Kelibat Misteri Di Sebalik Pohon Pisang


Peristiwa ini berlaku pada awal tahun 2000 begitu. Seorang brader bernama Zali ditugaskan memungut hutang. Dia yang bekerja di syarikat koperasi itu pun menjalankan tugasnya pergi ke negeri Pantai Timur mencari penama yang berhutang tersebut.

Pandai berhutang tetapi tidak tahu bayar. Pelbagai alasan diberikan sehingga orang tersebut kembali pulang ke negerinya. Jadi mahu atau tidak, Zali pun kena pergi cari rumah orang itu. Tanya punya tanya, jadi dia pun jumpa sebuah rumah.

Masa itu dia pergi dengan seorang lagi rakannya. Dia pelik, rumah itu jauh dari sepatutnya. Entah betul ke tidak rumahnya. Rumah tersebut berada dekat dengan bukit, tepi bukit itu pula kelihatan ada pagar zink yang banyak pokok pisang.

Nak masuk ke kawasan rumah tersebut pun bukan jalan yang elok, berlopak-lopak tidak berturap. Tambah lagi hari lepas hujan. Memang becak. Kereta yang dipandu pun berlumpur semua. Nak buat macam mana, semuanya terpaksa demi tugas.

Pada petang itu dia pun memanggil lelaki tersebut. Tapi rumah papan yang tertutup rapat itu tiada siapa-siapa yang menyahut. Zali bertanya kepada kawannya, rasanya dah betul kan alamat rumahnya? Kawannya pun hanya mengangguk mengiakan sahaja.

Mereka yang berdiri di tangga itu menanti respons tetapi malangnya tiada sesiapa pun. Zali rasa, kehadirannya seperti dirasakan. Sebab itu awal-awal si penghutang itu tak mahu keluar. Memang menyusahkan betul, bebel Zali.

Zali membebel lagi, kalau berhutang dengan ah long memang teruk kena lanyak, ini pinjam dengan koperasi, masih ada budi bicara lagi. Ini siap datang sembah cari, masih buat tak endah. Memang bikin menyirap darah betul. Itulah Zali rasakan.

Kemudian kawan Zali ada seorang lelaki tercegat di sebalik pohon pisang. Terus dicuit Zali dan beritahu ada orang dekat kebun pisang itu, tercegat. Zali pun menoleh dan memerhati lelaki itu. Tapi rupa lelaki itu tak sama seperti lelaki yang dicari. Eh?

Zali pun pergi dekat. Dia melangkah mendekati lelaki itu berdiri macam patung sahaja di situ. Zali pun beri salam, "Assalamualaikum..." langsung salamnnya tak berjawab. Lelaki yang tidak berbaju itu dan hanya memakai seluar tidak langsung berkerdip mata.

Agak misteri juga sebab berdiri di belakang pohon pisang itu. Zali dan kawannya yang berdiri dekat pagar zink itu pun memandang pelik dan bertanya sesama sendiri, "Apahal pulak ni?" Melihat keadaanb tak berubah, jadi Zali fikir lelaki itu mungkin kurang siuman.

Lantas mereka berdua pun berundur dan kembali ke arah kereta. Kalau orang yang dicari tak ada, maka esok mereka akan kembali semula. Sebaik sahaja dah dekat dengan kereta. Zali nampak ada macam kelibat orang di tempat duduk belakang.

Bukan dia sahaja yang nampak, malah kawan dia pun nampak sekali. Terkejutlah kan, siapa pulak tu? Jadi, Zali syak itu adalah lelaki yang sama tak memakai baju. Lelaki yang berdiri di sebalik pohon pisang.


Zali pun toleh kat pohon pisang tadi, lelaki yang dilihatnya tak ada di situ, tapi sekarang dah berada dalam keretanya. Memang sah! Itu bukan orang. Sekelip mata sahaja dah berpindah tempat.

Zali tak tahu nak berbuat apa. Sebaik mereka berpaling ke belakang dan cuba menoleh semula, lelaki misteri itu sudah tiada di dalam kereta. Hilang ghaib begitu sahaja. Lalu mereka berdua pun cepat-cepat beredar.


Rupa-rupanya, mereka berdua dah salah rumah. Rumah yang mereka pergi itu tuannya baru seminggu meninggal dunia. Jadi apakah 'benda' yang telah menjelma di mata mereka itu? 

Menurut Zali, kemungkinan besar itu jelmaan hantu raya yang sedang menjaga kawasan rumah tersebut termasuklah kebun pisang berkenaan. Itu hanyalah andaian Zali sahaja kerana dia sendiri pun tak pasti. Kawannya pula selepas kejadian itu mengalami demam panas selama tiga hari.

Sekian. - Rashid Salim.

Dapatkan buku dari penulis Rashid Salim iaitu Antologi Cerpen seram & thriller Online Reload dan Novel Seram Buruk hari ini, selagi stok masih ada. Whatsapp: [Pesan Sekarang, Klik Sini!]

1 Response to "Kelibat Misteri Di Sebalik Pohon Pisang"

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK