Best Sangat Ke Menulis Di Blog? Apa Kelebihannya? Boleh Buat Duit Ke?


Entah kenapa saya merasakan pertanyaan sebegitu sangat sarkastik sedangkan pada hakikatnya tidak. Mungkin terlalu kerap agaknya kata-kata sinis yang pernah dilontarkan terhadap saya ketika awal-awal saya membina blog ini.

Di saat itu saya mengambil keputusan untuk menulis di blog dan tidak menulis cerita di hantaran Facebook lagi pada April lalu. Tetapi itu tidak bermakna saya langsung tidak menulis di Facebook. Ada, cuma kurang kerana sekarang saya lebih menumpukan perhatian di blog.

Sejujurnya saya cuba mengabaikan kata-kata negatif segelintir rakan-rakan saya yang mula bertukar toksik terhadap saya kerana saya dilihat lebih obses terhadap penulisan di blog dan sibuk mempromosi penulisan di blog serta kerap berkongsi link blog saya ini.

Sehingga ada yang bersuara meminta saya copy cerita saya sahaja dan terus paste ke dalam kumpulan group tersebut tanpa meminta ahli group untuk klik url masuk ke blog. Saya jadi pelik, kenapa begitu? Itu terpulang kepada pembaca sama ada untuk klik atau pun tidak. Ia bukan paksaan.

Sehinggalah berlaku perbalahan sehingga merubah polisi group 'tersebut'. Apakah? Adakah itu masalah peribadi? Setahu saya tak ada masalah kalau saya meletakkan konten saya terus kekal dalam blog saya tanpa copy paste keluar dari blog. (Seseorang yang melakukan copy paste adalah tindakkan biadab dan tak beretika).

Saya memerlukan pelawat untuk masuk ke dalam blog saya. Saya juga perlu melindungi hak karya-karya saya. Nampak gayanya itu lebih kepada masalah peribadi membina permusuhan. Jadi saya abaikan sahaja kerana itulah cabaran orang yang tidak suka dengan blog.

Saya tak pasti apa masalahnya, atau mungkin dia tak reti nak bina blog juga. Atau mungkin bersikap negatif. Apakah dia tidak tahu apakah kelebihan menulis di blog? Tujuan saya menulis cerita seram saya di blog adalah:

KELEBIHAN MENULIS DI BLOG


(1) Pertama: Saya sapat kumpulkan cerita saya dalam satu platform ini. Hal ini juga dapat memudahkan setiap pembaca-pembaca saya mencari tulisan saya hanya melalui butang 'carian' atau juga melalui butang 'sitemap' dan di situ terkandung semuanya.

Bagaimana kalau saya lepaskan di Facebook? Hanya melalui hastag sahaja mereka dapat membaca dan itupun kalau mereka dapat scroll nama saya. Di dalam itu ada berapa banyak hastag yang nak di cari?

(2) Kedua: Kalau saya nak menyuntingkan semula, ia sangat mudah. Kalau saya nak cari, juga sangat mudah kerana ia ada dalam blog saya sendiri dan bukan pada kepunyaan orang lain. Kalau saya kongsikan di media sosial, yang berteraburan hanya link sahaja, tetapi source ceritanya ada di blog saya.

Apakah itu nampak lebih mudah berbanding saya kena copy paste masuk ke dalam setiap group cerita? Namun ia terpulang juga pada polisi sesebuah group di Facebook sama ada membenarkan perkongsian melalui link atau pun tidak. Kita tak boleh nak langgar.


(3) Ketiga: Saya dapat melihat graf bacaan. Di blog terutama blogspot ada menyediakan Google Search Console dan juga Google Analytic. Saya dapat melihat sejauh mana pencapaian sesbuah cerita saya. Berapa ramai yang baca. Maksudnya progress atau perkembangan setiap cerita-cerita saya.

Secara tidak langsung, saya dapat membuat analisis atau analisa untuk karya atau tulisan saya seterusnya. Saya boleh tahu apa yang pembaca suka baca dan tak suka baca. Saya boleh tengok rentak pengunjung blog saya melalui kedua-kedua kemudahan ini.

(4) Keempat: Selain itu, cerita saya juga boleh dicari melalui Enjin Carian Google. Maksudnya, sekiranya ada pembaca yang mencari kisah atau cerita di enjin carian, kemungkinan cerita-cerita saya juga turut tersenarai. Ini dapat menyumbang traffik masuk ke blog.

Apa akan jadi kalau ada aliran traffik? Itu lebih memberi impak yang baik pada jenama kita sebagai seorang penulis. Kalau cerita bagus, baik dan membari impak kepada pembaca, percayalah pembaca akan suka dan datang lagi berkunjung ke blog. Itulah yang saya buat untuk mereka ingat blog saya.

(5) Kelima: Saya juga berkongsi info. Saya tidak hanya menulis cerita seram semata-mata. Saya juga ingin berkongsi info. Sebab itulah saya menulis di blog. Maka pengunjung boleh membaca tips blogging, tips penulisan yang saya kongsikan selain daripada pengalaman pahit dan manis sebagai penulis.

Sekurang-kurangnya pembaca yang nak ceburkan diri, tahu serba sedikit asam garam nak jadi penulis buku, blog atau penulis media sosial ni bagaimana hakikatnya. Bagaimana nak berhadapan dengan karenah manusia yang pelbagai ragam. haaa gitu...

Tak gelemer pun tak apa, janji kita dapat berkongsi sesuatu yang bermanfaat, itulah saham kita di akhirat. Dapat menghiburkan manusia sejagat walaupun sekelumit pun dah kira sangat bermakna daripada langsung tak berbuat apa-apa.

(6) Keenam: Ini adalah saguhati, apabila kita dah sedaya upaya menulis berkongsi, blog pun akan berikan kita sedikit hadiah iaitu pendapatan sampingan. Walaupun tak banyak, sekurang-kurangnya menulis di blog dapat menjana pendapatan pasif.

Ini ramai yang nak buat tetapi ramai juga yang kecundang dan gagal sebab terlalu cepat berputus asa serta masih skeptikal terhadapnya. Nak buat duit dengan blog sebenarnya memerlukan masa dan perancangan. Ia tak terus hari ni buat blog, terus boleh buat duit. Tak boleh fikir macam itu.


Belajar Teknik Bina Blog


Kena belajar teknik-teknik bagaimana nak bina blog terlebih dahulu. Kemudian teknik SEO. Saya dulu pun bukan terus pandai buat blog, saya godek sana sini bagaimana nak bina blog. 

Sekiranya ada duit lebih, nak bina blog boleh je upah orang. Cuma nak kena ada idea (niche) nak menulis. Ini nak kena jaga, momentum menulis. Menulis pun kena ada minat juga barulah penulisan itu punya makna dan identiti.


Jadi begitulah serba sedikit penerangan ringkas tentang kelebihan menulis di blog menurut pandangan peribadi saya sendiri.

Bagi yang tak suka menulis di blog, harap janganlah membenci rakan-rakan anda yang menulis di blog kerana kita tak tahu mungkin mereka sedang struggle berkongsi info dan membina pendapatan melaluinya.

Allah bagi mereka bakat menulis, dan dengan menulis mereka jadi hobi tersebut menjana pendapatan bagi membantu dirinya dan keluarganya. 

Kita tak tahu apa di sebalik kesusahan yang dilalui oleh mereka yang berblogging kerana di kalangan mereka ada sebab dan alasan tersendiri. 

Pastinya, berblogging itu sangat menyeronokkan bagi yang tahu menghargainya.

Rashid Salim

1 Response to "Best Sangat Ke Menulis Di Blog? Apa Kelebihannya? Boleh Buat Duit Ke?"

  1. Dia belum cuba belum tau macam seronoknya berblogging. Dia punya seronok tu lebih seronok dari bermain facebook

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK