklah, kita sambung....

Suatu malam yang hening, ketika aku sedang tidur dalam kabin kontena, tiba-tiba aku terdengar suara perempuan menangis. Huuuuu huuuuuuu........ suaranya halus-halus je.... sayup-sayup.

Suara itu telah membuatkan aku terjaga. Kemudian aku cuba bangunkan rakan sekabin tu, malangnya tak diendahkan. Suara itu kedengaran semakin sayup-sayup.

Lama juga aku dengar suara perempuan tu menangis. Seriau aku rasa. Merinding habis bulu roma aku ni. Aku cuba buat tak layan, tapi ia tetap ada. Badan aku dah berpeluh.

Andrenalin berubah pantas. Perasaan semakin tidak tenang. Walau bagaimanapun aku cuba juga lelapkan mata. Suara tadi lenyap tiba-tiba. Aku syukur sangat-sangat. Namun, agak sukar untuk lelap semula.

Tapi lama kelamaan, mataku mula layu kemudian terlelap juga akhirnya. Aku pun dah tak sedar pukul berapa dah waktu tu. Tak pula aku jengah jam di telefon Nokia Xpress Music.

Bila aku terjaga, seluruh badan aku terasa kebas. Tahu-tahu sahaja hari dah siang, aku pulak bukan berada di kabin, tapi berada di tingkat 17 Blok B. Ah!!! Bila masa aku berpindah tempat tidur ni??? Kenapa aku ada dekat sini pulak???

Memang aku tak sangka sama sekali terjaga dari tidur, aku berada di blok tersebut di lantai 17 yang mana tempat pekerja perempuan pernah terjatuh dan mati.

Gerun aku wei. Memang berdebar-debar jantung aku masa tu. Gigih pulak hantu tu angkat aku bawak naik sampai lantai 17 dan aku tak tahu apa motif dia buat macam tu. Boleh jadi misteri suara tangisan di tengah malam adalah dari dia.

Aku toleh keadaan sekeliling, memang buat aku meremang habis. Dengar-dengar je bunyi tapak kaki orang berjalan.

Aku tak fikir pekerja lain sebab tak ada suara sesiapa melainkan bunyi derap kaki sahaja yang semakin lama semakin menghampir aku. Ah sudah! Perasaan aku semakin cuak. Peluh tak henti-henti mengalir.

Selepas tu... sekali lagi aku dengar suara perempuan menangis.... kecut perut aku. Cuak gila! Aku dah tak tahu nak buat apa. Masa tu aku cepat-cepat bergegas turun melalui tangga.

Memang kecut habis kepala aku masa tu. Memang tak fikir apa dah. Bayangkanlah keadaan tangga penuh halangan, aku terjah macam tu je. Silap langkah aku boleh tersembam. Tapi Alhamdulillah, aku selamat.

Bila aku tiba di kabin, badan aku semua dah lencun, lelah aku jadinya. Aku ambil masa nak ceritakan apa yang berlaku, mereka seolah-olah dah biasa dengan benda-benda begitu.

Eh? Ingat aku main-main ke? Ni serius ni, aku dah panik gila. Aku dah tak nak duduk situ. Aku nak balik hostel. Serius aku tak berani. Kalau terserempak dengan roh perempuan tu, habislah aku.

Tapi itulah, kena kuatkan semangat. Bila dah makan gaji ni kena juga hadap. Bertabah sahajalah aku... Syukurlah, keadaan masih okey walaupun seminggu aku ambil cuti sebab demam. - Sekian.

Ditulis oleh : Rashid Salim
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

2 Responses to "Misteri Suara Tangisan Tengah Malam"

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK