IKLAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semoga pembaca blog RS berbahagia selalu. Jutaan terima kasih diucapkan kerana anda terus setia bersama untuk hadir membaca kisah-kisah seram di sini.

Baiklah semua, kali ini nak layan pula luahan kisah sorang akak yang suaminya ada mental illness. Tapi menurutnya ia bukan terjadi dengan sendirinya, tetapi ada punca yang mengakibatkan ianya berlaku.

$ads={1}

Bila sebut pasal Skizofrenia, ia berkait seperti terdengar suara-suara halus iaitu bisikan... tapi ini dari hal yang menyeramkan. Ayuh sama-sama kita menelusuri kisah dari Baiduri (bukan nama sebenar) berhadapan dengan perkara itu.

Memahami Skizofrenia


Suami saya dikatakan menghidap penyakit Skizofrenia. Penyakit ini berkaitan dengan mental illness. Saya sebenarnya ambil masa juga nak faham benda ini sebabnya tak semua orang mengerti keadaan si pesakit. Tambah lagi penyakit mental ni ada macam-macam jenis.

Memang susah nak faham, tetapi saya kena belajar untuk memahami. Saya kena peduli dan ambil tahu tentang hal tersebut. Secara tidak langsung ia melahirkan kesedaran dalam diri saya. Dahulu saya pandang remeh terhadap perkara ini sebab ia tak kena pada saya atau pun orang terdekat saya.

Bila suami sendiri yang kena baru saya tahu betapa perkara tersebut sebenarnya suatu hal yang perlu diambil berat oleh masyarakat kita. Penyakit ini adalah akibat dari gangguan mental. Itu menurut dari pakar perubatan moden.

$ads={2}

Bagi perubatan Islam pula, ada sesetengahnya berpendapat bahawa kemungkinan terdapat gangguan jin yang telah mengganggu sistem saraf pemikiran manusia. Saya tak dapat menolak pandangan tersebut. Tetapi ada juga yang terjadi kesan dari gangguan itu.

Pada awalnya saya tak pasti keganjilan itu bagaimana sebab suami saya beritahu ada terdengar suara-suara halus. Saya pun perasan juga akan perubahannya yang nampak seperti kebingungan. Itu semua berlaku setelah kami pulang dari perkelahan.

Dia susah nak tidur malam, nampak gelisah. Selepas itu saya pun dah rasa curiga sebab ada masanya dia pergi di hadapan pintu dan bercakap sorang-sorang. Waktu itu saya dah pelik sangat. Saya tanya, abang bercakap dengan siapa, katanya cakap dengan orang.

Eh??? Mana ada orang, tapi bila saya kata tak ada orang, dia marah saya. Saya rasa suatu yang cukup menghairankan. Saya syak sesuatu yang aneh telah berlaku terhadap suami saya. Semakin lama dia semakin murung.

Selepas itu dia jarang jaga diri dia. Sampai kuku yang panjang pun dia tak potong. Dulu dia ni seorang pembersih. Sangat-sangat pembersih. Saya cakaplah, kenapa abang tak potong kuku, saya dimarahnya. Kadang anak-anak pun kena marah sekali.

Saya yang jadi risau tak tahu nak buat apa.Iyalah keadaan suami sedemikian rupa. Sudah tak seperti sebelum ini. Jadi saya pujuk dia bawa dia pergi hospital. Mulanya dia enggan. Saya cakap kalau sayang saya, tolong ikut. Alhamdulillah nasib baik dia ikut.

Sampai di hospital dia mengamuk tak tentu pasal. Dia tak sabar, dia kata tak boleh tunggu lama. Saya dah tak tahan. Malu juga saya. Lepas tu doktor cepat-cepat panggil dia masuk. Masa tu saya bercerita dengan doktor.

Suami saya ketika itu langsung tak bercakap. Apa yang doktor pakar tanya, dia diam. Semua soalan dia tak jawab. Saya sahaja yang jawab. Dia langsung tak bagi kerjasama. Malah dia marah doktor, katanya doktor nak cakap dia gila ke?

Saya dah pening dah. Lepas tu dia marah doktor tu katanya doktor tu ketawa. Padahal doktor tu tak ketawa pun. Dia membebel dan terus nak balik. Doktor minta saya datang pada tarikh temu janji seterusnya.

Selepas diagnosis dibuat doktor memaklumkan bahawa suami saya ada penyakit itu. Saya sedih juga kelakuan suami menjadi aneh. Doktor bagi ubat pun dia tak nak makan. Semakin lama semakin teruk. Saya terpaksa beritahu yang suami enggan makan ubat.

Saya yang potongkan kuku untuk dia, dia pun dah malas gosok gigi, berkarang giginya. Sedihnya saya rasa. Sampai mandi pun saya uruskan. Anak-anak pula rasa macam terabai. Saya dah bingung nak uruskan rumah tangga.

Suami dah lama tak pergi kerja sampai dah dapat surat amaran. Saya minta doktor sediakan surat makluman dan juga surat cuti sakit untuk saya maklumkan kepada pihak majikan suami supaya tidak memberhentikan suami bekerja.

Malangnya tidak lama selepas itu, suami kena buang, kerana pihak pengurusan tak mahu ambil risiko mempunya pekerja yang ada masalah mental. Ya Allah....

Saya tak tahu ia boleh sembuh atau pun tidak, kemudian saya bertambah risau kerana suami saya dah kerap berhalusinasi. Katanya dah mula ada orang lain dalam rumah kami. Anak-anak pun dah mula jadi takut.

Anak bongsu saya ketika itu berusia 8 tahun, saya ada tiga orang anak, yang sulung 12 tahun, yang tengah 10 tahun. Semuanya lelaki. Dan pada suatu hari tu, anak bongsu saya beritahu, dia nampak ada perempuan berambut panjang berada di sebelah ayah.

Ketika itu kami balik, cuma anak bongsu yang tak nak ikut pergi beli barang dapur. Sebab barang-barang dapur semua dah habis. Sepanjang tempoh itu saya cuma ambil upah buat kuih sahaja memandangkan suami dah tak berkerja.

Nak tanggung anak-anak sekolah lagi. Memang jadi beban, kepahitan ini saya telan sendiri tak seorang pun tahu. Rumah tangga kami yang awalnya bahagia bertukar sengsara akibat perubahan suami. Allahu`Akbar...

Ketika anak bongsu saya beritahu perkara itu, saya pun berasa sangat pelik. Selama ini saya tak pernah perasan kerana doktor hanya memaklumkan bahawa itu cuma halusinasi sahaja. Takkan anak saya pun berhalusinasi juga sampai nampak perempuan rambut panjang di dapur bersama suami saya?

Anak saya kata masa dia nak melihatnya sekali lagi tetapi kelibat itu sudah tidak kelihatan. Anak saya pun dah tak berani nak intai-intai lagi. Dia hanya duduk dalam bilik diam-diam sebab takut. 

Katanya lagi muka perempuan itu pucat dan dia perasan kuku wanita itu runcing dan panjang. Disebabkan hal itu saya berasa aneh. Saya rasa ada sesuatu yang tak kena kerana tiba-tiba sahaja anak saya kata nampak kelibat itu. Memang menghairankan. Anak saya jadi cuak.

Ini bukan penyakit biasa, itulah yang saya fikirkan. Saya kena ikhtiar cara lain dan akhirnya bertanya kepada kawan-kawan kalau ada sesiapa yang pandai berubat secara tradisional. Saya cuba mendapatkan rawatan untuk suami saya.

Saya tak mahu berputus asa, saya ingin mencuba. Ini memandangkan ubat pun suami payah nak makan, sampai saya terpaksa campur dalam minuman. Itupun ditolaknya sampai tercampak. Moga-moga dengan cara ini saya dapat jawapan.

Lalu Zana kawan saya perkenalkan seorang perawat alternatif Islam kepada saya. Jadi saya pun bawa suami saya bertemu dengan orang tersebut. Tak salah ikhtiar.

Waktu mula-mula masuk ke pusat rawatan tu, suami saya macam biasa sahaja. Saya pun hairan juga, dia macam tak ada apa-apa. Borak macam biasa. Dia kenalkan diri dia pasa ustaz tu pun tak ada yang kekok.

Ustaz tersebut pula kata tak ada apa-apa yang aneh terhadap suami saya. Cuma... ketika dia cakap perkataan tersebut saya pun jadi ingin tahu. Cuma apa?

Lalu ustaz itu pun berkata yang dia sebenarnya nak minta izin pergi ke rumah. Masa tu la suami saya cakap tak perlulah sampai nak datang rumah. Cukuplah setakat sini.

Bila suami berkata begitu, ustaz tak memaksa. Dia cuma ingin tolong. Disebabkan suami enggan, saya pun tak tahu nak buat apa. Dan masa kami nak keluar, ustaz tu sempat beritahu saya...

Katanya, dia rasa ada sesuatu yang suami saya sembunyikan. Saya terus naik seriau. Meremang seluruh bulu roma saya dengan tiba-tiba. Saya tak tahu kenapa.

Disebabkan itu saya rasa ustaz tu patut datang untuk riki keadaan rumah saya tu. Manalah tahu kan kut ada apa-apa. Saya pun maklumkan pada ustaz yang anak saya ada nampak orang asing dalam rumah.

Kata-kata itu menguatkan lagi tanggapan ustaz itu bahawa memang ada benda tak kena. Jadi, nak tak nak memang kena datang rumah kalau saya sendiri nak tahu.

Namun, suami saya marah. Bila sampai di rumah, suami saya jadi baran. Dia pukul saya, dia tendang saya, sepak saya. Pipi saya berkali-kali ditamparnya.

Anak-anak saya dah menangis melihat saya dipukul sedemikian. Saya pertahankan diri saya. Saya terpaksa melawan, kalau dia pukul saya, saya terpaksa keluar dari rumah ni. Dia merengus geram. Dia halau saya.

Masa tu saya tengok dia dan pelik. Mata dia kemerahan. Mengamuk tak tentu pasal. Masa saya ugut nak keluar dari rumah, dia bergegas ke dapur. Saya tak tahu dia nak buat apa dan tiba-tiba dia mara semula dia bawa pisau.

Anak-anak saya dah meraung tengok ayah dia hunus pisau nak bunuh saya. Malam tu dah kecoh satu rumah. Anak-anak saya semua menyorok belakang saya. Saya dah tak tahu nak buat apa. Ya Allah!

Kalau saya bertegang urat lagi, saya tak tahu apa yang akan berlaku lagi. Serta merta air mata saya luruh. Abang... mengucap bang... saya merayu pada dia. Dia masih terhunus pisau ke arah saya. Mengacu-acu pisau tersebut.

Pada ketika itu saya terhidu bau yang sangat busuk. Bau itu tak tahu dari mana datangnya. Suami saya dah terpekik-pekik halau saya. Keluar!!! Saya pun cepat-cepat tarik tangan anak-anak bawak keluar.

Kalau saya tak keluar, mungkin saya dah kena tikam agaknya. Masa nak keluar dari rumah anak saya menjerit katanya ternampak benda terbang. Saya semakin berdebar-debar. Anak-anak pula kian ketakutan.

"Makkkk!!!" Anak saya kata ada benda naik atas bumbung. Seriau saya. Saya tak tahu apa benda. Saya jadi panik. Saya jalan laju-laju bawa anak-anak call Zana. Minta dia datang ambil.

Masa tu la Zana tahu masalah rumah tangga saya. Bukan saya nak cerita tapi saya terpaksa. Saya beritahu bahawa keadaan suami saya pelik. Zana cakap bahaya kalau tinggalkan suami saya sorang-sorang macam tu.

Saya tanya kenapa? Lantas jawab Zana kalau tersilap percaturan suami saya tu boleh bunuh diri. Kata-kata Zana tersebut buat saya bertambah cuak. Habis apa saya nak buat? Maka Zana ingatkan saya tentang ustaz tersebut.

Jadi pada malam itu saya dan Zana pergi jemput ustaz tu. Anak-anak saya tinggalkan di rumah Zana dengan mak dia. Bila tiba di rumah saya, ustaz tu kata, memang ada benda tak kena.

Ustaz tu minta saya tunggu sahaja di luar. Dia dengan pambantunya masuk ke dalam. Lama juga saya tunggu, tiba-tiba saya dengar suara perempuan menjerit kuat.

Ya Allah! Terkejut saya. Dari mana datangnya perempuan tu saya pun tak tahu. Bau yang sangat busuk sangat kuat terhidu. Zana pun turut menghidunya. Selepas itu bau tersebut hilang.

Waktu makin larut, ustaz belum lagi keluar. Saya tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Saya nak tahu apa yang terjadi. Saya nak masuk tapi Zana halang.

Tak lama selepas itu, ustaz pun keluar dan meminta saya membawa suami saya ke hospital kerana suami saya  telah mengalami kecederaaan. Ustaz memaklumkan bahawa suami saya telah mencederakan dirinya sendiri dengan pisau.

Tanpa menunggu lama saya bergegas menghantar suami saya ke hospital untuk menerima rawatan kecemasan. Apabila keadaan stabil, saya bertanya kepada ustaz, apa sebenarnya yang berlaku.

Ustaz cakap dia menemui minyak dagu tersimpan dalam rumah. Saya pun terkejut dari mana datangnya minyak tu? Ustaz cakap ada kemungkinan suami saya jumpa masa berkelah dekat sungai dan tak tahu itu minyak apa dan terus bawa balik.

Bagaimana suami saya boleh terambil? Pelbagai persoalan bermain di benak saya. Lantas ustaz berkata, boleh jadi ada bisikan-bisikan yang menyeru kepadanya.

Ustaz berkenaan kata dia akan musnahkan benda tu. Alhamdulillah, keadaan suami saya pun sudah beransur baik, cuma tak sepenuhnya kerana suami saya lebih banyak mendiamkan diri.

Pesan ustaz, banyak-banyaklah berzikir dan dekatkan diri kepada Allah manakala nasihat doktor pula jangan skip ubat. Saya minta suami saya pun jangan skip ubat. Makan ikut dos yang disarankan.

Tapi begitulah, sehingga ke hari ini, masih terbayang-bayang bagaimana amukan suami nak bunuh kami sekeluarga. Saya kena pandai jaga keadaannya, kena ingatkan suami waktu makan ubat. Risau kalau dia terlupa.


Doktor pakar tanya, ada dengar bisikan lagi? Suami jawab tak ada... saya syukur. Tapi... katanya kalau terlupa makan ubat, suara-suara akan dengar. Itulah yang saya takut. Mungkin kesan gangguan akibat minyak dagu tu kut, entahlah saya pun tak pasti.

Beginilah saya, kena jaga suami yang disahkan ada mental illness. Saya pun tak tahu apa kaitan benda halus dengan penyakit medikal ni. Sehingga terjadi begini. Gangguan benda mistik itu dah tak ada lagi sejak ustaz telah memapahnya.


Cuma kesan sampingannya sahaja yang ada kini, yang kalau tak dikawal akan memburuk. Itu yang saya cuba elakkan. Semua ini demi keluarga saya.

Kadang... ada juga saya bermimpi perempuan itu datang dalam rupa yang mengerikan. Saya tak kenal siapa dia, dan dari mana dia datang. Cuma pesan ustaz kuatkan diri, amalkan baca ayat pendinding. Insya-Allah...

Sekian...

Cerita asal: Baiduri
Ditulis oleh: Rashid Salim

IKLAN

FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditinggalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan berhemah serta ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni.

Kirim Komen

Terbaru Lebih lama
IKLAN
IKLAN