Misteri Hantu Tinggi


Beberapa bulan lalu kawan saya ada kongsikan mengenai satu kisah. Ia tentang Hantu Tinggi, atau dikenali juga sebagai Hantu Galah atau Hantu Panjang. Jadi saya teringat baliklah kisah tu, maka saya tulis dan sampaikan di sini untuk anda. 

Menurut L yang berasal dari Borneo ini, ketika itu kami hanya berbual melalui telefon sahaja. Itulah cara kami berhubung ketika pandemik Virus Covid-19 melanda negara Malaysia ini malah di seluruh dunia. L kata hantu ini boleh meninggi perlahan-lahan dan boleh menjadi ukuran manusia biasa.

Hantu ni agak kurang popular dalam masyarakat di Semenanjung Malaysia tetapi bagi kawasan pendalaman ia dikatakan wujud. Saya tak pasti sama ada ia adalah mitos atau pun benar-benar wujud.

Kalau di Indonesia pula, mereka panggil hantu ni dengan nama Hantu Ganjang, ertinya sama iaitu Hantu Panjang atau ada sesetengah tempat panggil Hantu Galah. Galah dah boleh buat kait kelapa ni. (Bercanda)

Benda ni suka duduk di pohon-pohon yang tinggi. Bila dia semakin tinggi, dia akan selalu mendongak sehingga ada orang yang boleh nampak. Bayangkanlah kalau mereka berada di rimbunan pohon-pohon, seram, kan?

Ada juga yang bersahabat dengan hantu ni bersama niat jahat untuk mencelakai orang lain kerana hantu ni suka mencekik dan menggigit korban sampai mati. Boleh mati tu... jangan fikir ia perkara main-main.

Kalau L tak cerita, saya hampir lupa pada hantu yang ni. Di Thailand pun ada juga hantu ni, di sana hantu tinggi agak terkenal, cuma di tempat kita ia kurang dikenali gara-gara orang kita sering terserempak dengan pontianak, pocong, langsuir dan hanturaya sahaja.

Cuma, lain tempat lain ceritanya. Ia bergantung pada situasinya juga. Berbalik pada hantu panjang tu tadi, di Semenanjung Malaysia tak pasti akan rumor ini, tapi menurut L, di Borneo ada. L beritahu, terdapat masyarakat sana membela hantu tinggi ni, kiranya untuk menyakiti korbannya. 

Katanya lagi, mata hantu itu bersinar terang macam lampu bila malam. Masa tu L beritahu dia berada di dapur rumahnya. Dia nampak ada sesuatu yang bercahaya dekat bukit. Di pun intai melalui cermin naco tu. Semakin lama ia semakin tinggi. Terang benderang di kawasan situ.

Saya tanya L, agak-agak hantu tu perasan tak kau tengok dia? Lalu jawab L, tubuhnya tiba-tiba meligih tak tahu kenapa. Seram sejuk dirasakan. Maknanya benda tu menghadirkan aura yang menyeramkan. L beritahu bukit tu tak jauh dari rumah dia, kerana bimbang dia pun cepat-cepat tutup naco tu nak masuk dalam rumah.

Saya tak dapat bayangkan kalau benda tu datang dan cekik L, mungkin L dah mati sekarang. Tapi itu la, saya pun tak tahu bagaimana rupa sebenar benda tu. Apa yang L cakap saya cuba bayangkan, dan imej-imej yang terpapar dalam Google, saya dapati tak banyak yang ada melainkan lakaran sahaja.

Maksudnya tak terdapat banyak info mengenai hantu tersebut. Ini bermakna ini masih menjadi misteri. Namun ada juga saya terdengar kisah tentang kemalangan yang berlaku di Semanjung Malaysia ini. Ada yang mendakwa terserempak akan kelibat hantu tersebut di tengah jalan.

Oleh kerana mengelak kelibatnya maka mereka pun terbabas. Hal itu menyebabkan mereka hilang kawalan kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan. Ada juga yang mendakwa ia menghadang pandangan. Pelbagai versi dan cerita yang dapat kita dengar namun belum terbukti kesahihannya.

Bagi mereka yang pernah jumpa mungkin tahu bagaimana rupa sebenarnya. Munurut L, benda ni kadang lebih tinggi dari pokok. Ia memang boleh tinggi dan mengecil. Dahsyat tu... Iyalah kan, itu jelmaan jin. Macam-macam boleh jadi.


Sekian. - Rashid Salim.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Misteri Hantu Tinggi"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK