Misteri Rumah Di Jemaluang


Pertemuan dengan sesuatu yang tidak diduga adalah hal yang menimbulkan tanda tanya tambah lagi jikalau anda mengetahui akan kebenarannya. Begitulah yang terjadi kepada Latif, kawan baik Abang Sani.

Jadi Abang Sani menceritakan kepada saya tentang peristiwa yang pernah dilalui oleh kawan baiknya itu yang dikatakan kebingungan sendiri gara-gara melalui satu pengalaman yang tak dijangka sama sekali.

Abang Sani berkata, Latif merupakan salah seorang kawan baiknya yang kini telah terputus hubungan. Maksudnya dah lost contact. Namun, kisah ini tetap segar di dalam ingatan Abang Sani sehingga ke hari ini.

Manurut Abang Sani, pada waktu itu Latif merupakan seorang mekanik. Latif pernah menceritakan kepadanya sebelum tahun 2000 dahulu berkenaan kejadian yang berlaku di suatu malam di tempat yang sunyi.

Ketika itu Latif ingin pergi ke rumah saudaranya di Mersing. Sebelum sampai ke Jemaluang, jarak dari Jemaluang ke Mersing lebih kurang 20km begitulah tak berapa jauh sangat. Sebelum sampai ke Jemaluang, tiba-tiba temperature kereta naik.

Disebabkan hal itu, dia pun berhenti di tepi jalan dan pergi buka bonet kereta. Waktu itu jam sekitar pukul 10 malam. Jadi, dia pun perhati tengok dan mendapati hos air keretanya pecah. Lalu dia pun menoleh kiri dan nampak ada rumah dalam jarak 50 meter dari tempat dia berada.

Dari situ dia nampak lampu kuning terang dan dia nampak ada tangga pula dekat laluan turun sebelahnya itu. Kiranya ia kawasan lurah sedikit. Rumah tersebut ada dekat bawah bukit sikit. Dia pun turun dan berjalan pergi ke arah rumah tersebut.

Lampu rumah tersebut bukanlah lampu jenis kalimantan biasa, tetapi ia mentol pijar yang warna kuning oren begitu yang biasa rumah-rumah lama pakai.

Selepas itu dia pun beri salam sambil tengok lagi dekat rumah tersebut ada dua buah kereta. Kereta jenis Mercedes 123 lama dan juga Saga sedan manakala Latif pula pakai Saga lama jenis Aeroback.

Kemudian tuan rumah pun keluar dan Latif pun beritahu bahawa tangki air keretanya bocor lalu tuan rumah tu kata tak apa dan memberitahunya bahawa dia ada spare dalam plastik lagi. Lega Latif mendengarnya. Lalu diberikan kepada Latif.

Sangkaan Latif tak meleset sebab dia anggap tuan rumah mesti ada simpan spare sebab di rumah ada pakai Saga, mustahil kalau tak simpan spare. Jadi telahannya tepat, dia bernasib baik. Dia sangat-sangat berterima kasih.

Bukan setakat dapat hos air itu sahaja, malah tuan rumah itu siap bagi Latif air dalam plastik lagi sebagai bekal minum. Air sirap katanya. Air untuk tangki dia tak mintalah sebab dalam kereta dia dah ada air spare.

Dia pun pergi pasang hos, air sirap yang dia minum sikit itu pun dia sangkut depat pokok yang ada dekat situ. Kemudian dia start enjin kereta, nampaknya semua dah okey. Keadaan pun baik-baik sahaja dia teruskan perjalanan.

Bila sampai Mersing rumah saudara dia tu, dia minta maaf sebab lambat sikit. Dia pun cerita pasal tangki air keretanya bocor dan memberitahu dia bernasib baik ada rumah tu tolong bagi dia hos. Saudara dia tu pun tanya dekat mana rumah tu?

Lalu Latif pun jawab sebelah kiri sebelum sampai Jemaluang dan dengan pantas saudara dia menyangkalnya, "Setahu aku tak ada rumah dekat situ," lantas Latif pun mencantas pula, "Apa pulak tak ada, orang tu tolong bagi hos dan siap bagi air minum semua,"

Latif rasa pelik dengan dakwaan saudaranya itu mengatakan kawasan itu tak ada rumah. Mana mungkin tak ada rumah, kalau tak ada? Macam mana kereta dia boleh jalan dan elok je? Itulah yang Latif fikir. Dan esoknya dia balik, hari petang.

Jadi pada petang itu dia teringat balik dekat kawasan yang dia berhenti itu dan tercari-cari dekat mana dia berhenti malam tadi. Dia pandu perlahan-lahan dan dia ternampak plastik air tergantung dekat pokok.

Dia pun berhenti tepi dan melihat dari seberang jalan. Memang dia nampak jelas platik air itu dan masih berbaki lagi air sirap di dalamnya. Dia pergi melintas jalan itu meninjaunya. Memang betul, rumah itu tak ada. Tangga yang dia turun malam tu pun tak ada.

Apa yang peliknya, plastik air tu sahaja yang ada. Dia pun terkejut lagi. Dia pun segera pergi ke arah keretanya pula dan cepat-cepat pergi buka bonet kereta. Dia tengok balik hos kereta itu. Dia risau juga kalau-kalau hos itu hilang ke, atau ada apa-apa ke yang jadi.

Dia tengok hos yang dia gantikan malam tadi elok je, tak ada masalah pun. Sehingga samopai kereta tu dia jual pun barnag itu elok lagi. Dia cuma pelik, rumah tak ada orangnya tak ada, tapi hos kereta tu masih ada lagi. Itulah ia menjadi misteri sehingga ke hari ini...

Begitulah gais perkongsian daripada Abang Sani berkenaan dari kisah kawan baiknya. Sebelum ini Abang Sani pernah kongsikan dua kisahnya kepada blog ini, jadi korang boleh baca dekat link di bawah ini.

Yang pastinya, kehidupan di dalam dunia ini, tidak hanya kita. Dunia ini terlalu banyak misterinya yang tersendiri yang tidak kita ketahui... Wallahu a’lam
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Misteri Rumah Di Jemaluang"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK