Mendebarkan! Saya main sorok-sorok tapi ada benda lain yang turut menyorok


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Salam Aidiladha....

Bertemu lagi kita dalam kisah seram di blog rashidsalim.com dan semoga anda semua berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Kali ini kita nak menelusuri pula sebuah kisah seram dan misteri dari Adam (bukan nama sebenar) yang menceritakan zaman kanak-kanaknya ketika bermain dengan sepupu dan kawan-kawan.

Menurut Adam, kawasan rumah neneknya nampak suram dan angker. Sejauh mana angker, sama-sama kita ikuti ceritanya... jom kita layan....

Misteri main sorok-sorok


Saya ada satu kisah seram yang ingin disampaikan iaitu kisah waktu kecil saya ketika bermain sorok-sorok di kawasan rumah nenek.

Ketika itu saya dan keluarga balik kampung maka dapatlah berjumpa dengan sepupu sapapat saya semua. Seronok dapat berkumpul dan bermain. Masa itu saya berusia 10 tahun.

Permainan orang dulu-dulu suka main sorok-sorok selain main kejar-kejar. Lagipun di kawasan rumah nenek tu dekat dengan sungai dan kawasan semak.

Rumah orang kampung jauh-jauh di antara satu sama lain. Halaman pun luas. Dekat rumah nenek ni banyak pokok gajus. Kalau musim gajus, seronok dapat makan biji.

Kalau musim durian pulak, seronok juga dapat makan durian tapi waktu itu bukan musim durian dan juga bukan musin gajus. Balik pun sebab ada kematian saudara.

Lepas apa semua selesai, kami stay lama sikit rumah nenek. Jadi bosan-bosan bermain dengan sepupu dan kawan-kawan yang lain. Main sorok-sorok.

Mula-mula tu kami main kejar-kejar dekat kawasan rumah. Dah bosan main kejar-kejar tukar permainan pulak. Saya dengan sepupu yang lain main dekat kawasan rumah sahaja.

Masa buat undian, saya yang kena cari mereka. Memang agak susahlah kan. Tapi tak apa saya cari. Mula-mula saya pergi cari seorang demi seorang selepas selesai membuat perkiraan.

Yang seorang tu menyorok belakang perigi buta. Itu senang nak cari. Memang tak pandai nak menyoroklah kan. Kemudian saya dapat jumpa seorang lagi atas pokok gajus. Pandai panjat sampai situ.

Saya nak beritahu, kami main enam orang termasuk saya. Setelah saya jumap dua orang ni, bermakna saya kena cari lagi tiga orang. Susah juga nak cari mereka. Saya jeritlah, tak aci sorok jauh-jauh.

Yang dua orang yang saya jumpa ni tunggu dekat tangga rumah nenek. Jadi yang tiga orang ni lagi saya pun terus cari. Semakin lama makin susah. Mana mereka menyorok.

Saya pun berjalan sedikit lagi cari dekat jeti. Jumpalah sorang ni menyorok bawah jeti. Saya marahlah dia, kenapa sembunyi jauh sangat. Dia sengih-sengih je. Jadi terpaksa lagi cari dua orang.

Akhirnya yang seorang lagi tak jauh dari yang dekat jeti ni. Alhmdulillah jumpa. Lalu mereka empat orang semua tunggu dekat tangga rumah nenek.

Saya cari lagi sorang. Agak jauh sedikit dari rumah nenek. Dah sampai dekat semak. Saya katalah yang saya malas dah nak cari sebab dah lewat. Kiranya saya dah macam give up.

Selepas itu saya dengarlah suara orang kata, "Sini...." saya dengar dalam semak tu. Saya fikirlah... takkan dia menyorok dalam semak tu... saya pun nampak ada lorong. Saya pun masuk intai.

Selepas saya masuk, saya dengar lagi suara tu di lain arah pula, "Sini..." Saya toleh... tak ada sesiapa. Saya pun berkata, "Aku malas dah nak main!" Saya pun terus nak patah balik. Tiba-tiba saya tengok banyak lorong.

Eh? Masa tu saya dah pening. Mana satu lorong saya nak keluar ni? Saya pun keluar, tembus kat lorong tu jugak. Saya dah bingung. Padahal saya rasa saya masuk tak terlalu dalam pun dalam semak tu.

Selepas itu saya takut sebab hari semakin gelap. Saya panggil-panggil sepupu saya tu, mereka tak menyahut. Saya dah menggelabah. Saya terus panggil lagi. Lama saya terperangkap.

Selepas itu saya nampak ada pohon besar dekat situ saya pun tak pasti pohon apa, saya bersandar di situ sebab saya dah buntu. Saya ketakutkan. hari dah malam. Saya menangis ketakutan dan berdebar-debar.

Saya cuak dan bimbang. Saya terus teriak memanggil orang. Malangnya tak ada sesiapa yang dengar. Selepas itu saya nampak bayang-bayang orang tua terbongkok tidak berapa jauh dari saya.

Dalam samar-samar itu dia macam tenung ke arah saya. Saya dah terkencing meligih seluruh tubuh. Andrenalin dalam tubuh saya mengalir pantas. Mata saya meliar memandang kiri dan kanan. Nenek tua bongkok tu tiba-tiba hilang.

Tak lama selepas itu saya dengar orang panggil nama saya, "Adam!!! Adam!!!" Saya pun menyahut memberitahu mereka saya dekat sini. Suara mereka ramai.

Kaki dan tangan saya rasa kebas. Nak bergerak pun berat. Saya tak tahu kenapa. Saya terpaku dekat pohon itu. Saya berteleku di situ sendirian. Saya pun dah tak tahu berapa lama saya di situ.

Yang peliknya, tak ada seekor nyamuk pun yang gigit saya sedangkan saya seperti berada di tengah-tengah hutan. Seluruh tempat itu tiba-tiba berkabus. Menghalang pandangan saya namun suara yang memanggil nama saya tetap kedengaran.

Saya hairan, saya dah menyahut tetapi tak ada respon pun. mereka seolah-olah tak dengar pun suara saya. Saya dah semakin cuak. Saya tak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Tiba-tiba ada sesuatu yang merangkak-rangkak keluar dari kabus itu menghala ke arah saya. Suatu yang sangat mengerikan. Mukanya hodoh buruk dan menggerutu. Rambutnya pula mengerbang putih, matanya terbeliak dan nampak berona kemerahan. Jari jemarinya pula runcing...

Dia seperti mahu menghampiri saya. Saya semakin menggelabah tak dapat bergerak. Saya pejam mata rapat-rapat tak sanggup tengok makhluk itu. Tidak semena-mena saya terdengar alunan azan berkumandang.


Secara tiba-tiba tubuh saya ringan, saya dapat bangun. Saya pun membuka semula mata saya, seluruh tempat itu nampak seperti hampir malam. Saya dengar orang panggil nama-nama saya. Saya nampak lorong keluar.

Saya cepat beredar dan saya lihat ada beberapa lelaki dewasa di hadapan saya. Mereka cepat capai saya dan bawa keluar. Mereka kata saya dah tiga hari hilang. Ya Allah! Saya rasa seperti baru beberapa jam sahaja.


Dan orang terakhir yang saya cari tu sebenarnya tak menyorok pun dalam semak tu. Dia menyorok belakang tangga rumah nenek sahaja.

Sejak kejadian itu, saya sudah cuak nak main sorok-sorok lagi. Fobia...rasanya. Menurut orang kampung, yang sorok saya tu hantu kokok dan ada juga yang kata saya disorok bunian. Entah mana satu yang betul tak tahulah.

Apa yang pasti, saya dah serik...

Sekian...

Cerita asal: Adam
Ditulis oleh: Rashid Salim
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Mendebarkan! Saya main sorok-sorok tapi ada benda lain yang turut menyorok"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK