Menulis blog sebenarnya terpulang pada individu mahu ketengahkan tentang apa. Kerana ini berkait rapat tentang kelebihan yang ada pada seseorang itu. Ia adalah lebih mudah untuk diterjemahkan berbanding sesuatu yang perlu dicari.

Ciri-ciri blog yang baik adalah blog yang bermanfaat kepada orang lain  serta kandungannya yang berkualiti yang sangat membantu. Jadi, blog sebegini akan lebih diberikan perhatian oleh Google Search.

Namun, bagaimana  blog yang kita bangunkan ini untuk lebih dikenali umum? Apa gunanya ada blog tapi tak ada orang baca, kan? Itulah yang sesetengah blogger fikirkan. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan ada juga yang menulis blog sekadar diari untuk dibaca sendiri.

Seperti yang saya katakan di atas, ia terpulang pada individu masing-masing mahu menulis tentang apa dan tujuannya apa. Tapi, siapa yang tak nak blog kita terkenal dan dibaca oleh ramai orang, kan?

Di bawah ini saya senaraikan beberapa ciri-cirinya mengikut pengetahuan saya.

Ciri-ciri blog yang baik:

1. Konten yang unik dan menarik

Seperti yang saya beritahu di atas, salah satu sebab orang suka blog kita adalah konten iaitu kandungannya. Kalau isi kandungannya tidak berkualiti, mungkin pelawat hanya datang sekali sahaja kerana mereka mengira blog anda tidak membantu.

Di sini saya tegaskan, konten yang unik dan menarik ini adalah lahir dari idea anda sendiri, bukan plagiat. Kalau pun idea yang muncul itu adalah sama, pastikan olahan tersebut adalah berbeza. Plagiat adalah satu perbuatan yang sangat-sangat tidak bermoral.

Blog yang bagus juga adalah blog yang berbagi informasi dan sumber maklumat yang bermanfaat. Selain itu ia boleh dijadikan rujukan. Blog yang tidak sia-sia bak kata orang.


2. Loading blog cepat dan pantas

Ini main peranan yang penting juga kerana kalau loading blog berat dan lambat, pelawat mungkin akan pergi dan tidak akan menunggu lagi. Mereka kira blog anda sulit untuk dilawati. Mereka mungkin tidak akan datang lagi.

Pentingnya loading blog yang ringan sebab ia memudahkan pelawat untuk melayari blog anda dengan aman dan selamat tanpa sebarang gangguan. Ia pasti akan memberikan suatu pengalaman yang cukup baik kepada mereka.

Anda boleh semak kekuatan/SEO blog anda di sini: Grader dan masukkan url blog anda.

$ads={1}

3. Niche blog

Biasanya pelawat yang datang berulang kali adalah mereka yang suka dan faham mengenai niche blog anda. Mereka suka terhadap konten yang anda persembahkan kepada pembaca. Di sini bermulanya pembaca anda sendiri. 

Maksud saya peminat blog anda. Peminat bagi setiap artikel-artikel anda. Bagi mereka, tulisan anda memberikan inspirasi pada mereka. Maksud kualiti ini adalah suatu yang subjektif kepada pembaca. Sesetengah pembaca mendapat manfaat yang berbeza-beza melalui tulisan anda.


4. Bebas dari perkara buruk

Blog yang baik juga adalah blog yang terhindar dari hal-hal yang tidak baik seperti perjudian, pelacuran atau hal-hal pelecehan yang lain. Sesuatu yang tidak mempromosi hal yang tidak bermoral. Serta sesuatu yang mengundang perkara yang sensitif.

Menulis blog ini biarlah secara berhemah dan bukannya membabi buta dengan mencipta kontroversi demi mencipta nama. Sesungguhnya hal tersebut adalah tidak baik. Populariti akan datang sendiri jika blog anda benar-benar berkualiti.

5. Tampilan (template) blog yang responsive

Ini memainkan peranan yang penting juga kerana ia termasuk dalam pengalaman pengguna atau pelayar blog anda. Kalau template blog yang baik, yang enak dan sedap mata memandang serta ada navigasi yang membantu mereka mencari apa yang mereka nak dalam blog anda.

Bayangkan kalau anda masuk dalam sesebuah blog yang sakit mata memandang, nak baca pun susah, serta nak cari apa-apa yang ditulis pun payah, anda rasa anda akan kekal lama di situ? Jadi, letakkanlah diri anda di situ dan anda akan faham.

$ads={2}

Baiklah, itu merupakan ciri-ciri blog yang baik, tentang cara untuk blog dikenali umum pula adalah hal yang terkait dengan di atas cuma anda perlu optimumkan sahaja proses menyebaran blog anda iaitu:

Sebarkan blog

1. Promosi

Ini sangat penting, kerana anda sendiri pelu mempromosikan blog anda. Sebagai blogger baru, anda mesti promosi blog anda. Saya kata macam ni sebab saya sendiri promosi blog saya.

Kalau kita malu atau tak endah tentang promosi blog kita seperti kongsikan (share) di media sosial dan sebagainya, bagaimana orang nak tahu akan kewujudkan blog kita? Lagipun blog kita masih baru, Google pun belum indeks artikel kita.

2. Link dengan Google Analytics dan Google Webmaster

Ini sangat penting juga agar artikel yang kita tulis tu cepat terindeks dan masuk ke carian Google. Blog-blog baru kalau buat benda ini, Insya-Allah blog akan cepat stabil, sebab saya sendiri buat benda ni.

Google Analytics ni bagus untuk kita lihat pencapaian atau graf perkembangan blog kita. Google Webmaster pula kita boleh nampak juga perfomance blog kita dan untuk Submit URL ke Google yang dipanggil Google Search Console agar cepat terindeks di Google Seacrh.

3. Membina komuniti pembaca anda

Bina satu platform atau kumpul pengikut anda sendiri di mana jika mereka suka, mereka akan menyertai anda seperti di pages Facebook, Instagram, twitter dan sebagainya. Letakkan widget atau plugin dalam blog anda bagi memudahkan mereka untuk klik.

Secara tidak langsung anda dapat memaklumkan kepada mereka akan artikel seterusnya yang anda terbitkan di dalam blog anda. Saya sendiri mempraktikkan perkara ini dan ia memberikan impak yang positif terhadap perkembangan blog saya.

4. Blogwalking

Rajin-rajinlah menjengah ke blog orang lain juga. Di samping anda mencipta backlink blog anda, anda juga dapat membina networking dengan blogger-blogger lain. Menulis blog turut dapat mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah.

Kalau anda ada apa-apa masalah tentang penulisan dan blog, anda boleh rujuk kepada mereka yang pakar. Hidup kita ni sebenarnya saling memerlukan antara satu sama lain. Kita tak hanya kita... kita memerlukan orang lain juga.

Jadi, itu merupakan penerangan serba ringkas saya tentang topik kali ini. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam berblogging. 

Apa yang penting adalah tulislah dengan berhemah dan sentiasa berusaha untuk memajukan blog anda... kerana tanpa usaha yang berterusan nescaya blog kita sukar berkembang dengan jaya.

Terima kasih, jumpa lagi... - Rashid Salim.
Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditinggalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan berhemah serta ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni.

4 Ulasan

  1. bagus tips yg sdra berikan. sy akan cuba praktikkan. dah follow blog sdra. TQ.

    BalasPadam
  2. Banyak perkara perlu diambil kira dalam berblogging..boleh dikatakan berblogging agak heavy juga..cukup berat...bukan mudah dan senang dalam selok belok mencari yang benar2 menjadi...ape pun thanks atas info ni ilmu yang bermanfaat..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama