Cara Mudah Buat Duit Dengan Menulis


Ketika saya sedang buat kerja hakiki saya, tiba-tiba ada rakan media sosial saya dm saya bertanyakan sesuatu pada saya mengenai dunia penulisan. Dia bertanya tentang bagaimana saya dahulunya terjun dalam bidang penulisan. 

"Dulu sebelum awak terjun ke dalam bidang penulisan buku, awak ada masuk ke bengkel atau kursus tentang bidang tersebut?" Itulah pertanyaannya.

Tentu sekali jawapannya adalah tidak. Pada awal-awal saya terlibat dalam dunia penulisan kreatif saya tidak menyertai mana-mana kursus penulisan kerana pada waktu itu saya amat naif sekali dan hanya berbekalkan minat dan juga semangat.

Saya hanya belajar melalui kawan-kawan senior dalam penulisan dan juga melalui carian Google. Walau bagaimanapun secara dasarnya bagi saya belajar atau mengikuti kursus atau bengkel penulisan adalah wajar dan bagus sebenarnya.

Pertama

Anda dapat tajamkan lagi ilmu penulisan dan teknik-teknik asas tentang dunia penulisan itu sendiri. Selain dapat mengenali penulis-penulis lain.

Kedua

Anda dapat bertukar-tukar pendapat dengan penulis-penulis lain disamping dapat berbagi-bagi idea. Dalam dunia penulisan ini sebenarnya skopnya sangat luas. Anda dapat berkongsi ilmu.

Ketiga

Anda dapat mencorakkan gaya dan cara penulisan serta dapat mengenalpasti di mana salah dan silap serta dapat memperbetulkan apa yang salah dan menambahkan apa yang kurang dan mencantas mana yang lebih. Disamping itu anda juga dapat membedah sesuatu karya untuk mengkajinya secara lebih terperinci lagi.

Begitulah....

Jadi saya terangkan di sini serba sedikit apa yang saya faham sekiranya dapat menyertai kursus atau bengkel sebab saya pun selepas itu belajar bengkel dan kursus secara ringkas sahaja itu pun secara online dahulu.

Namun, ada banyak lagi sebenarnya itu anda kena join sendiri baru dapat tahu bagaimana keadaannya. Ia pasti sesuatu yang menyeronokkan.

Seterusnyanya sahabat saya ini bertanya lagi tentang soalan yang seterusnya kepada saya. Soalan yang sangat berkait rapat tentang bertanyaan pertama tadi. Sebabnya katanya dia menulis dah lama selepas saya cakap nak menulis ini tipsnya kena mulakan menulis.

Iyalah, kalau tak mulakan, sampai bila-bila pun takkan akan mula. Maksudnya, perjalanan beribu-ribu batu bermula dari langkah yang pertama.

"Menulis ni dah lama saya buat. Cuma, nak belajar lagi macam mana dengan menulis ni boleh menjana pendapatan." Ini katanya.

Jadi dia maksudkan nak belajar menulis sebab nak hasilkan pendapatan. Sebenarnya nak hasilkan pendapatan melalui penulisan bukan sesuatu yang mudah tetapi ia juga bukan sesuatu yang susah. Ia sebenarnya bermula dari keazaman dan tekad serta semangat.

Kalau kita cepat berputus asa, hasrat untuk meraih pendapatan melalui penulisan akan menjadi suatu yang sia-sia. Boleh jadi ia sekerat jalan sahaja.

Oleh itu, anda harus tahu tujuan sebenar anda menulis. Matalamat dan tujuan anda harus jelas dan anda harus berusaha ke arah itu. Jika tidak, ia ibarat melepaskan batuk di tangga. Tidak akan ke mana-mana usaha anda jika tiada tindakan apa-apa.

Maka itu anda bacalah di sini bagaimana untuk menjana pendapatan dengan penulisan, semoga usaha anda berhasil nanti...


LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

2 Responses to "Cara Mudah Buat Duit Dengan Menulis"

  1. idea yg menarik sbb skrg ramai yg menulis utk dpt income

    BalasPadam
  2. semoga shid akan terus maju dlm bidang penulisan...

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK