Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun mati akibat terjatuh dari tingkat lima sebuah pangsapuri. Menurut Mastura, dia menyedari kejadian itu sebaik sahaja Mia kakak kepada kanak-kanak malang itu memberitahu Majdi jatuh.

Mastura yang terkejut mendengarnya terus bergegas ke bilik dan menjenguk ke tingkat bilik itu lantas dia memandang ke bawah. Dia mendapati jasad Majdi ada di situ berlumuran darah. Lembik segala sendi dirasakannya.

"Saya tak terkata waktu itu. Hanya Allah sahaja yang tahu. Saya tinggal sekejap sahaja pergi ke dapur untuk mengambil mop lantai. Tak sangka ini jadinya." Katanya selepas mengalihkan katil rapat ke tingkap.

$ads={1}

Dia sendiri tidak menyangka bahawa Majdi akan bermain-main di situ dan melompat keluar melalui tingkap berkenaan. Hancur luluh hatinya.

Namun menurut Mia berusia lima tahun yang turut berada dalam bilik itu memberitahu ibunya bahawa ada perempuan di luar tingkap memanggil Majdi.

Menyedari hakikat itu, mana mungkin ada perempuan dari tingkat lima berada di luar pangsapuri berkenaan. Lagipun tiada lantai untuk mana-mana orang berdiri di situ.

"Mia kata perempuan tu melambai-lambai panggil Majdi. Mia takut nak pergi tapi Majdi ikut panggilan itu." Ujar Mastura bergenang air mata.

Walau bagaimanapun Majdi sudah tiada. Rasa sebak dan sedih berkalung di hatinya setelah kehilangan satu-satu anak lelakinya. Kini tinggal Mia seorang sahaja anak perempuannya.

Siapa perempuan itu?

Mastura tertanya-tanya siapa perempuan yang telah memanggil anaknya itu sehingga Majdi terjatuh dari tingkat lima? Dia berasa hairan.

Namun Mahmud suami Mastura meminta agar bertenang dan bersabar kerana sudah takdir Majdi pergi dulu sebelum mereka. Allah lebih sayangkan Majdi.

$ads={2}

Namun Mastura menyalahkan dirinya kerana cuai. Kalaulah dia tidak merapatkan katil ke dinding, mungkin anaknya itu tidak dapat memanjat dan terjun dari tingkap.

Sungguhpun begitu, pangsapuri berkenaan pun sekian hal, tiada grill. Itu mungkin terpulang pada alternatif penghuninya sendiri untuk memasang grill tingkap. Jika itu ada, Majdi masih selamat.

Terdengar suara gelak ketawa di dalam bilik Majdi

Tidak lama selepas pengebumian Majdi. Mastura masih lagi dihambat rasa sedih. Terasa masih ada gelak tawa anaknya itu. Mastura rasa kemurungan.

Tiba-tiba suatu malam, dia terdengar gelak tawa dari dalam bilik anaknya itu. Suara anaknya sedang bersuka ria dengan seorang perempuan.

Dia pergi menjenguknya, tapi tiada sesiapa di dalamnya. Apabila dia menutup semula pintu, suara itu muncul kembali. Semakin lama Mastura tertekan.

Dia mengadu kepada suaminya bahawa dia terdengar suara Majdi bermain-main. Akhirnya dakwaannya itu dikukuhkan lagi dengan kenyataan Mia bahawa Mia juga turut mendengarnya.

Mahmud berasa pelik. Dia tidak pula mendengar apa-apa yang mencurigakan di dalam rumahnya. Sebagai seorang ayah, dia juga sedih kehilangan anak, dia rasa isterinya terbawa-bawa perasaan sedih. begitu juga dengan Mia.

Mia nampak lagi perempuan itu

Kali ini Mia nampak lagi perempuan itu di tepi tingkap pada satu senja. Mia memberitahu ibunya bahawa perempuan itu sedang mendukung Majdi. Dia nampak jelas itu adalah adiknya.

"Mia beritahu pakaian perempuan tu buruk lusuh, rambutnya panjang mengerbang terawang-awang di luar tingkap tu. Anak perempuan saya sampai demam panas dan kini tak banyak bercakap." Mastura sebak kerana Mia pula diserang demam panas.

Mastura meminta agar Mahmud memanggil ustaz untuk datang kerana dirasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah ini. Akhirnya suaminya memanggil ustaz.

Rumah perlu dibersihkan

Ustaz yang datang memberitahu bahawa ada jin yang tinggal bersama di dalam rumah ini. Terkejut Mastura mendengarnya. Mana mungkin?

Seterusnya ustaz berkenaan melakukan usaha membersihkan rumah yang dihuni oleh Mastura sekeluarga. Mereka selama ini tidak sedar telah diganggu.

Baca: Jenazah bangkit selepas dilangkah kucing hitam

Usai itu, keadaan kembali normal. Tiada lagi kedengaran suara Majdi mahupun perempuan itu. Tetapi setelah dia memberitahu hal tersebut kepada jiran bahawa ada perempuan memanggil anaknya sehingga jatuh, barulah ada jiran buka mulut.

Dahulu, rumah yang Mastura duduk ni didiami sepasang suami isteri. Tiba-tiba isterinya yang sedang sarat mengandung berasa sangat tertekan setelah mengetahui suaminya main kayu tiga.

Baca: Main-main prank hantu akhirnya disampuk hantu

Tambahan pula isterinya itu ada masalah jiwa dan tanpa dapat mengawal diri, perempuan itu pun terjun dari tingkat lima lalu mati serta merta bersama kandungannya.

Mengambil keputusan pindah rumah

Walaupun rumah tersebut ustaz sudah bersihkan tetapi jiwa Mastura tidak tenteram kerana sering mengenangkan anaknya. Jadi dia mengambil keputusan untuk berpindah tidak lagi menyewa di situ.

Sekian.

Ditulis oleh: Rashid Salim

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditinggalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan berhemah serta ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni.

Kirim Komen

Terbaru Lebih lama