Penyewa Gerai Main Hantu


Hai, Assalamualaikum. Selamat sejahtera. Semoga tak terlewat untuk saya mengucapkan selamat tahun baharu buat semua pembaca blog saya. Di tahun baharu ini juga kita sentiasa berada dalam keadaan baik hendaknya, Aamiin.

Bayanglah, betapa lamanya blog ini tidak dikemaskini tanpa cerita baru, kan? Tak apa, ini ada kisah misteri yang ini saya kongsikan pada korang. Nak kata seram tu tak pasti, tapi ia terjadi pada seorang Hamba Allah ini.

Kisahnya begini...

Dia ni, senang cerita saya berikan nama sebagai Fadil (bukan nama sebenar). Fadil ini ada gerai makan. Dia bagi sewa kat seorang individu nama Ros (bukan nama sebenar).

Ros ni sewa gerai Fadil dengan kadar harga sekian-sekian... dan mereka ni bersetujulah. Perjanjian hanya dibuat melalui perjanjian mulut sahaja, tidak bertulis.

Iyalah, style orang kampung, apalah sangat janji mulut sahaja, kira jadilah sewa itu. Maka si Ros pun sewa dengan Fadil gerai tersebut.

Si Ros ini mulalah minta nak repair gerai itu dan ini. Dia ada minta potong sewa kalau dia nak tambah itu dan ini pada bahagian gerai.

Fadil ini pun pernah cakap pada si Ros, "Eh Ros, kau nak buat apa kat kedai ni buatlah... sewa tetap sama sahaja."

Si Ros ni tak puas hati sebab dia nak apa yang dibuat kena potong sewa. Dia nak repairlah sedikit gerai tersebut tapi Fadil cakap segala baik pulih apa-apa itu Ros sendiri tanggung sebab Fadil bagi harga begitu sahaja.

Lagipun gerai biasa-biasa sahaja, bagi sewa pun dah murah, bukan mahal mana. Ros ini mulut bukan main lagi. Berniaga baru beberapa minggu dah minta turun kadar sewa.

Dua bulan berlalu sewa pun tak dibayar, alasan Ros, orang tak ramai. Tapi Fadil tengok orang datang beli ramai. Lauk sentiasa habis.

Sedikit pun tak terjetik di hati Fadil ini nak pergi marah atau apa, cuma nak pergi ingatkan sewa perlu dibayar. Akhirnya Fadil pun pergi cakap tentang sewa. Tapi Ros bayar tak sampai separuh.

"Ros... kenapa bayar sikit sangat?" Tanya Fadil tapi Ros jawab acuh tak acuh. Fadil rasa terkilan. Sebagai orang yang berikan sewa gerai agak rasa makan hati dengan sikap penyewa begitu. Tak sangka pula pada awal-awal bukan main manis.

Dan hari itu, Fadil rasa nak makan masakan Ros... dia makan di gerai itu. Dia tengok ramai orang bungkus. Dia walaupun Ros layan dia begitu, dia tak simpan dendam, dia layan baik sahaja. Kemudian dia makan di situ.

Masa dia letak pinggan atas meja, tak semena-mena tangan dia tertolak bekas sudu jatuh ke atas lantai. Bersepah bekas sudu tu. Tertoleh pekerja Ros tengok. Fadil tunduk kutip. Masa dia tengah tunduk kutip sudu-sudu tu la dia nampak ada benda terapung.

Benda tu berada dekat rak lauk pauk di mana pekerja si Ros tengah sibuk cebuk-cebuk lauk masukkan dalam plastik. Dia nampak bahagian kaki yang terikat kain kafan. Macam bunjut tu. Dia pun bangun tengok. Allahu`Akbar!

Fadil kata patutlah awal-awal berniaga tak sampai sebulan pun orang penuh ramai bungkus lauk katanya sedap. Benda itu pula meleleh-leleh masukkan air liur dalam lauk pauk.

Dek kerana sikap Ros yang sewa payah nak bayar, dia minta Ros cari kedai lain. Ros akur, tapi yang jadi masalah tidak lama selepas itu Fadil jatuh sakit muntah-muntah darah. Bila pergi berubat, kena santau.

Nasib baiklah sembuh, Alhamdulillah... kalau tidak, tak tahulah apa jadi. Bila ditanya siapa yang buat, Fadil diam sahaja. Ustaz yang rawat itupun tak beritahu siapa-siapa asalkan Fadil sembuh sudah cukup syukur.

Manusia ini ada macam-macam, hati kita tak pernah tahu. Jadi berwaspadalah dengan siapa kita berurusan, tawakal pada Allah. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas setiap perbuatan. Dunia semantara, akhirat selamanya.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Penyewa Gerai Main Hantu"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK