Kenapa Berlakunya Buang Harga Bouquet Surprise?


Assalamualaikum gais, Selamat sejahtera. Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada korang sudi jengah ke blog saya. Blog saya ini banyak menulis cerita-cerita seram. Tapi tak apa saya akan pelbagaikan cuma ini sub topik dalam kolum umum.

Saya cuma ingin berkongsi kerana saya kini melibatkan diri dalam bidang SP, surprise planner. Meskipun baru namun sekadar ingin berbagi pengalaman dan informasi sahaja tentang apa yang saya tahu.

Semenjak saya join satu kumpulan di Facebook yang diberi nama Bouquet 1 Malaysia (Idea) dikelola oleh Puan Laff Aachu, maka banyak yang saya dapat belajar dan di sana telah banyak memberikan saya inspirasi serta banyak membantu saya dalam bisnes saya juga.

Di sana juga banyak berkongsi pelbagai info yang bermanfaat, ahli-ahlinya juga supporting, baik-baik belaka. Selain itu, mereka selalu berkongsi masalah untuk dibincangkan, salah satunya mengenai masalah 'buang harga'. Saya pun tak pasti kenapa ia berlaku, adakah ia memberikan impak yang besar terhadap pasaran atau pun tidak?

Namun, kenapa berlakunya buang harga bouquet? Izinkan saya berkongsi ya. Kemungkinan besar...
  1. Kurang ilmu
  2. Pesaingan
Saya lihat terdapat dua faktor ni yang menjadi penyumbang terbesar kepada berlakunya perkara tersebut. Mungkin juga terdapat faktor-faktor lain, tetapi ini mungkin faktor utamanya.

Mengenai faktor kurangnya ilmu:-

Oleh kerana seseorang itu tak tahu dan tak belajar cara nak letak harga sesuatu bouquet berapa maka mereka main jual je berapa sampai makan modal. Kemudian nangis bucu katil sebab tak dapat rolling modal. Tak cakap lain pesan kat diri sendiri jugak.

Mengenai faktor pesaingan:-

Oleh kerana nak bouquetnya laku dengan cepat lalu mereka pun jual murah dari harga pesaing. Sanggup pula dapat untung tipis pun tak apa. 

Kemudian ada yang jual murah dalam market pula mungkin dia nak konker sesuatu kawasan atau nak grab pelanggan, atau mungkin sedang buat promosi, memang akan buang harga.

Tapi saya naklah tanya juga... Ada ke kawalan harga untuk bouquet kita ni? Tak ada, kan? Ia bukan harga kawalan... Jadi ia terserah pada individu terbabit meletakkan harganya sendiri.

Kesimpulan di sini...

Bagaimana dengan kita nak maintain? Maka sebenarnya terserah pada kita. Kita kenalah tingkatkan mutu dan servis kita... yakni tingkatkan 'value' produk dan servis kita. Setujukah anda dengan saya?

Kita juga tak perlu gentar dan bimbang pada pesaingan harga kerana kita bersaing dari segi produktif kita. Kualiti kita. Inilah yang kita kena jaga. Maksud saya softskill turut memainkan peranan yang penting.

Memang kita sedia maklum kos sara hidup kian meningkat. Siapa yang main harga jual terlalu murah dengan niat yang tak baik atau makan modal adalah seolah-olah sedang membunuh bisnesnya sendiri.

Ini merupakan pandangan peribadi saya... Maafkan saya sekiranya kita berbeza pendapat. Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudah segala urusan, Aamiin.... Terima kasih. Jumpa lagi...

Saya Rashid Salim, Teman Bukeilers Anda...

kohor-kohor main tik tok etek....

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Kenapa Berlakunya Buang Harga Bouquet Surprise?"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK