Cara Pembikinan Cerita Seram


Saya membuat carian di Google dengan kata kunci "Cara Menulis Cerita Seram" tetapi malangnya tak ada satu pun artikel dari blog saya di carian halaman pertama Google. Sedih, kan?

Nampaknya saya kena tulis semula untuk berkongsi kepada semua tentang Tips Menulis Kisah Seram, supaya artikel ini dapat memberikan sedikit manfaat kepada pembaca yang ingin menulis cerita-cerita seram.

Jadi apakah langkah-langkah berkesan untuk saya ambil untuk menulis cerita seram? Bagi saya yang pernah menulis beberapa naskah cerita seram, yang saya pun tak tahu berapakah tahap keseraman cerita saya itu, tapi di sini saya berbagi idea tentang bagaimana menulis cerita seram.

1. Membaca karya seram orang lain

Dengan banyak membaca dan mengkaji tentang bagaimana cara sesebuah cerita itu ditulis, anda mungkin dapat mengetahui akan caranya.

Maksud kaji di sini, melihat bagaimana susunan plot cerita tersebut. Elemen plot ini sangat penting, kerana ia memberikan impak yang besar terhadap pembacaan. Jadi sesebuah buku itu sebagai rujukan.

2. Tulis berdasarkan apa yang anda tahu

Lebih baik menulis tentang apa yang anda tahu daripada sesuatu yang belum anda ketahui. Sesuatu cerita yang dekat dengan anda adalah lebih mudah untuk diceritakan. Contohnya pengalaman anda sendiri kerana ia lebih realistik.

Cuma ditambahkan rencah untuk menyedapkan penceritaan anda. Sekiranya anda ingin menulis sesuatu yang baru, maka rujukan atau reseacrh amat diperlukan supaya tidak menyimpang dari landasan.

3. Elemen kejutan dalam penceritaan

Lazimnya plot kejutan juga memainkan peranan yang penting, ia juga merupakan unsur suspens yang mesti ada di dalam sesebuah karya kerana ia akan memberi impak yang besar terhadap pembaca.

Timbulkan situasi yang tegang bagi menimbulkan rasa takut. Kerana cerita seram itu adalah untuk memberikan perasaan takut kepada pembaca. Cuma ia tidak terhad kepada kematian semata-mata.


4. Latar belakang masa dan tempat

Di dalam cerita, semua yang dinyatakan mestilah jelas supaya pembaca dapat membayangkan keadaan tersebut. Contohnya jikalau perkara itu berlaku dalam suasana malam, ceritakan bagaimana keadaan pada malam itu.

Nyatakan apa yang ada pada sekitar tempat pada waktu itu supaya pembaca dapat membayangkan sesuatu yang mengerikan supaya perasaan takut muncul. Selain itu timbulkan juga keraguan pada sesuatu watak supaya pembaca keliru dan menaruh syak.

5. Tragedi yang memberi impak

Cipta suatu tragedi atau musibah yang menjadi penceritaan anda kepada perkembangan watak-watak di dalam cerita anda. Seperti yang saya katakan, ia tidak terhad pada kematian sahaja.

Boleh jadi ia sesuatu yang membuatkan seseorang itu terdorong untuk melakukan kejahatan, dan membuatkan pemberontakan perasaan, jiwa dan fizikal. Seram itu subjektif, ada orang seram dengan hantu, seram dengan benda lain seperti serangga, seram dengan kematian, peperangan dan sebagainya.

6. Letakkan risiko pada watak

Nyatakan juga apakah risiko yang dihadapi oleh watak dalam perjalanan cerita itu supaya perasaan takut dan berdebar-debar dapat pembaca rasa apabila membaca cerita anda.

Kemudian selitkan juga elemen komedi atau lawak supaya pembaca tidak terlalu tegang membaca cerita seram. Supaya juga pembaca dapat rehatkan minda dan seterusnya boleh kejutkan pembaca dengan babak-babak yang tidak dijangka.

7. Dapatkan mood menulis

Contohnya sesetengah orang kalau nak dapat feel menulis, dia suka dengar musik seram, atau alunan musik yang perlahan yang merinding supaya dapat merasakan aura seram mengiringi penulisannya.

Ada pula yang suka suasana sunyi sambil dengar titisan air paip dari singki menitis di tengah-tengah malam. Ikut kesesuaian citarasa anda bagaimana untuk menaikkan mood ketika menulis.

8. Baca semula cerita anda

Setelah selesai menulis, baca semula cerita anda. Proses ini adalah untuk memastikan apa yang tidak sesuai dapat dibaiki, contohnya dialog yang kurang memuaskan boleh digantikan.

Jikalau masih kurang berpuas hati, lebih baik sesuatu cerita itu diperam dulu untuk suatu tempoh, kemudian baru dibaca semula supaya segala kesalahan dan kejanggalan dapat dikesan sepenuhnya.

9. Dapatkan pandangan atau seseorang pembaca pruf

Cari seseorang yang dipercayai untuk membaca karya anda. Dapatkan komentar daripadanya dari sudut dirinya sebagai pembaca. Adakah sudah cukup memuaskan atau perlu dibaiki? Maka di situ baru anda tahu bagaimana keadaan karya anda.

Kadang kita tidak pernah tahu akan kelemahan penulisan kita, tetapi sekurang-kurangnya kita belajar memperbaikinya dan menerima teguran dengan hati yang terbuka.

Semoga perkongsian serba sedikit ini dapat membantu anda menulis cerita seram. Selamat menulis saya ucapkan. Terima kasih kerana berkunjung ke blog saya. Jumpa lagi...

Ditulis oleh: Rashid Salim
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Cara Pembikinan Cerita Seram"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK