Apakah Maksud Sebenar Niche?


Ketika saya sedang membaca artikel di sebuah blog, saya terpandang satu komentar seseorang bertanyakan tentang niche. Saya langsung terfikir. Eh? Rupa-rupanya masih ramai yang belum mengetahui apa yang dimaksudkan dengan niche, maka lebih baik saya menulis tentangnya agar dapat membantu lebih ramai orang.

Blog Anda Harus Punya Niche


Itu yang diperkatakan di dalam blog yang saya baca. Kemudian individu itu bertanya akan maksudnya. Namun ia belum dijawab oleh sesiapa. Justeru itu saya cuba menjawabnya mengikut pemahaman saya sahaja.

Apakah Niche Blog Saya?


Jika dilihat, adakah anda mengetahui apakah niche blog saya? Mereka yang tahu pasti boleh mengatakannya. Namun ada sesetengah orang belum dapat mengetahuinya jika sekilas pandang sahaja. Sebenarnya boleh sahaja dilihat melalui ruang description saya mengenai apa. Lantas apakah isi kandungan blog saya?

Sudah tentu ia mengenai cerita-cerita dan karya seram yang saya tulis. Itu menjadi perkara pokok di dalam tujuan blog saya dibina. Selain itu, info-info lain adalah sebagai tambahan sahaja tanpa mengurangi tujuan asal blog ini.

Niche adalah pembahasan atau topik

Ia mengenai sesuatu perbincangan yang lebih fokus kepada sesuatu perkara. Atau juga arah tujuannya. Sekiranya anda membina blog, pastikan blog anda untuk apa? Pastikan tujuannya jelas supaya pembaca tahu dan tidak keliru.

Menurut Kamus Bahasa Inggeris:-
Niche : Ia khusus bagi suatu bidang atau jurusan.
Maknanya sesuatu yang dibahaskan adalah suatu yang diberi fokus. Namun terdapat beberapa jenis niche yang perlu anda ketahui iaitu:

Whole niche :
Niche ini adalah yang paling sering dan umum digunakan oleh para pemilik blog atau website, yakni membincangkan tentang semua jangkauan dari topik atau isu tersebut.

Broad niche:
Ia agak berbeza sedikit dengan whole niche, perbincangan yang diambil tidak keseluruhan tetapi cuma sebahagian besarnya sahaja.

Themed niche:
Suatu niche yang memfokuskan kepada satu topik tertentu tanpa membincangkan tentang topik-topik yang terkait lainnya.

Micro niche:
Dan yang terakhir ini pula adalah niche yang sangat-sangat fokus, terarah, sangat bertujuan dan lebih terperinci sekali.


Semoga dengan penerangan ringkas ini dapat memberikan serba sedikit info dan pemahaman kepada anda tentang apa itu niche?

Jadi, bila anda nak bina blog, bolehlah anda tetapkan niche apa blog anda tu nanti supaya lebih fokus ketika anda menulisnya. Tak kisahlah anda nak memilih jenis niche yang mana, tapi kebiasaannya ramai yang memilih whole niche kerana ia lebih bebas.

Walau bagaimanapun ia terpulang kepada kepakaran dan kelebihan masing-masing. Semoga penulisan kita dapat berbagi sesuatu yang bermanfaat kepada khalayak umum, Insya-Allah. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi membaca blog saya. - Rashid Salim.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

2 Responses to "Apakah Maksud Sebenar Niche?"

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK