Seram Saka Katering


Semenjak kita mengharungi normal baharu ini, jarang kita dapat menghadirkan diri ke majlis kenduri kahwin gara-gara penularan wabak Covid-19. Rindu rasanya nak hidup seperti sebelum ini bebas virus tersebut.

Inysa-Allah, sama-samalah kita jaga kita dan keadaan akan bertambah baik, Aamiin. Baiklah, sebut pasal kenduri kahwin ini. Ada satu kisah yang saya nak share dengan korang. Ia mengenai cerita saka yang pernah berlaku. Kadang kita tak terfikir, ada ke orang main saka di majlis kahwin ni?

Kalau korang nak tahu, ikuti kisah ini yang dilalui oleh Lisa. Dia pergi dengan anak perempuannya. Khabarnya, suaminya tak ikut sekali ada urusan lain. Jadi dia jadi wakil ke majlis tersebut. Tak pergi, tak bolehlah kan, sebab orang dah jemput.

Baiklah, tanpa berlengah lagi jom ikuti kisah Lisa yang hadir ke majlis perkahwinan tersebut. Di majlis itu ada makan kenduri sekali oleh pihak katering. Kelihatan ramai juga tetamu yang hadir. Bukan main selera sekali para tetamu makan.

Dipendekkan cerita, masa Lisa tengah ceduk lauk, Lisa rasa macam ada tangan sebelahnya yang sedang mencapai lauk. Mula-mula dia buat tak tahu. Tapi dia perasan tangan itu kelihatan lain macam. Dia dah mula rasa aneh.

Lisa pun menoleh dan alangkah terkejutnya… dia hanya nampak hanya tangan sahaja. tangan sampai lengan. Kukunya yang panjang sedang kuis ke dalam lauk yang berada di sebelahnya. Lisa sangat cuak dan menggelabah. Terus tak jadi nak makan.

Masa dia nak ambil anaknya yang berada di sebelah, tiba-tiba anaknya yang berusia 5 tahun itu tercegat kaku seperti melihat sesuatu di hadapannya. Lisa pun memerhati arah yang sama anaknya sedang tengok. Lisa nampak... satu lembaga hijau kehitaman... lembaga itu sedang melelehkan air liur tap tap tap ke dalam bekas makanan hadirin yang sedang makan.

Lembaga yang Lisa nampak itu ada tanduk, dan tanduk itu seperti tanduk kerbau, matanya pula berona merah dan kulitnya bersisik macam kulit buaya. Lisa juga nampak dengan sangat jelas akan taringnya. Makhluk tersebut mencangkung atas meja makan sambil air liur terus menitis masuk ke dalam bekas.

Lisa pun apa lagi, cepat-cepat ambil anaknya dan terus dukung. Dia nak beredar dari situ. Dia dah tak sanggup nak tengok benda-benda tu semua tapi tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang membuatkan dia tersentak dan terus menoleh laju

Rupa-rupanya Lisa telah ditegur oleh pengurus katering tersebut. Pengurus itu bertanya tentang kenapa? Ada apa-apa yang tak kena ke? Seolah-olah pengurus tu mengesyaki bahawa Lisa ni macam dah perasan suatu. Lalu Lisa pun jawab, tak ada apa-apa. Lisa tanpa banyak soal jawab terus beredar.

Bukan bermaksud nak berlaku biadab, tapi dia rasa ada yang tak beres dengan katering berkenaan. Dia ingatkan hal tersebut habis setakat tu je. Rupa-rupanya anaknya sampai ke malam menangis tak henti-henti.

Dia rasa ada hal yang tak kena. Jadi Lisa ni terus pergi berubat dan dia rujuk kat seorang ustaz dan ustaz itu berkata ada benda ganggu anaknya dan Lisa rasa kemungkinan besar benda tu ikut balik tetapi Lisa tak beritahu apa-apa pun berkenaan dengan apa yang dilihat semasa di katering itu kepada ustaz.

Apa yang paling penting adalah anaknya telah selamat tanpa sebarang gangguan. Bagi Lisa itu sudah memadai. Dia pun tak sangka sama sekali terhadap apa yang dilihatnya. Tak sangka sama sekali ada juga orang mengamal ilmu begitu untuk kekal relevan. Itulah yang Lisa fikirkan.

Jadi… begitulah perkongsian serba ringkas berkenaan Saka Di Katering Kahwin. Tonton video penuh kisah tersebut di bawah ini yang lebih menyeramkan, terima kasih.

Dapatkan buku dari penulis Rashid Salim iaitu Antologi Cerpen seram & thriller Online Reload dan Novel Seram Buruk hari ini, selagi stok masih ada. Whatsapp: [Pesan Sekarang, Klik Sini!]
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Seram Saka Katering"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK