Misteri Tasya


TAJUK : MISTERI TASYA
PENULIS : RASHID SALIM

Pada suatu malam Farah kelihatan begitu gelisah. Dia ingin pulang dari asrama. Minggu peperiksaan pula bakal menjelang tiba. Dia tidak dapat fokus kerana tidak dibenarkan balik rumah.

Kawan-kawannya yang lain pun rasa begitu. Pihak pengurusan asrama menahan mereka pada minggu ini. Mereka rasa bosan. Maka dengan itu Farah berbincang dengan Hani dan mencadangkan sesuatu.

Mendengar cadangan tersebut, Hani bersetuju melakukan helah agar dengan cara itu mereka akan dibenarkan pulang.

"Aku akan mulakan dulu," ujar Farah rakan sebilik Hani.
 
Selepas itu giliran Hani pula menjerit seperti kerasukan nampak hantu. Perkara tersebut sampai kepada pihak warden lalu bergegas menemui mereka.

Kemudian Farah menjerit dan menggelupur di lantai. Teriakan itu menarik perhatian kawan-kawan yang lain yang kononnya histeria telah berlaku.

Melihat mereka menjerit tak tentu arah, warden perempuan pun sedikit menggelabah. Namun datang warden lelaki lalu berkata, "Jangan percaya mereka. Ni saja buat-buat."

"Kalau korang tak senyap, saya hantar korang ke hospital," warden Fauzi ugut. Tapi mereka terus juga jerit. Mungkin ingat main-main. Tapi warden Fauzi betul-betul call pihak hospital datang.

Mereka terus menjerit, kemudian warden perempuan diminta untuk tenangkan mereka namun masih tidak berkesan.

"Takpe, mereka sedang berusaha keras nak kita percaya," kata warden Fauzi.

Bila ambulan datang, Hani terus senyap, manakala Farah masih menjerit. Bila dah keadaan macam tu, Farah dibawa ke hospital.

"Macam mana ni? Ni serius." Warden Izati agak cemas.
 
Farah agak kecewa lakonanya gagal. Rupa-rupanya warden Fauzi langsung tak terkesan dengan tipudaya itu.

Sampai ke hospital, warden pun cakap kat doktor, "Tolong suntik dia dengan jarum yang paling besar sekali."

Tiba-tiba Farah pun senyap kemudian berkata, "Dah ok warden."
 
Warden Fauzi masak sangat dengan helah budak-budak berlakon histeria sebab nak balik rumah. Akibat dari itu mereka terpaksa tinggal di asrama juga.

Semasa di dalam bilik asrama, dia mengeluh. Hani pun turut mempamerkan kekecewaan. "Plan kita tak menjadi..." Farah menongkat dagu. Hani mencebik.
 
Setahu Hani, rakan sebilik Tasya dibenarkan pulang atas faktor kesihatan. Jadi Tasya tinggal sendiri. Barangkali nak lepak dalam bilik ni agaknya, itu telahan Hani.

"Nasib kurang baik..." Balas Hani.

Tidak semena-mena pintu bilik mereka diketuk pada jam 1 pagi itu.

"Eh, siapa tu?" Tanya Farah.
 
"Mungkin Tasya kut... Dia tu biasalah, ada la tu nak membawang atau pinjam sesuatu."

"Kau pergilah tengok." Pinta Farah lalu Hani pun bangun dari duduknya.
 
"Ada apa Tasya?" Soal Hani tapi Tasya hanya diam sahaja cuma Hani pelik, wajah Tasya nampak pucat.

Betul sangkaan mereka, itu Tasya tercegak depan pintu sebaik sahaja dibuka.
 
"Kenapa ni Tasya? Aku tengok kau macam lesu je? Ada masalah ke? Cuba cerita kat kitaorang? Ke kau masih runsing fikirkan pasal kitaorang buat-buat histeria tadi?" Hani ingin tahu.

"Hani, ajaklah Tasya masuk." Ucap Farah yang duduk berhampiran tingkap.

"Ha'ah Tasya, meh la masuk dulu."
 
Tasya pun masuk perlahan-lahan. Tangannya langsung tak berhayun bersama langkah kaki. Setibanya di birai katil, dia kaku sahaja.

Farah dan Hani memandang pelik tingkah Tasya. Mereka berasa hairan. "Duduklah Tasya." Bila Farah menyuruhnya duduk, barulah Tasya duduk.
 
Tiba-tiba pintu bilik mereka terbuka semula dengan sendirinya. Tasya bangun dari duduknya. Farah dan Hani masih disentap keliru.

"Hmmm...." Keruh nada Tasya.
 
Farah dan Hani berpandangan. Mereka bertambah hairan.
 
"Aku cuma risau kalau korang benar-benar histeria bila nampak hantu," kata Tasya perlahan. Suaranya seakan-akan berbisik.

Semakin resah perasaan Farah dan Hani merasakan Tasya macam pelik.
 
"Sebenarnya aku dah mati," terkejut Farah dan Hani.

"Tapi kami nak balik, sebab tu kami buat macam tu. Aku rasa kau pun tak nak stay asrama lama-lama, kan?" Kata Farah.
 
Jeritan mereka mengejutkan penghuni lain. Ketakutan mereka betul-betul berlaku. Sehingga ada yang ikut menjerit sama. Ada yang menutup mata seperti nampak sesuatu.

"Mati?!" Ujar Farah dan Hani serentak. Terkejut beruk mereka mendengar pengakuan Tasya. "Kenapa? Korang tak percaya?"
 
Tasya berjalan keluar. Dek hairan, Farah dan Hani mengekori dari belakang. Mereka ikut Tasya sampai depan pintu bilik Tasya. Bertambah terkejut bila mereka nampak Tasya menembusi pintu itu masuk ke dalam sedangkan pintu masih tertutup.

Melihat kejadian tersebut yang benar-benar berlaku dihadapan mata mereka maka kali ini jantung mereka begitu bergetar kencang tidak seperti kepuraan mereka sebelum ini. 

"Arghhhhhh!!!!"
 
Semenjak Asrama Baiduri itu dikatakan angker, ramai pelajar mengadu bahawa sering ternampak kelibat perempuan berambut panjang tidak terurus berjalan seorang diri di koridor. Bahkan ada yang diganggu di dalam bilik air ketika sedang mandi.

Kali ini ramai yang menjerit. Warden Fauzi dan warden Izati merasakan mereka masih tak serik-serik membuat helah, tapi kali ini terlalu ramai. 

Apakah mereka berpakat lagi?
 
Farah berasa terkejut, dia menendang pintu bilik Tasya. Alangkah terkejutnya dia melihat Tasya tergantung di kipas siling.


Warden Izati dan warden Fauzi yang bergegas ke situ turut menyaksikannya. Tasya mati membunuh diri. Punca dan sebab Tasya bertindak sedemikian tidak diketahui.

Setahu mereka, Tasya seorang pelajar yang pintar, namun memilih jalan ini. Pasti ada sesuatu yang mempengaruhinya.
 
Namun, ada di antara penghuni asrama berikutnya pernah nampak kelibat Tasya berjalan seorang diri di koridor. Asrama itu, kini dikatakan angker.

Farah dan Hani tak pernah tahu dan terfikir Tasya akan mengambil jalan mudah. Sejak kejadian itu, pihak asrama tidak terlalu mengokong pelajar.

***
 
“Kau ni terlalu sangat fikirkan yang bukan-bukan la Nad. Tu semua mainan tidur.”

Ada juga pintu bilik asrama diketuk-ketuk tengah malam. Gara-gara itu ada di antara mereka tidak tahan lagi dengan gangguan tersebut lalu mengadu kepada pihak pengurusan untuk diambil tindakan sewajarnya.

Pihak asrama telah memanggil ustaz dan membuat solat hajat bagi mengusir anasir-anasir jahat maka gangguan tersebut reda untuk beberapa ketika namun tidak berapa lama kemudian ia muncul kembali.
 
“Serius ni, aku mimpi hantu.” Ujar Nadia kepada Shima yang sedang membelek-belek buku menyiapkan tugasan.

Menurut Nadia pelajar semester satu itu, dia pernah bermimpi akan seseorang yang mati membunuh diri di dalam sebuah bilik. Rohnya terseksa.
 
“Tapi kau tak terfikir ke kenapa aras atas asrama kita ni kosong?” Nadia bangun dan berdiri sebelah Shima. “Bilik yang kosong tu betul-betul berada atas kita ni tau.” Ujarnya lagi.
 
Nadia rasa Shima tak berminat untuk ambil tahu. Disebabkan itu dia rasa sedikit kecewa. Sebenarnya perasaannya terganggu dengan suara itu. 

Dia pun pelik, cuma kadang-kadang rasa seram juga. Nak kata pelajar bilik sebelah, takkan tengah-tengah malam sibuk menangis? Sayup-sayup pulak tu kedengaran.

“Dah tu, apa yang peliknya?”
 
“Shima… kau tanya aku apa yang pelik? Setiap malam aku dengar suara orang menangis tau. Kau tak dengar ke? Suara tu dari bilik atas ni.” Balas Nadia.

Shima pandang Nadia. Dia berhenti menaip pada komputer ribanya. Buku ditutup. Dia bangun dan memasukkan buku-buku tu dalam beg yang berada di atas katil. Dia kembali semula dan tutup komputer riba.

“Itu cuma perasaan kau saja.”
 
“Tak Shima. Aku rasa ada sesuatu yang tak kena. Habis tu kenapa aras tu kosong tak ada pelajar yang dibenarkan tinggal di situ?”
 
“Shima, petang tadi ada pelajar senior kita beritahu aku sesuatu.”

“Aku malas nak bercakap pasal ni. Apa kata kita tidur. Pagi esok ada kelas. Dah dah tutup lampu tu.” Pinta Shima yang sudah bersiap sedia untuk berbaring. “Dah la Nad, tutuplah lampu tu, aku nak tidur.” Shima mengelak.
 
Dia bangun dan duduk di birai katil dalam keadaan samar-samar itu. Tiba-tiba telefonnya berbunyi, tiada nombor yang tertera.

Pukul 12:30 pagi, Nadia rasa serba tak kena. Dia yang berada di katilnya itu tak dapat nak lena. Sepertinya ada sesuatu yang menganggu fikiran. Dia teringat kata-kata seniornya petang tadi.
 
“Dua tahun lepas, ada pelajar bunuh diri di Asrama Baiduri,” Hannah pelajar senior memberitahu Nadia.

“Lepas tu?”
 
“Tiada siapa tahu punca kenapa Tasya membunuh diri. Sekarang jelmaan Tasya dikatakan telah mengganggu kita semua.”

“Apa yang Tasya mahukan?”
 
“Kami tak tahu. Dia merupakan pelajar semester akhir. Rakannya yang jumpa mayatnya tergantung dalam bilik tu. Mereka pun tak tahu apa puncanya. Katanya sebelum kejadian tu, roh Tasya datang menemui mereka di bilik dalam keadaan yang mencurigakan.”

“Jadi, disebabkan itu bilik berkenaan kosong?” 

“Ya.”
 
Tiba-tiba Nadia rasa nak buang air. Cuma dia rasa agak risau tengah-tengah malam begini hendak pergi ke bilik air seorang diri. Serba salah jadinya hendak dikejutkan Shima atau tidak.

Namun begitu, Nadia rasa Hannah seperti mereka-reka cerita untuk menakut-takutkannya. Dia cuba berbincang dengan Shima soal ni, tapi Shima tak percaya cerita karut marut. Shima langsung tak bagi dia peluang menceritakan hal tersebut. 

‘Unknown Number’
 
Perlahan-lahan dia membuka pintu biliknya. Dia mengatur langkah pergi ke tandas seorang diri. Dia tak tahan lagi. Shima tidak mahu menemaninya. 

Tiba-tiba dia rasa seperti diekori dari belakang. Terketar-ketar lututnya. Dalam hatinya berdoa semoga tiada apa-apa yang berlaku.

Dia swap, tapi tiada suara yang menyahut. 

“Hello…” sebut Nadia. Senyap. 

“Hello…”

Senyap.
 
Beberapa kali Nadia sebut hello, namun tiada berjawab. Tidak semena-mena, terdengar suara tangisan sayup-sayup dari telefonnya. Bergetar jantung Nadia. Tercampak telefon itu ke katil. Nadia rasa berdebar-debar.

“Shima! Shima!” Dia bangunkan Shima, seluruh tubuhnya meremang. 

“Ishhh… ada apa Nad? Aku nak tidur ni…”
 
“Sorrylah Shima, aku takut.”

“Shima, aku dapat panggilan misteri ni!”
 
“Tidurlah… apa-apa hal pun kita bincang besok pagi aje la…” ucap Shima dalam nada malas. Dia sambung tidur. 

“Bangunlah!” Nadia mengoncang tubuh Shima. 

“Nad!” Shima marah Nadia. “Kau faham tak aku nak tidur?”
 
Nampaknya dia terpaksa beralah meskipun perasaannya bercampur takut dan cemas. Dia tak tahu siapa yang menelefon dirinya. Sejak dia terima panggilan itu, hatinya rasa tak tenteram.

“Kalau kau macam ni lagi, aku pindah ke bilik lain.” Shima tak suka dikejutkan dalam keadaan begitu. Dah tengah malam ni, dia tak suka diganggu.
 
“Sekarang ni macam mana?” warden Izati menggelabah.

Tidak berapa jauh dari pintu tandas, dia terlihat ada seorang perempuan berdiri di situ dengan rambut panjang menutupi wajah. Bulu roma Nadia berdiri tegak. Terkencing Nadia di situ juga. Dia benar-benar dikejutkan dengan penampakkan jelmaan Tasya.

Nadia berlari menuju ke biliknya semula sambil menjerit, tapi pintu bilik tak dapat dibuka. 

“Shima!!! Buka pintu ni Shima!” Nampaknya pintu biliknya terkunci dari dalam. Shima sedang diulit mimpi.
 
Sekali lagi Asrama Baiduri gempar dengan kejadian histeria kerana ada di antara mereka nampak Jelmaan Tasya berdiri sebelah Nadia yang sedang menggelupur itu. Warden yang bertugas pada malam itu dimaklumkan akan hal tersebut.

Gara-gara jeritan Nadia terlalu kuat, ada pelajar lain yang terkejut. Ada yang keluar dari bilik masing-masing meninjau keadaan. 

Mereka nampak Nadia sudah menggelupur di hadapan pintu bersama mulut berbuih. Nadia kerasukan, “Mana dia?!”

Ustaz Wazir datang bersama warden Izati. “Siapa?” Tanya Ustaz Wazir yang mula berinteraksi dengan roh Tasya. 

“Ustaz? Apa yang berlaku?” 

“Pelajar ni dirasuk.”
 
Tiba-tiba Nadia menangis. Tersedu sedan. Kemudian disusuli ketawa. Jelas air mata mula tumpah.

Mendengar keadaan kecoh, Shima keluar dari bilik dalam keadaan terpisat-pisat. Tidak semena-mena lehernya dicekik oleh Nadia yang tiba-tiba bangun berdiri.

“Argh!” Shima tersentak. Dia tak tahu menahu menjadi mangsa. Mulut Ustaz Wazir kumat kamit membaca sesuatu.
 
Arghhhh!!!! Nadia menjerit. Warden Izati cuba memegang Nadia tapi tercampak. Pelajar lain ada yang masih menjerit ketakutan. Ada yang lari menjauhkan diri. Ada yang berdiri jauh memerhati.

“Mereka berlakon ke ustaz?”
 
“Ini betul-betul, sebab kekuatannya berbeza.” Kata Ustaz Wazir. Shima ditolak rapat sampai ke dinding. Terdengar kuat kepala Shima terhantuk dan berdarah. Shima pengsan serta merta.
 
“Dia yang merosakkan hidupku dan jiwaku! Dia adalah warden Fauzi!”

“Aku tanya, mana dia?!!” Bentak Nadia berwajah garang. Matanya terbuntang. Tangannya mencakar-cakar dinding koridor itu. 

“Siapa yang kau maksudkan wahai iblis laknatullah!” 

“Kau iblis! Golongan kau lebih hina! Cepat! Mana dia?”
 
Sungguh warden Izati tidak menyangka sama sekali bahawa kejadian dua tahun lalu adalah berpunca dari warden Fauzi. Dia tidak boleh tinggal diam. Keadilan mesti ditegakkan. Tasya mesti dibebaskan dari dibelenggu seksa.

“Aku tanya kau, siapa dia yang kau cari?” soal Ustaz Wazir semula.
 
“Kenapa kau cari dia? Dia sudah tidak ada di sini!” 

“Cari dia sampai dapat! Akan aku bunuh dia!”

“Apa yang telah dia perlakukan terhadap kau?”
 
Warden Izati mula bersimpati melihat keadaan itu. Seperti ada sesuatu yang cuba disampaikan namun tidak terluah. Entah kenapa kakinya tiba-tiba menghampiri Nadia yang sedang melutut hiba. 

Sewaktu dia cuba tenangkan Nadia, tiba-tiba kedua-dua belah tangan Nadia yang dirasuki Tasya itu memekup kiri dan kanan kepala warden Izati menyebabkan muncul imej di dalam kepala.

Di dalam sebuah stor…
 
“Jangan encik… jangan…” Tasya merayu.
 
“Tak apa Tasya… relaks… ini sahaja cara untuk awak tenangkan fikiran. Dekat sini hanya kita berdua…” Pujuk warden Fauzi sambil menggosok paha Tasya dan dalam masa yang sama dia melonggarkan pakaiannya. 

“Saya tak mahu encik!” Bentak Tasya.
 
“Jangan melawan!” Marah warden Fauzi lalu bertindak kasar dan terus melakukan perbuatan terkutuk itu.

Semenjak insiden itu, Tasya kemurungan. Warden Fauzi berkali-kali melakukan perbuatan itu dengan merakamkan aksinya. Kalau Tasya menolak, dia tidak teragak-agak untuk menyebarkan perbuatan itu ke media sosial.

“Huh!” Warden Izati terkejut mendapat gambaran tersebut. Sejurus kemudian Nadia pun pengsan. Mulut Ustaz Wazir masih kumat kamit lalu dia meminta sedikit air untuk direnjis ke wajah Nadia.
 
Dari itu, Fauzi dihadapkan ke muka pengadilan di atas kes merogol dan pendorong kes bunuh diri Tasya. 

Tasya mengalami kemurungan terlampau dan tidak berani menceritakan apa yang terjadi kepada sesiapa kerana telah diugut. Akibat terlalu tertekan dan tanpa berfikir panjang, dia mengakhiri hidupnya dengan cara begitu.
Sesungguhnya, bunuh diri amatlah dilarang di sisi Agama Islam. Ia adalah satu perbuatan yang sia-sia dan amat dimurkai oleh Allah.

TAMAT
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

4 Responses to "Misteri Tasya"

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK