Rupanya inilah sebab kenapa orang tak baca blog saya


Saya tumpang sedih terhadap nasib yang diadukan oleh rakan penulis blog yang baru menulis di blog dan katanya tak ada orang baca blognya. Saya tanyalah kenapa berfikir macam tu?

Lalu katanya dia tak mendapat apa-apa respon. Sehingga dia pun rasa tak semangat dah nak terus menulis. Kiranya dia sudah mulai rasa putus asa sangat-sangat.

Lah! Nak tunggu respon yang macam mana? Komen pembaca ke? Itu biasalah, ada sahaja yang jadi silent reader. Biasanya dalam blogkan ada graf orang view blog kita. Jadi kita dapat tahu jumlah orang yang baca blog kita tu. Tapi katanya, sikit.

Promosi

Sikit atau banyak, ada juga orang baca. Yang silapnya di sini bukan tak ada orang baca blog kita tu, tapi kerana kurangnya promosi. Selepas dah tulis tu, jangan malu untuk sebarkan kepada orang yang anda dah hasilkan entri baru.

Memanglah kita ni bukan top blogger nak harapkan kunjungan yang banyak masuk ke dalam blog kita tetapi sekurang-kurangnya kita mempromosikan entri kita itu.

Konten bermanfaat

Saya ni bukan blogger lama, dan bukan pro, tapi saya tak mahu loket ilmu untuk berbagi ilmu bagaimana nak bagi orang masuk dan baca blog kita ni.

Jadi, saya share apa yang saya tahu sahaja. Sebenarnya orang nak baca blog kita ni tak nanti kita ni blogger hebat dan popular pun.

Asalkan konten kita bagus dan bermanfaat, orang akan baca juga. Cuma tolonglah elakkan konten yang syok sendiri. Tapi sebenarnya tak kisahlah apa-apa konten sekali pun, sebab semuanya ada pembacanya tersendiri.

Share di media sosial

Sekarang ini untuk mendapatkan aliran traffic ke blog anda cukup mudah sebenarnya. Adalah dengan berkongsi link entri anda itu ke media sosial.

Bagi blogger-blogger baru seperti saya, itu adalah cara untuk tarik pembaca. Jangan tunggu mereka datang tapi jemputlah mereka bertandang.

Pembaca ni ada dua kategori, ada yang suka meninggalkan komen dan ada yang membaca tapi diam sahaja. Apabila dia suka, dia terus berkongsi kepada orang lain.

Jadi secara tak langsung blog anda akan berkembang. Itu jika anda menghasilkan entri yang bagus dan bermanfaat. Mereka tanpa disuruh pun akan share dengan sendirinya.

Di samping itu juga, sediakan kotak like pages Facebook anda di blog supaya anda dapat kumpulkan follower-follower blog tu.

Dengan ini di masa akan datang senang untuk anda memberitahu kepada mereka akan entri yang berikutnya. Mereka pun kalau dah suka akan follow anda.

Macam mana nak tahu mereka suka ke tak?

Wujudkan komunikasi dua hala, seperti menciptakan group di Facebook berkaitan blog anda itu. Sekurang-kurangnya anda akan mendapat maklum balas darinya.

Boleh menambahbaik blog kita tu dari semasa ke semasa. Dalam dunia ni tak semua orang benci kita. Pasti ada yang suka dan sayang kat kita. Percayalah.

Contohnya, Blog saya okey tak? tanya mereka, Apa yang yang kurang lagi ya? Mungkin dengan cara ini kita akan tahu kelemahan blog kita tu dari sudut pandangan mereka sebagai pembaca. Sekurang-kurangnya kita dapat baiki.

Bila kita wujudkan Facebook pages dan group FB, kita dapat berinteraksi dengan pembaca-pembaca kita secara terus. Paling tidak kita dapat mengumpulkan pembaca setia.

Ada juga kawan saya, dia buat macam ni, dia bina group di Telegram, group di wasap, semua tu dia buat untuk pembaca-pembacanya.

Menulis untuk pembaca setia anda

Menulis untuk pembaca sedia ada anda lebih muda, maksudnya anda sudah mempunyai pengikut walaupun belum ramai tetapi itu tak mengapa. Lama-lama ia akan berkembang.

Fokus sahaja pada mereka. Anda lebih kenal siapa mereka dan apa yang mereka mahukan. Jadi tulislah apa yang mereka mahu. Jangan tulis sesuatu yang syok sendiri kerana ia merugikan anda dan masa anda.

Pentingnya niche blog

Sebelum ni saya ada terangkan pasal niche blog iaitu Apakah Maksud Niche? Jadi inilah pentingnya niche blog. Pembaca tahu apa yang anda tulis dan apa sebenarnya fungsi blog anda dan apa sebenarnya topik blog anda.

Maka pembaca blog anda adalah di kalangan mereka yang berminat terhadap cerita-cerita atau info-info yang anda kongsikan. Jadi tak timbul lagi tak ada orang yang baca blog anda.

Tajuk entri superpower

Yang ini saya pun sebenarnya tak berapa reti jugak. Tajuk entri pun main peranan penting nak bagi orang klik url dan sekaligus untuk menarik minat mereka untuk membaca. Kalau tajuk yang 'basi' orang pun tak nak klik masuk.

Contohnya, Saya Suka Makan Mee Goreng. Agak kurang menaik, kan? Tapi kalau bubuh tajuk, Cara Makan Mee Goreng Paling Berkesan. Saya pun jadi terkejut nak baca. Tajuk pelik-pelik orang suka nak baca. Tak begitu?

Belajar teknik Seo

Ini lagilah saya tak berapa pakar, tapi benda ni penting juga untuk blog kita berada ranking teratas dalam carian Google.

Oleh kerana blog saya masih baru dan tak mesra Google lagi, jangan harap dapat berada di ranking pertama. Duduk sajalah dekat belakang-belakang. Lagipun entri-entri yang saya hasilkan belum dapat dicari orang. Di sini pentingnya belajar keyword.

Nak belajar ini kenalah menuntut dengan mereka-mereka yang pakar atau anda boleh godek-godek ilmu di Google juga bagaimana nak belajar teknik SEO.

Saya pun masih mencari tahu berkenaan hal ini. Biasalah, kena belajar perlahan-lahan. Saya tak dapat nak hadam semua sekaligus. Satu-satu. Jadi anda pun boleh sama-sama belajar.

Masih sedih lagi?

Sekarang masih sedih lagi ke orang tak baca blog? Jangan risaulah, ada saja orang baca. Sudah-sudahlah anda nak bersedih. Tak ada apa-apanya. Enjoylah menulis ni, saling berbagi info yang bermanfaat. Insya-Allah ilmunya akan berkekalan.

Sehingga berjumpa lagi di entri yang akan datang. Selamat maju jaya blogger dan juga kepada semua pembaca, aku ucapkan. Terima kasih.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

5 Responses to "Rupanya inilah sebab kenapa orang tak baca blog saya"

  1. Biasa la tu mula2 nk dikenali..ambil masa bertahun jgk..rajin2 la jenguk dan tinggalkan komen,dan follow blog org lain jgk..

    BalasPadam
  2. Biasa la tu mula2 nk dikenali..ambil masa bertahun jgk..rajin2 la jenguk dan tinggalkan komen,dan follow blog org lain jgk..

    BalasPadam
  3. Kalau mula2 berblog mmg struggle juga nak buat org kenal blog kita haha.. Kalau boleh hari2 blogwalking.. dulu nak share di fb malu kalau org tau kita blogger

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK