Siri Seram Hakim - Bab 1

Bab 1

 

Pada suatu pagi menjelang tengah hari.... Di sebuah kedai runcit bahagian sayur-sayuran. Heliza bercerita dengan Wawa tentang apa yang dia tahu. Dia khabarkan kepada Wawa bahawa arwah Hakim laki si Sarah tu ada sesuatu.

“Sesuatu?” Wawa pelik.

“Ye Wawa. Dari dulu lagi aku tak setuju Sarah kawin dengan Hakim tu. Kau tengok apa dah jadi. Dah menjanda kawan kita sorang tu.” Ujar Heliza.

“Tak baik kau main tuduh-tuduh Liza, dah memang Sarah berkenan kat Hakim tu nak buat macam mana.” Wawa pandang pula ke arah sayur sawi.

“Haish... Kau tau... Tak dak sapa yang berkenan kat Hakim jongang tuh, kecuali Sarah. Pasti ada ilmu yang dipakai tuk dapatkan Sarah tu. Sebab tu Sarah tu sampai sekarang tergila-gilakan dia. Kau tau, walaupun Hakim tu dah arwah... Aku dengar... Roh dia tak tenteram tau tak?” Beritahu Heliza lagi sambil pilih-pilih terung bawa masuk dalam bakul.

“Iya ke? Sampai macam tu sekali? Apa yang dia dah buat?”

“Masa bomba jumpa jasad dia dalam air tu... Tu bukan dia... Tu benda dia... Hakim yang sebenar dah mati. Sebab tu... dua minggu kemudian baru orang jumpa mayat sebenar dia...” Kata Heliza bersungguh-sungguh.

“Saka ke?” Duga Wawa.


Sruhhhhhhhh... Tiba-tiba entah dari mana ada angin melanggar wajah mereka berdua. Berkelip-kelip sejenak mata jadinya. Tatkala itu bulu roma mereka pun meremang.

“Eh Wawa, aku rasa tak sedap hati la…”

“Ha`ah la… aku rasa macam ada benda duk perhati kita je…” bisik Wawa pula. Mereka mula rasa tak tenang.

Oleh kerana perasaan rasa lain macam, maka mereka pun cepat-cepat beredar meninggalkan kedai runcit tersebut.

Masa dalam perjalanan balik, masing-masing rasa diekori. Memang tak senang duduk dibuatnya. Pantas mereka balik ke rumah masing-masing dan segera tutup pintu rapat-rapat.

Heliza yang termengah-mengah tu ditegur Zaleha yang mesra dipanggil Leha. “Kau kenapa Liza macam kena kejar hantu je?” soal ibunya.

“Tak ada apa-apa mak. Eh mak… mak…” Dia cepat-cepat gapai tangan ibunya dan dibawa duduk di sofa. “Liza rasa kan mak, arwah Hakim tu ada pakai benda la… sebab masa dekat kedai tadi macam ada benda dia ikut kami.” Heliza bersungguh-sungguh menceritakan apa yang terjadi tadi.

“Memang mak agak lama dah… sebab masa dia nak dapatkan si Sarah dulu tu pun mak dengar-dengar dia guna-gunakan si Sarah tu… mujurlah dia tak guna-gunakan anak mak ni masa mak tolak pinangan dia dulu.”

“Ish mak ni… Liza memang tak berkenan dengan arwah tu mak… tapi sekarang ni Liza rasa tak sedap hati sebabnya ia melibatkan Sarah. Kasihan Sarah kena guna-guna dengan si Hakim tu.”

“Tapi beruntung si Sarah tu Liza, boleh jadi banyak dapat harta si Hakim tu. Ya la dulu masa dia nak meminang kamu, dia apa pun tak ada… tapi jutawan dia sekarang. Sayangnya dah mati pulak.” Ujar Leha.

“Eh tak nak la, Hakim tu kan jongang, nanti dapat anak jongang-jongang macam dia, susah… kasihan anak-anak nanti.” Sempat lagi Heliza membidas orang yang sudah tiada.

Dalam masa yang sama di rumah Wawa pula, ibunya terkejut Wawa hempas pintu dengan kuat. Hasnah yang mesra dipanggil Senah menggosok dada sambil berkata, “Kau ni dah kenapa Wawa… kalau mak ada lemah jantung, dah pengsan mak tadi.” Ibunya yang sedang melipat pakaian terhenti seketika.

“Mak, tadi Liza ada cakap dengan saya, yang arwah Hakim tu mewarisi saka.” Beritahu Wawa sambil mendekati ibunya.

“Iya ke? Laaa patutlah pelik semacam kes dia tu….” Senah angguk-angguk.

“Ya mak… Liza yang cakap. Benda dia duk kacau orang ni nak balas dendam. Tak tahulah kenapa.”

“Balas dendam? Siapa yang cakap?” Senah ingin tahu.

“Erm… saya yang cakap. Tu saya yang rasa la…” Wawa garu-garu kepala.

“Kamu ni Wawa, pandai-pandai la tokok tambahnya. Tapi ada betulnya jugakan. Kalau tak, takkan benda tu boleh ikut si Sarah tu balik rumah. Lepas tu ghaib… memang saka tu…” balas Senah mendukung kata-kata anaknya.

“Tadi masa kat luar, saya rasa benda tu macam ikut kami mak… serius saya takut.”

“Kamu jangan risaulah, benda tu takkan berani kacau kita. Mak mintak pertolongan dengan Jusoh. Dia dah pun pagarkan rumah kita ni.” Kata Senah menenteramkan jiwa anaknya.

“Huh…” Wawa rasa lega.


***

Meremang bulu roma Khatijah apabila terdapat satu jasad merangkak keluar dari tebing tasik menuju ke arahnya.

Melihat dari raut wajah itu, ia seperti wajah anak lelakinya. Mustahil!!! Anak lelakinya telah meninggal.

Jasad yang terlihat buruk amat mengerikan itu benar-benar menyerupai paras rupa Hakim.

Ibu.... Tolong Hakim Ibu.... Suara rayuan Hakim kedengaran. Tangan Hakim mula menggapai ke arah Khatijah kira-kira jarak beberapa meter sahaja.

Hati ibu manakah yang tidak bergoncang tatkala mendengar suara rintihan anaknya. Khatijah mahu menyambut tangan itu. Dia mula melangkah mendekati Hakim.

“Hakim... Anak ibu....” Ucap Khatijah dengan linangan air mata.

“Ibu...” Tangan Hakim hampir menyentuh tangan Khatijah.

Tiba-tiba....

“Tijah!!!”

Tangan Khatijah cepat ditarik ke belakang. “Awak dah kenapa?” Soal Karim suaminya.

Khatijah terpinga-pinga sendiri. Dia bingung. Kelibat yang dilihatnya tadi hilang.

“Saya nampak Hakim bang...” Ucap Khatijah sambil tunjuk ke arah tebing. Hampir sahaja Khatijah terjatuh ke situ tadi.

“Awak tu dah la tak tahu berenang. Kalau terjatuh tadi macam mana?” Karim menggeleng.

“Betul bang, saya nampak anak kita.”

“Tijah, anak kita dah tak ada.”

“Ada bang, anak kita belum mati.”

“Bawa mengucap Tijah, istighfar banyak-banyak. Dah mari kita balik. Sarah dah tunggu dekat kereta dah tu.” Ujar Karim.

Khatijah terbungkam. Ingatan pada satu-satu anaknya sangat kuat.


***

Heliza ni bila bab mengata memang nombor satu. Kalau tak mengumpat pasal arwah Hakim tu memang tak sah. Teman gosipnya tak lain tak bukan adalah Wawa. Si Wawa ni suka tadah telinga mendengar apa sahaja yang dikatakan Heliza. Tak kira tempat ada sahaja gosip hangat diperkatakan.

“Eh Wawa, semalam aku dengar Mak arwah Hakim tu bertengkar dengan Sarah…” Ujar Heliza sambil cuit lengan Wawa yang sedang menggulung popia di ruang dapur. Heliza datang bertamu rumah Wawa. Wawa ni ambil tempahan buat popia gulung cheese. Heliza ni dah tak ada kerja nak buat petang tu datanglah rumah Wawa nak bercerita pasal hal tu.

“Iya ke Liza? Pasal apa pulak ni?”

“Kau tau… Ada patut dia kata Sarah tu yang pedajalkan anak dia.”

“Iye….? Hurm… Aku dah agak dah Liza… perkara ni mesti timbul. Ye la.. walaupun Hakim tu tak hensem tapi berduit. Tauke ayam pulak tu.” Tambah Wawa pula.

“Aku rasa mak dia tu sengaja tuduh dia nak bolot harta Hakim. Tapi takkanlah Sarah nak buat macam tu kan? Tapi tak mustahil jugak kan?”

“Kau rasa Sarah macam tu ke? Gila harta?” Wawa angkat kening.

“Ye la… Hakim tu jongang kut… dah la tak hensem…”

“Tapi banyak duit, kan? Perempuan mana tak suka duit…?”

“Jadi kau pun sanggup la berlaki dengan lelaki tak hensem?” soal Heliza cuba menyangkal apa yang Wawa katakan.

“Zaman sekarang ni Liza… walaupun duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan duit…”

“Jadi maksud kau… memang Sarah tu bunuh Hakim?” Heliza beranggapan ada sesuatu yang tak kena. Boleh jadi apa yang Khatijah mak kepada arwah Hakim tu kata ada betulnya. Tapi… takkanlah kawannya itu iaitu si Sarah sanggup bertindak sedemikian? Heliza pun tak pasti dia saja je teka.

“Eh Liza… dorang tu baru je kahwin kan… dah jodoh dorang tak panjang nak buat macam mana…”

“Tapi Wawa… kematian Hakim tu misteri tau… yang balik masa ia dijumpai lemas tu siapa? Kau tak rasa pelik ke? Lepas tu tiba-tiba ghaib? Kemudian dua minggu selepas tu mayat sebenarnya ditemui…” Heliza mahu Wawa ingat semula.

Wawa berkerut dahi. Meremang pulak bulu romanya bila ingat semula cerita tu. Sekarang perkara tu masih baru lagi. Kubur Hakim masih merah lagi.

“Ish… dah la Liza… seram pulak aku dengar. Sekarang ni macam mana dengan Sarah?” Wawa ingin tahu keadaan kawan itu.

“Sarah pertahankan diri dia la. Dia pun meradang la, dia pun cakap yang mak mentua dia tu sengaja nak tuduh dia sebab dari awal lagi dah mak mentua dia tu tak suka dia.”

“Tapi masa awal-awal kahwin aku tengok mereka berdua elok je…” Sangkal Wawa yang beranggapan bahawa keadaan tak sedemikian.

“Itu dari pandangan kau je Wawa… hakikatnya Mak Cik Tijah tu sebenarnya tak sukakan Sarah tu, memang dia anggap Wawa tu tak ikhlas cintakah Hakim dan anggap Sarah hanya pandang harta Hakim je… sebab tu aku pun tak setuju Sarah bercinta dengan Hakim tu, gara-gara ni la. Pasti perkara ni akan timbul…”

“Ya la… betul apa yang kau cakap tu…” balas Wawa. Heliza angguk.

Tiba-tiba gelas kaca yang berada di tepi rak dekat singki jatuh ke lantai.

“Opocot!!!” Wawa terperanjat. Heliza juga turut terkejut. Dia mengusap dadanya sendiri. Mata mereka terpandang ke arah serpihan kaca yang berderai itu.

Kemudian ada sesuatu bau menusuk rongga hidung mereka. “Liza… kau ada bau sesuatu tak?”

“Busuknya Wawa… bau apa ni?” Heliza menutup hidungnya. Bau seperti bangkai tiba-tiba muncul. Wawa sendiri pun tak tahu bau apa, tapi memang sungguh busuk, entah dari mana ia datang.

Gedegang!!!

Jendela dapur berdekatan singkinya terkatup kuat seperti ditolak angin. Bertambah terperanjat mereka berdua di senja itu.

Bersambung...

Penulis : Rashid Salim

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

3 Responses to "Siri Seram Hakim - Bab 1"

  1. πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ

    BalasPadam
  2. Best...��������������

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK