Cara Jana Duit Dengan Penulisan


Anda punya hobi menulis? Sama ada mengarang cerita di mana-mana platform media sosial? Saya ada kawan-kawan yang suka menulis cerita fiksyen seperti novel dan cerpen.

Kemudiannya mereka berkongsi di Facebook dan di mana-mana aplikasi untuk bacaan umum. Menurut mereka untuk memenuhi masa lapang sahaja.

Bagaimana pula dengan anda yang ingin menjana pendapatan dengan menulis? Anda pernah cuba?

Saya pernah cuba dan masih teruskan sehingga ke hari ini. Menulis sebenarnya boleh memberikan kita pendapatan sama ada secara full income dan side income, bergantung kepada bagaimana cara anda menguruskannya.

Siapa kata menulis tak boleh bagi kita pendapatan, kan? Sebenarnya boleh. Contohnya bagi anda yang suka menulis di blog, berkongsi life style, tips-tips berguna dan bermanfaat juga boleh buat duit.

Contoh:
  1. Memohon pengiklanan daripada Google Adsense
  2. Iklan produk orang lain (Review produk)
  3. Mengambil upah update entri (Ghostwriter)
Itu semua boleh jana income.


Menulis secara percuma


Jika anda seorang penulis cerita fiksyen sama ada novel atau cerpen atau pun anekdot, izinkan saya berkongsi dengan anda bagaimana strategi membina pengikut anda sendiri.

Ini cara saya, masa saya menulis cerita, saya berbagi di blog atau di media sosial. Berkongsi di group untuk dibaca oleh orang lain. Bila mereka suka, mereka akan ikut cerita tersebut.

Ia bergantung juga kepada genre apa yang dipilih. Kalau anda tulis cerita tema seram, tapi pergi promote di group cerita cinta, akan kurang berkesan.

Cari group-group cerita yang kena dengan tema yang dihasilkan. Kongsikan di situ. Mulakan secara percuma terlebih dahulu.

Tulis secara percuma itu bermaksud untuk pengenalan terhadap tulisan-tulisan anda. Ya la, kita orang baru, tak ada orang kenal, jadi nak tak nak kenalah berkorban lebih sikit. Kata orang, kena kerja kuat.

Bina pautan ke group anda atau pages


Saya akan letak link atau pautan ke group saya atau pages supaya mereka akan menuju ke situ untuk kemaskini cerita terkini. Secara tak langsung saya dapat kumpul pembaca saya sedikit demi sedikit.

Selain itu saya juga sediakan link ke blog saya untuk mereka melayari bila senang untuk mengintai apa-apa bahan yang menarik untuk dibaca.

Dari situ mereka akan mula mengenali karya kita. Apabila mereka telah suka dan berminat, maka mereka dengan sendirinya akan jadi pengikut setia kepada setiap cerita kita.

Bina platform untuk pengikut berkomunikasi


Boleh bina komuniti untuk pengikut anda sendiri sama ada di Facebook group, Whatsapp group, Instagram, Twitter, Telegram dan lain-lain yang dirasakan sesuai.

Ini supaya untuk memudahkan anda melakukan promosi-promosi yang akan datang. Sebab saya pun buat macam tu untuk menyalurkan apa-apa maklumat berkenaan penulisan saya.

Buat buku fizikal atau Ebook


Setelah anda ada pengikut, dan mereka suka dengan karya anda, maka wujudkan satu buku yang berkualiti untuk pembaca-pembaca anda. Maksud saya bukukan cerita-cerita anda sama ada dalam bentuk buku fizikal atau ebook.

Sudah tentu nak cetak buku memerlukan modal, dan ia ada cara bagaimana nak mencetaknya. Di sini anda perlu bina kepercayaan di antara anda dengan pengikut setia anda. Nak lebih jimat, boleh buat ebook.

Kepercayaan ni mesti dibina dengan berteraskan kejujuran. Jadi anda mesti berlaku jujur dalam penulisan sejak dari awal. Kalau boleh, jangan sorokkan identiti sebenar anda.

Biar orang kenal kita dengan apa adanya. Namun ia terpulang pada individu masing-masing dalam membina branding.

Cetakan Buku Seram Buruk Saya

Cetaklah buku mengikut permintaan sahaja. Jangan rumitkan keadaan cetak banyak-banyak nanti buat pening kepala buku tak terjual.

Sebab kita ni baru nak mula, jadi jangan bebankan kepala cetak dulu kemudian baru nak jual, jangan... ambillah order yang berbayar dahulu, kemudian baru cetak mengikut jumlah order itu.

Insya-Allah, dalam ramai-ramai pengikut anda, pasti ada yang suka dan ingin memiliki karya-karya anda. Apa yang penting mesti berani mencuba.

Hobi yang berbaloi


Jadi, itu adalah cara saya jana pendapatan dengan penulisan. Sebenarnya, walaupun hobi saya menulis, kalau boleh biarlah hobi kita itu mendatangkan hasil kepada kita.

Dan juga penulisan kita itu memberi manfaat kepada orang lain. Siapa yang tak mahu penat lelah kita berbaloi, kan?

Bagi anda yang memang suka menulis, boleh ambil peluang ini sebab bahan bacaan yang berkualiti tetap akan dibeli pembaca setia anda.

Oleh itu, sediakan bahan bacaan yang bagus dan jangan cincai-cincai. Jangan sesekali 'bodoh' kan pembaca kita dengan penulisan kita yang semberono.

Ya, semua ini memerlukan masa, namun kesabaran adalah amat diperlukan kerana kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha.

Anda bagaimana? Pernah jana pendapatan melalui penulisan? Kongsikan di bahagian komen ya.

Anda berminat untuk jana pendapatan melalui penulisan? Dapatkan panduan ni : SuksesWriter.com

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Cara Jana Duit Dengan Penulisan"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK