Kuaters Guru Berpuaka


Kisah dari seorang bergelar guru. Riana telah ditukarkan mengajar di sebuah sekolah rendah yang terletak di sebuah negeri. Kawasan sekolah itu agak terpencil sedikit. Di sana telah disediakan kuaters guru. Murid di sana juga tidaklah ramai.

Mula-mula nak sesuaikan diri memang sukar, tetapi kerana tugas digalas jua demi mendidik anak bangsa. Memanglah dia pun tak sangka akan dihantar mengajar ke sekolah berkenaan.

Riana berkongsi pengalaman seram ketika berada di kuaters, pada malam pertama dia di situ, sudah diganggu. Kuaters berkenaan sunyi sepi. Hanya dia sahaja yang tinggal di kuaters itu yang terdapat empat biji rumah sahaja.

Tiga buah rumah lagi kosong. Guru-guru yang lain sudah ada rumah sendiri, dia pula terpaksa tinggal di kuaters berkenaan memandangkan dia belum ada tempat lain. Kuaters guru itu rumah semi D, saling sebelah menyebelah.

Di belakang bahagian rumah itu pula ada sungai. Kalau malam, memang jelas bunyi air sungai mengalir serta sesekali terdengar kocakan air. Memang tak jauh sangat ia dari tebing. Seberang sungai itu pula ada hutan.

Sekitar jam 11 malam begitu, Riana dengar seperti desiran angin, kuat sangat. Ia seperti menerobos masuk dari lubang bata rumahnya itu. Langsir pula melambai-lambai ditiup angin.

Ketika itu Riana berada di ruang tamu sedang menyiapkan sedikit kerjanya. Sebelum itu dia tak pula rasa apa-apa hal yang menyeramkan dan sebagainya, tetapi bila terdengar desiran itu, dia mula terfikir kenapa?

Tiba-tiba dia rasa panas, dia perhatikan daun kipas siling berhenti berputar. Segera dia bangun dan pergi ke arah suis dan mendapati suis sudah sedia dihidupkan tetapi kipas tidak berfungsi. Riana fikir kipas sudah rosak.

Dia mengeluh, tak lama selepas itu kipas hidup semula. Dia lega. Dia memang tak syak apa-apa. Dia pun kembali duduk dan menyambung kerja untuk disiapkan. Tiba-tiba... dia dikejutkan dengan bunyi di dalam bilik bersebelahannya. Ia kedengaran sangat berantakan.

Tersentak Riana jadinya. Dia pun bangun. Dia dengar macam bunyi benda-benda jatuh. Riana berasa curiga maka segera melangkah ke bilik berkenaan. Setahu Riana bilik itu kosong. Dia memulas tombol dan membukanya. Dia pun menghidupkan suis lampu.

Bunyi yang bising-bising tadi terus sepi. Barang-barang yang kedengaran berantakan sebenarnya tak ada apa-apa pun. Riana sudah mula tidak sedap hati. Perasaannya mula bercampur baur. Kalau tadi dia relaks sahaja, sekarang cuak.

Riana pun berkata.... "Aku tak kacau kau... janganlah kacau aku...." Dia cuba beranikan diri untuk malam itu meskipun dalam hatinya sudah begitu cuak.

Tidak semena-mena di belakang rumah itu dia terdengar pula suara orang menangis. Suara tangisan kekesalan, sayup-sayup kedengaran. "Huuuuu......huuuuuu........ huuuuu........." mendayu-dayu....

Ah sudah! Riana makin menggelabah. Tup! Rumah dia terus gelap. Elektrik terpadam. Semakin menggelabah jadinya. Apa dia nak buat pun tak tahu. Dengan siapa dia nak minta tolong pun dia dah tak tentu arah.


"Janganlah kacau aku!!!" Pekik Riana.

"Huuuuuuuu........ huuuuuuuuu........." Suara tangisan itu terus kedengaran.

Riana pun teraba-raba dalam gelap itu terus masuk dalam bilik, dia selimutkan diri. Dia gementar ketakutan. Tiba-tiba dia rasa katilnya berenjut macam ada benda naik duduk dan masuk dalam selimutnya juga.


Riana cuak dan terus keluar dari rumah dalam ketakutan. Semasa dia tengah lari itu, dia nampak ada benda terbang laju depan dia dan benda tu hinggap atas pokok.

Dia panik dan mujurlah masa tu dia melihat ada lampu sebuah motosikal. Dia tahan dan memberitahu pada lelaki tersebut akan apa yang berlaku.


Riana pun mendapat tahu, kes sebenar berkenaan kuaters tersebut. Kemudian, dia pun tak duduk situ lagi. Patutlah cikgu-cikgu lain tak berani nak tinggal di kuaters berkenaan dan lebih memilih tinggal di tempat lain.

"Dulu ada seorang cikgu mati kena rogol dan dibunuh kejam dalam rumah tu. Kemudian mayatnya telah dibuang di tepi sungai belakang kuaters tu.." beritahu lelaki tersebut menyatakan tentang sejarah yang pernah berlaku. - Sekian.

Rashid Salim

Dapatkan buku dari penulis Rashid Salim iaitu Antologi Cerpen seram & thriller ONLINE RELOAD dan Novel Seram BURUK hari ini juga, selagi stok masih ada. Whatsapp: [Klik Sini!]

1 Response to "Kuaters Guru Berpuaka"

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK