Siri Seram Hakim - Prolog


 PROLOG

Terdapat satu kejadian pelik. Ia sebuah berita tentang insiden lemas. Ia mengenai Hakim yang pada mulanya dikhuatiri lemas selepas mandi di sebuah tasik. Dua hari tak jumpa jasadnya.

Ketika itu Sarah dengan Hakim baru sahaja seminggu sah bergelar suami isteri. Kiranya mereka ke sana adalah untuk berbulan madu. Selepas tenggelam, pihak bomba dan penyelamat pun sibuk mencari tetapi tak jumpa. Sarah pula tidak henti-henti menangis kerana terlalu bimbangkan akan keadaan Hakim.

Masuk hari kedua, setelah bertungkus lumus… akhirnya pihak bomba pun menjumpai jasad Hakim pada kedalaman 10 meter. Padahal sudah berulang kali sebelum ini mereka mencari di tempat yang sama tetapi tak kelihatan. Selepas dibawa naik ke darat, Hakim tiba-tiba bernyawa semula.

Kalau nak diikutkan logik akal, Hakim sepatutnya sudah mati. Tetapi hairan dan ajaib, Hakim masih hidup. Walau bagaimanapun mereka sangat bersyukur dengan keajaiban ini.

Dua minggu kemudian...

Ada seseorang telah menemui mayat yang terapung dipermukaan tasik berdekatan tebing. Keadaan mayat tersebut sudah pun membusuk serta berulat.

Pihak polis mengesahkan bahawa itu mayat tersebut adalah mayat Hakim. Jadi siapakah yang hidup bersama Sarah?

Sarah pula tidak mengesyaki apa-apa pun tentang Hakim. Dia merasakan bahawa itu adalah suaminya. Selama dua minggu dia hidup bersama memang terdapat perbezaan. Bezanya adalah Hakim tidak bercakap apa-apa. Diam membisu. Tindak tanduknya agak aneh.

Sehinggalah pihak polis melaporkan bahawa mayat sebenar suaminya telah ditemui. Dia rasa hairan, jadi siapa sebenarnya yang bersamanya? Setelah berita penemuan mayat sebenar Hakim disahkan, Hakim yang di rumah pun tiba-tiba ghaib entah ke mana.

Pihak keluarga bingung dengan misteri itu. Bahkan pihak bomba yang pernah terlibat juga rasa hairan. Memang mereka yang selamatkan Hakim. Kali ini mayat sebenar pula ditemui.

Memang hal pelik berlaku kat tasik tu. Gara-gara itu Sarah dilanda rasa keliru. Dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa Hakim telah mati. Dia berteriak sekuat hati menghadap mayat Hakim yang busuk itu.

Dia berkata itu bukan suaminya, suaminya belum mati. Ibunya Halimah menenteramkan Sarah. Ibu kepada Hakim pula iaitu Khatijah, teresak-esak pilu dan turut bingung.

Dan tiba-tiba, ibunya si arwah Hakim terdengar satu suara... Tolong Hakim ibu! Tolong!

Maka bermula sebuah perjalanan tentang misteri kehidupan antara keluarga mereka dan penduduk Kampung Damai yang terlibat.

Bersambung....


LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

7 Responses to "Siri Seram Hakim - Prolog"

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK