Misteri Wanita Itu


Sementara tak ada tempahan bouquet ni saya nak share dengan korang satu story ni yang datang dari Fatin (bukan nama sebenar). Menurut Fatin kisah ni dah lama sangat waktu dia kecil-kecil dulu.

Korang kenal lokan? Tempat korang saya tak tahulah ia dipanggil apa. Ia macam kerang tu, tapi besar. Hidup di kawasan berlumpur di tepi-tepi sungai.

Seterusnya Fatin cakap dia dengan famili dia pergi dekat suatu kawasan itu cari lokan. Dia pun tak ingat dekat mana. Tapi baginya jauh jugalah.

Dia tak turun pergi, dia dengan mak dia duduk tepi sungai tu je manakala ayah dan abang-abang dia pergi turun cari lokan. Waktu itu pagi.

Kemudian dia nampak ada sekumpulan orang, kalau kira remaja baya-baya abangnya begitu. Tengok macam dari bandar mereka semua itu turut nak cari lokan juga.

Mereka lebih kurang lima orang. Ketika itu air surut, banyak lokan ayah dapat. Memang suara mereka gelak-gelak ketawa tu kuat sangat. Mereka suka bergurau gelak. Memang rasa tertanggu.

Ayah pesan kat mereka, jangan buat bising tapi mereka buat tak layan sahaja. Tak hormat orang tua langsung. Mulut asyik mencarut sahaja.

Sekali lagi ayah Fatin pesan mulut jangan celupar tapi mereka buat tak endah sahaja. Ayah Fatin bukan kenal pun dengan mereka itu tetapi cuma berpesan supaya jaga bahasa tak baik mencarut.

Namun sikit pun tak jaga budi bicara. Mereka seolah-olah hilang adab dengan orang tua. Ayah Fatin hanya sabar manakala ibu Fatin pula hanya menggeleng sahaja.

Abang-abang Fatin waktu itu memang dah nak berkelahi dengan mereka tapi si ayah halang. Tak nak perkara tak diingini berlaku. Sebagai anak memang tak sanggup orang lain berlaku biadab dengan ayahnya.

Tapi itulah cara ayah Fatin mendidik anak-anak supaya bersabar dahulu. Walau apapun banyakkan bersabar. Ayah Fatin dan ingatkan mulut kena jaga jangan cakap lepas.

Tak lama selepas itu matahari mula meninggi, mereka mula naik ke darat. Fatin pun tengok mereka dan ternampak ada sosok seorang perempuan berpakaian putih comot dan berambut panjang.

Rambut perempuan itu meleret sampai ke tanah menerawang ikut mereka dari belakang. Manakala wajah perempuan itu buruk dengan kulit wajah bersopak sana sini. Bola matanya terjuntai terkeluar dari sangkar.

Fatin segera gosok-gosok tubir matanya lalu melihatnya sekali lagi, namun perempuan tersebut tidak lagi kelihatan. Fatin ragu-ragu terhadap apa yang dilihatnya. Dia tergamam dan terpaku seolah-olah tersampuk.

Ayah Fatin segera meraup wajahnya lalu menekan-nekan sedikit tubir mata Fatin lantas menghembusnya. Itulah yang berlaku. Hijab Fatin terbuka sehingga melihat sesuatu yang tak sepatutnya.

Ayah Fatin memulihkan semangat Fatin dan dalam masa yang sama sekumpulan remaja lelaki tadi telah diganggu makhluk halus tersebut. Salah seorang daripada mereka kerasukan.

Fatin yang dalam keadaan lemah melihat ayahnya membantu remaja lelaki yang kerasukan tersebut kemudian meminta segera meninggalkan tempat itu.

Fatin cakap kawasan itu ada penunggu, mulut jangan main cakap lepas, kadang kita tak tahu apa yang ada di sekitar situ. Boleh jadi 'mereka' marah tanpa kita sedar.

Alam ini bukan kita sahaja yang tinggal. Kita berkongsi dengan makhluk lain, jadi berwaspadalah dalam berkata-kata. Budi bahasa dan tutur bicara jangan lancang, jaga baik-baik, jangan nak sibuk-sibuk maki orang sesuka hati, itulah pesan Fatin.

Begitulah sahabat sekalian perkongsian kisah dari Fatin. Semoga korang mendapat sesuatu dari kisah ini. Sehingga kita jumpa lagi. Terima kasih…
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

1 Response to "Misteri Wanita Itu"

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK