Main-main prank hantu akhirnya disampuk hantu


Memang seronok apabila dapat menakuti orang lain tambah lagi dengan membuat video prank hantu dan memuat naik ke internet sebagai konten yang melucukan untuk menaikan rating tontonan bagi meningkat populariti.

Begitulah yang dilakukan oleh dua remaja lelaki iaitu, Anas dan Budi yang memuat naik video-video tersebut di Youtube untuk tontonan pengikut-pengikutnya.

Selain itu, dengan mencipta konten sebegitu, mereka juga dapat meraih pendapatan sebagai Youtuber. Asalkan hobi dapat menjana wang, mereka sanggup lakukan apa sahaja termasuklah dengan membuat video prank.

Anas berkata, pada mulanya dia membuat video ini hanyalah untuk suka-suka sahaja, tapi ternyata lama kelamaan ia mula rasa seronok.

"Kami berasa lucu melihat orang kelam kabut tengok pocong tiba-tiba muncul di dalam semak ketika orang sedang melalui di kawasan yang sunyi." ujar Anas.

Demikian itu Budi pula berkata, "Dengan ketakutan mereka kami berasa puas. Kami melakukannya pada waktu malam. Perasaan takut tidak ada dalam diri kami melainkan perasaan lucu semata-mata."

Walau bagaimanapun, detik mengembirakan mereka akhirnya disapa dengan satu tragedi yang tidak dapat mereka lupakan sehingga ke hari ini.

"Pada malam tu, kami nak buat video prank dekat kawasan kubur. Anas cakap, mustahil ada orang nak lalu kawasan ni... tapi saya kata cuba dulu, mungkin ada orang lalu sebab itu merupakan laluan yang dekat orang nak pergi ke kedai runcit." Kata Budi.

Selepas itu mereka bersiap sedia ke tanah perkuburan untuk buat projek video mengusik orang yang lalu di laluan tanah perkuburan itu. Pada malam yang diterangi cahaya bulan purnama, Anas menjadi pocong olok-olok.

"Ketika saya berdiri di sebalik pokok pisang yang berada tepi sungai, saya dah mula rasa ada benda yang sentuh belakang saya. Tapi saya buat tak tahu," Kemudian Anas berpaling, tapi tiada sesiapa di belakangnya.

Manakala Budi memberi isyarat melalui kelipan pancaran laser di seberang jalan yang sedang merakam video menandakan ada seseorang sedang berjalan menuju ke arah pohon pisang itu. Kalau nak diikutkan waktu masih awal lagi, baru hampir jam 10 malam.

Anas sudah bersedia mahu melompat keluar bagi menakutkan orang itu. Kiranya orang tersebut merupakan mangsa pertama pada malam itu yang akan dijadikan konten lucu.

"Ketika saya tengah rakam, tiba-tiba kamera terpadam. Saya sedikit cemas kerana bakal terlepas aksi yang saya kira terbaik itu. Saya cuba hidupkan semula kamera. Saya on tapi tak dapat." Budi berasa hairan terhadap apa yang berlaku.

Seterusnya dia rasa suhu sekitarnya berubah, rasa seram sejuk sahaja. Kalau tadi dia berasa hangat, sekarang berasa sangat-sangat dingin seperti hari hendak hujan. Perubahan suhu itu sangat mendadak.

"Waktu itu kabus muncul entah dari mana menghalang pandangan saya untuk melihat Anas. Dan beberapa saat selepas itu kabus itu hilang dan saya nampak pocong dah menggelupur atas jalan."

Budi panik melihat Anas yang menggelupur di atas jalan itu sendirian tidak sedarkan diri. Dia tak tahu nak berbuat apa melainkan cuba mendapatkan bantuan. Dia menelefon kawannya yang lain untuk datang membantu.

Setelah itu Anas dibantu oleh ustaz merawatnya. Kata ustaz, Anas disampuk jin di pokok pisang. Lalu Budi memberitahu, pada malam itu dia nampak kelibat seseorang.

Lantas ustaz memaklumkan, itu merupakan kelibat penunggu di situ. Anas dan Budi telah mengganggu tempatnya dan benda itu pun menjadi sangat marah.

"Masa saya melompat ke arah lelaki itu untuk takuti dia, tiba-tiba lelaki tu membuka mulut dengan menunjukkan taringnya. Matanya merah menyala. Saya rasa macam tak percaya dengan apa yang saya nampak." Beritahu Anas sebelum dia menggelupur tidak sedarkan diri.

Budi pula kesal kerana kejadian tersebut tidak pula dapat dirakamkan, namun dia pun beranggapan, jikalau dapat dirakamkan sekalipun belum tentu orang percaya kerana selama ini dia hanya tahu nak prank orang.

Ditulis oleh : Rashid Salim
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Main-main prank hantu akhirnya disampuk hantu"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK