Jaga Sekolah Terserempak Entiti, Rakan Sekerja Pula Yang Hampir Mati


Ini sebuah pengalaman yang diceritakan sendiri oleh Hamdan (bukan nama sebenar) kepada saya. Maka saya kongsikan dengan korang dekat sini.

Hamdan sebelum ini kerja di resort, dah lama kerja di resort dia pun berhenti. Katanya nak cuba bidang lain pula. Dah boring kerja di situ.

Kali ini dia jadi pengawal keselamatan pula. Berbeza betul kerjanya berbanding sebelum ini. Katanya gaji yang ditawarkan sebagai pengawal keselamatan lebih tinggi sedikit.

Dipendekkan cerita, dia jadi jaga di sekolah. Pada hari pertama dia kerja syif siang. Tak ada apa-apa pun yang berlaku, biasa sahaja. Dua minggu pertama dia kerja syif siang semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja.

Apabila tiba bertukar ke syif malam, maka mulalah salam pengenalan buat dirinya. Dia ingat tak ada apa-apa pun di situ dan tak fikir apa-apa yang ganjil akan berlaku.

Rupa-rupanya pukul dua pagi, di pondok pengawal kipas tiba-tiba mati sendiri. Hamdan bertanya pada rakan sekerjanya kenapa tiba-tiba kipas itu punatnya tendang? Rakannya cakap biasalah orang baru masuk.

Hamdan kata apa yang biasa? Rakan sekerja tu kata “Kau la yang baru masuk…” Maksudnya si Hamdan la pekerja yang baru masuk tu. Jadi Hamdan pun hidupkan semula kipas tersebut. Baru sahaja dia nak duduk, kipas tu mati lagi.

Rakan sekerja tu dah pucat dah wajahnya, Hamdan pun rasa takut-takut juga. Main kipas mati sendiri. Tapi rakan dia tu buat-buat biasa. Selepas itu tiba waktu kunci jam, maka mereka berdua pun pergilah meronda sambil kunci jam.

Rakannya pesan, tak ada apa-apa pun, buat relaksa je… tapi Hamdan ni dah rasa lain macam teringat kes kipas main tutup buka tu.

Setibanya dekat kantin, Hamdan ada dengar seperti ada benda berantakan di dapur kantin tersebut. Yang peliknya dia tanya rakannya, si rakannya tak dengar apa-apa pun. Dia rasa nak pergi suluh sebab dia tengok tingkap naco macam tak tertutup rapat.

Perlahan-lahan dia buka dan terus suluh tepat ke arah satu lembaga kehijauan pekat hitam bermata merah sedang jilat periuk yang ada atas rak di dapur kantin itu. Lembaga itu seolah-olah tidak mempedulikan Hamdan yang sedang menyuluh lampu ke arahnya.

Namun, beberapa saat selepas itu makhluk itu pun ghaib. Meremang bulu tengkuk Hamdan tatkala melihat entiti yang nampak kehijauan pekat hitam itu. Dia pun segera bergegas memberitahu pada rakannya tentang apa yang dia nampak namun rakannya tak mempercayainya.

Katanya, sepanjang dia kerja di situ, tak pernah lagi nampak apa yang Hamdan nampak. Kalau setakat dengar dan menyakat dengan kipas mati sendiri dan terdengar bunyi tapak kaki itu biasa.

Tapi Hamdan kata dia nampak benda tersebut. Hamdan dah terketar-ketar dah beritahu pada rakannya tapi rakannya tak percaya juga. Hamdan terkelu dan boleh nak cakap sebab benda tu dah betul-betul ada di belakang rakannya.

Hamdan pun mengucap panjang tergagap-gagap sambil beritahu benda tu ada di belakang, tiba-tiba... sewaktu rakannya menoleh, benda tu terus sampuk kawannya lalu meracau-racau di situ menggelupur atas tanah. Cakar-cakar tanah dah kena rasuk.

Hamdan panik tak tahu nak buat apa, dia call chip beritahu. Jadi malam itu ketua dia datang dengan beberapa orang bersama ustaz.

Ustaz tu minta Hamdan pegang si rakannya yang kena rasuk tu kuat-kuat, jadi mereka pun pegang. Bayangkanlah betapa kuatnya tenaga orang yang kena rasuk ini tapi ramai yang tolong.

Lidah rakan sekerja Hamdan yang kena rasuk itu sedang terjelir-jelir, mata pula bagai nak terkeluar dari sangkarnya manakala urat-urat tengkuk nampak macam nak pecah. Keadaan itu kelihatan begitu serius dan membimbangkan.

Ustaz itu seolah-olah bertarung dengan sesuatu yang tak terlihat dengan mata kasar dan akhirnya benda itu pun keluar dari badan. Seram sejuk Hamdan rasa. Hari pertama kerja syif malam berhadapan dengan rakan sekerja kena rasuk. Dia ingatkan dia yang kena rasuk, tapi orang lain.

Nasib baiklah dia amalkan ayat pendinding diri, paling tidak pun ayatul kursi. Untuk melindung diri daripada gangguan jin dan syaitan. Walaupun dia bukannya berani sangat tapi tidak mahu alpa.

Ok gais, begitulah serba sedikit yang dapat saya kongsikan dengan korang pada kali ini. Semoga korang baik-baik sahaja ya gais. Sehingga kita berjumpa lagi pada cerita yang akan datang, Insya-Allah… Assalamualaikum…

RASHID SALIM

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

1 Response to "Jaga Sekolah Terserempak Entiti, Rakan Sekerja Pula Yang Hampir Mati "

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK