“Cis! Tu semua karut, bukan betul pun!” Akibat Bermulut Puaka, Inilah Balasannya...


Ada juga kita dengar orang bergurau tak kena tempat atau yang jenis cakap besar turut teruji dengan kehadiran makhluk halus cuma jarang berlaku. Sebab mereka takkan percaya selagi tak kena pada batang hidung sendiri.

Itu normal, sebab bukan semua orang dapat rasa benda ini. Kalau seseorang itu berhajat sangat nak jumpa gerenti tak jumpa kecuali yang ada titik kelemahan.

Seseorang yang berani, kadang ada benda yang ditakutinya. Kadang perasaan itu datang sendiri tanpa diundang. Berani-berani sangat tapi mengundang kecelakaan seperti yang belaku pada seorang lelaki bernama Hairi (bukan nama sebenar).

Hairi mulut celupar, mana-mana platform media sosial dia ada termasuk di group facebook perihal cerita seram dan mistik. Dia tak percaya hal-hal mistik tapi sibuk nak baca jugak.

Bila ada orang bercerita hal kisah seram, mulalah dia buat provokasi mengatakan cerita itu karut, cerita ini karut. Komen yang bukan-bukan menimbulkan prasangka orang. Tak reti nak duduk diam tanpa sakitkan hati sesiapa.

Dalam group cerita fiksyen seram pula, dah namanya cerita itu fiksyen, dikomennya cerita pada penulis tersebut, contohnya, "Cis! Tu semua karut, bukan betul pun!" kadang ada lagi yang dikomennya, "Cerita bohong!" padahal bukan dia yang tulis.

Hairi ini tak pedulikan perasaan orang. Dia suka melontarkan komentar menjatuhkan maruah dan semangat orang lain yang berkongsi mengalaman seram. Group perkongsian kisah seram tersebut mengumpulkan ramai pengkarya dan pembaca.

Ia tak kira sama ada fiksyen atau betul, anggap sahaja sekadar hiburan, tetapi Hairi ini tidak, dia sangat mengada-ngada, ingat semua benda nak anggap realisitik. Fikir dunia mistik ini benda yang boleh diramal sesuka hati.

Kemudian jari-jemarinya kalau komen memang biadab, "Aku memang nak jumpa sangat benda-benda setan ni, tapi benda-benda ni takut kat aku." itu katanya. "Sebab tu cerita korang ni karut!" setiap cerita orang dia suka kondem.

Selepas ada cerita hamba Allah ini berkisahkan tentang terdengar di malam hari ada sesuatu yang masak megi di dapur. Ia cerita cliche yang biasa didengar, Hairi pun komen, "Kalau aku dengar orang masak megi di dapur tengah-tengah, aku jerit, Hoi! masak lebih,"

Hairi anggak ia humor. Memang dia salah seorang manusia yang memang tak percaya. Memang pencerita seram tak minta orang seperti Hairi percaya pun, tapi tak perlu nak mengada-ngada.

Sehinggalah suatu hari, Hairi tak komen apa-apa dah. Biasa dialah yang paling lantang melontarkan komentar yang menyakitkan hati.

Tahu-tahu ada orang maklum, perut Hairi busung air. Tak tahu kenapa, dah macam orang mengandung 9 bulan 10 hari tunggu masa nak melahirkan bayi.

Doktor yang merawat Hairi pun pelik, perut dia mengembung begitu. Doktor tak pasti penyakit apa itu tetapi ia misteri. Ahli keluarganya kata kena sihir. Entah siapa yang sihir pun tak tahu. Kalau betul sihir, kenapa nak sihir Hairi yang baik hati tu?

Dah puas berubat tapi tak jadi. Terseka begitu. Hairi terlantar sakit. Terseksa sungguh jadinya sampai nak cakap pun payah, mulut pun bengkak. Jari-jemari pun bengkak kembung. Teruk sangat dah tu.

Duit pun dah banyak habis berubat semua tak jadi. Kemudian ada seorang ustaz ni datang tanya bini Hairi, ada tegur benda-benda pelik tak sebelum ni?

Bini Hairi pun ingat-ingat balik, "Ada," beritahu isterinya. Bini dia cakap ada dengar orang ketuk pintu rumah tengah malam.

Kemudian isterinya pun membuka pintu dan nampak ada orang tua berpakaian compang camping dan bertongkat. 

Lelaki tua berkedut kulit wajah dan menggerutu itu berdiri di situ. Kelihatan tangan lelaki tua berkenaan meligih sambil meminta segelas air. 

Hairi pun tampil lalu menengking dan menghalau orang tua tersebut dengan berkata, "Hoi! Kau jangan layan penyangak ni. Ni semua taknik nak merompak!"

Hairi terus memarahi isterinya kerana membuka pintu rumah dan mujurlah pintu grill masih berkunci. Orang tua itu terus diusir tanpa dihulurkan segelas minuman yang diminta.

Ustaz itu menggelang, kadang kita tak tahu siapa sebenarnya yang datang, tapi apa yang penting mulut kena jaga. Adab dan budi bahasa kena ada. Janganlah berkata-kata main sembur sahaja.

Setelah menanggung azab pedih, usus Hairi telah pecah mengakibatkan dia menderita kesakitan. Teriak dan meraung. Jiran tetangga mendengarnya dengar jelas suara keras itu. Ustaz itu pun tak dapat membantu banyak.

Hanya menjadikan cerita itu sebagai iktibar dan pengajaran kepada mereka yang hadir. Isteri Hairi menangis teresak-esak mengenangkan apa yang telah terjadi.

Sungguh kadang kita rancak komen orang di dalam medsos dengan menyakitkan hati, tanpa sedar 'mereka' juga sebenarnya ada mata memerhati kita menanti ketika untuk menguji. Setiap amalan kita tetap tertulis.

- Rashid Salim.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "“Cis! Tu semua karut, bukan betul pun!” Akibat Bermulut Puaka, Inilah Balasannya..."

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK