Bakar Teddy Bear Berhantu


Suatu kejadian telah menimpa Aryla di mana dia telah kemurungan melampau sehingga hendak membunuh diri. Dia mengatakan bahawa dia tidak tahan selalu terdengar suara-suara yang entah dari mana datang mengganggu.

Aryla asalnya seorang yang periang tetapi telah berubah menjadi gadis yang pendiam dan tidak banyak cakap dan banyak berkurung di dalam bilik. Sehinggalah dia kerap hendak membunuh diri dengan menelan racun tikus tetapi cepat dibawa ke hospital menerima rawatan.

Itulah kejadikan yang sangat teruk. Apa yang merunsingkannya keluarganya adalah keadaan Aryla selepas keluar dari hospital. Kelihatan sering bercakap-cakap sendiri dengan teddy bear seperti anak patung itu hidup.

Ibunya Asyhanti telah meminta suaminya iaitu Arjun untuk membuang teddy bear berkenaan. Malangnya Aryla tiba-tiba mengamuk. Asyhanti merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan anak pantung tersebut.

Mungkin itulah yang menyebabkan perubahan sikap anaknya berlaku. Jadi dia berbincang dengan Arjun untuk menyelesaikan masalah ini. Lebih malang lagi, keadaan menjadi semakin parah setelah Asyhanti masuk ke dalam bilik Aryla dan...

Alangkah terkejutnya dia mendapati Aryla telah mati dalam keadaan tergantung. Lehernya terjerut dengan tali. Asyhanti merasakan bahawa Aryla telah membunuh diri. Di atas katil Aryla ada teddy bear berwarna putih tetapi bertompok-tompok kemerahan kesan darah.

Mereka telah kehilangan satu-satunya anak perempuan. Asyhanti dan Arjun langsung tak percaya bahawa anak mereka bertindak sampai ke tahap itu. Mereka benar-benar bingung. Apakah misterinya patung itu sehingga anaknya jadi begitu?

Mereka berdua meratapi pemergian Aryla dan Asyhanti merasakan bahawa anak patung itu perlu dibuang. Asyhanti merasakan anak patung itu hidup. Ya, benar-benar hidup kerana dia merasakan anak patung itu seperti memerhatikan dirinya.

Jadi, dia pun mengambil keputusan untuk membakarnya. Dia pergi ke belakang rumah dan mencampakkan ke atas tanah. Kemudian dia mengambil minyak tanah lalu menuangkan ke atas patung tersebut.

Usai itu, dia menyalakan pemetik api dan terus membakarnya. Arjun yang melihat tingkah Asyhanti pun mendekati isterinya, Ketika itu patung tersebut sudah rentung. Lalu Arjun bertanya, apa yang sedang isterinya lakukan. Lantas Asyhanti menjawab bahawa dia sedang membakar patung.

Arjun pun membalas, teddy bear yang Asyhanti maksudkan itu ada di atas sofa dalam rumah. Maka dengan itu Asyhanti tersentak. Habis tu? Yang dia bakar itu apa? Bukankah teddy bear? Semakin bingung.

Maka semakin misteri dan dia semakin percaya bahawa teddy bear itu benar-benar telah membunuh anaknya. Dia mahu Arjun turut percaya bahawa teddy bear itu telah membunuh Aryla. Tetapi Arjun tetap berpegang kata doktor bahawa Aryla penghidap Skizofrenia.

Arjun meminta Asyahanti bertenang dan jangan ikutkan perasaan, jikalau tidak nanti emosi akan terganggu dan menjadi seperti Aryla. Arjun tidak mahu perkara itu berulang. Namun Asyhanti berkata, pantung itu hidup! Bahkan bertegas mengatakan bahawa patung itulah yang membunuh anak perempuannya.

Arjun terus mendakap isterinya supaya bertenang. Bukan dia tak percaya tetapi semua itu karut. Doktor sudah memberitahu bahawa Aryla menghadapi tekanan perasaan. Semua itu kerana Aryla mencintai Victor, tetapi Victor tidak membalas cintanya. Victor tak ada hati pada Aryla.

Asyhanti beritahu Arjun, teddy bear perlu dibuang. Arjun tak rasa teddy bear itu membahaya. Lagipun itu adalah hadiah hari jadi Aryla. Tidak! Asyhanti berkeras hati mahukan anak patung itu segera dibuang.

Asyhanti memberitahu Arjun, pada malam dia hendak ke tandas, dia melihat anak patung itu berada di atas kerusi di dapur. Dia bertanya pada Arjun, siapa yang bawa pergi ke situ? Sedangkan dalam rumah ini hanya mereka berdua sahaja.

Arjun pun menasihati Asyhanti, bahawa itu hanya ilusi. Jangan percaya! Asyhanti benar-benar sakit hati. Sehinggalah suatu malam, dia melintasi ke bilik anaknya. Dia dengar sendiri suara anaknya bercakap-cakap.

Dia tekap telinga ke pintu, sangat jelas dia dengar suara anaknya sedang bercakap dengan seseorang, kemudian anaknya pun bersuara, "Mak pun nak tumpang dengar jugak ke...?" Tersentak Asyhanti.

Esok pagi dia pun memberitahu suaminya, dia dengar bilik anaknya ada orang. Seperti biasa, Arjun akan menafikan semuanya. Dia tidak mempercayai apa yang Asyhanti katakan. Hal ini membuatkan Asyhanti sudah berputus asa hendak mengadu apa-apa lagi.

Pada malam berikutnya, Asyhanti beranikan diri pergi sendiri ke bilik anaknya itu. Perlahan-lahan dia berjalan ke situ. Setibanya di hadapan pintu bilik, dia dengar ada benda bergolek di dalamnya. Bunyi itu jauh, semakin lama semakin dekat dan seterusnya melanggar pintu.

Asyhanti menghulurkan tangannya untuk memulas tombol. Di dalam bilik itu mereka tempatkan teddy bear. Siang hari mereka masuk tak ada apa-apa pun yang pelik. Tetapi bila malam, mesti auranya lain macam.

Krekkkk..... bunyi engsel pintu. Keadaan bilik dilihat begitu suram. Suasana bilik terlihat begitu asing. Ia seolah-olah sebuah tempat yang berbeza. Bilik siapakah? Itulah yang Asyhanti rasakan.

Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang. Asyhanti tersentak lagi. Terus dia menoleh. Dia perhatikan itu adalah Arjun. Arjun risau melihat Asyhanti keluar dari bilik tidur pada waktu malam. Jadi dia ikut.

Suasana bilik yang terlihat asing sebentar tadi sudah kembali keadaan asal. Asyhanti bingung terhadap apa yang dia lihat tadi adakah ilusi atau benar-benar terjadi.

Dia tak mahu beritahu apa-apa pada Arjun lagi kerana dia tahu Arjun takkan percaya. Kemudian Asyhanti melihat anak pantung bertompok kesan darah itu ada di atas katil merenung ke arahnya. Memang dia rasa diperhatikan.

Arjun pun cepat-cepat memaut Asyhanti dan bawa pergi masuk ke bilik tidur semula. Emosi Asyhanti semakin lama semakin terganggu kerana sering terdengar suara-suara misteri. Kadang ternampak-nampak teddy bear itu di mana-mana.

Dan hal yang menakutkan adalah mata anak patung itu berkelip. Memang memeranjatkan sekali. Bila dia beritahu pada Arjun, sudah tentu suaminya tidak mempercayainya lagi.

Akhirnya, Arjun pun membawa Asyhanti untuk rawatan pakar psikiatri. Tetapi kali ini Asyhanti membantah dan dia tak suka dikatakan mental. Dia tak ada penyakit itu. Dia berkeras bahawa apa yang dia rasa itu bukan skizofrenia. Itu ada!

***

Sebelum kematian Aryla...

Pada suatu hari Aryla menjemput Victor datang ke rumah dan ketika di rumahnya dia memberitahu kepada Victor berita yang mengejutkan kepada lelaki itu. Victor tak dapat terima. Lelaki itu tak suka dipaksa untuk mencintai orang.

Lagi pun dia hanya berkawan sahaja dengan Aryla. Walau bagaimanapun Aryla tetap mahu Victor bertanggungjawab. Tetapi Victor tidak mahu. Lagipun apa yang berlaku di antara dirinya dan Aryla adalah terpaksa.

Aryla memberitahu Victor bahawa dirinya telah mengandung. Bimbang kalau hal tersebut diketahui oleh orang tua, dia mahu Victor berkahwin dengannya. Pertengkaran mula berlaku ketika orang tua Aryla tiada di rumah.

Aryla terus mendesak dan menuduh Victor memang sengaja berfoya-foya sahaja dan tidak mahu bertanggungjawab. Dalam keadaan tegang, Aryla menikam Victor. 

Kebetulan pada hari tersebut Asyhanti berada di rumah kakaknya. Jadi Arjun pun pulang ke rumah dan mendapati Aryla sudah berteleku di sisi mayat Victor. Aryla nampak bingung sendiri dan dia pun membenamkan mayat di dinding dekat tandas.

Dia tanam mayat dalam rumah sendiri. Arjun meminta Aryla merahsiakan hal tersebut dan dalam masa yang sama Arjun menghapuskan bukti-bukti kehadiran Viktor ke rumahnya. Biarpun dia tahu, akhirnya nanti pihak polis akan tahu juga.

Namun tidak disangka, roh Victor yang tidak tenang telah menumpang dan merasukki teddy bear serta mengganggu keluarga Arjun. Disebabkan hal itu, Arjun mengambil keputusan menjual rumah tersebut.

Tentang teddy bear itu... biarkan sahaja ia di situ...

Sekian.

Rashid Salim
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Bakar Teddy Bear Berhantu"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK