OKU Disorok Makhluk Halus


Hari ini saya ada beli surat khabar setelah sekian lama tak beli sebab selalu baca yang digital. Dapat baca akhbar fizikal dia punya feeling memang lain macam!

Tajuk muka depan akhbar yang menarik perhatian saya adalah 'OKU disorok makhluk halus' dan surat khabar yang dibeli adalah Kosmo!

Pagi tadi saya isi minyak motor kat pam minyak Petronas lalu ternampak tajuk akhbar tersebut. Saya pun dapatkan akhbar itu gara-gara nak tahu lebih lanjut apa sebenarnya yang berlaku terhadap lelaki OKU berkenaan.

Lelaki OKU masalah pembelajaran itu namanya Mohd Fashah Samat, 35 dan menurut berita, kejadian ini berlaku di Kampung Sungai Raden, Lubok China Rembau, Negeri Sembilan.

Fashah ni kena sorok dengan lima perempuan misteri. Katanya muka perempuan tu hitam dan rambutnya pula panjang. Dia kena angkat masa tengah tidur dah kat Subuh.

Masa tu dia sedar kena angkat tapi tak dapat nak berkata apa-apa. Maknanya mulutnya terkunci. Dia kena angkat dibawa sampai ke kolam 50 meter dari rumahnya.

Bila mak ayah dia pula mendapati dia dah tak ada di dalam bilik. Biasanya dia memang tak akan ke mana-mana selepas waktu Subuh begitu. Ini tak ada. Memang mak ayahnya berasa sungguh pelik. Cari-cari tak jumpa.

Mereka pun membuat laporan polis. Selepas itu mereka ikhtiar mencari berdekatan kawasan rumah namun tidak juga ditemui. Ketika itu Fashah dah kena sorok, memang tak jumpa.

Fashah direndam di dalam kolam terbiar. Dia cuba nak naik dari situ tetapi tak dapat disebabkan perempuan misteri tu pegang bahunya. Dia terkelu tak dapat berbuat apa-apa.

Lagi satu, dia memang tak dengar orang kampung jerit-jerit memanggilnya. Jadi mak ayah dia risau, kemudian orang kampung pun duk azan sekitar situ. Sampai petang mereka cari.

Selepas dah sejam azan, barulah si Fashah ni keluar tempat dia disorok dalam keadaan kecut dan lemah. Bayanglah selama 12 jam berendam dalam kolam tu.

Orang kampung dah cari tapi tak jumpa. Tahu-tahu keluar sendiri. Kalau tak keluar, entah apalah yang berlaku pada Fashah anak ketiga dari empat beradik ini.

Alhamdulillah, mujurlah Fashah ditemui selamat. Dan begitulah, memang misteri betul akan kelima-lima wanita misteri muka hitam dan berambut panjang itu.



Teringat pula akan kejadian-kejadian misteri yang pernah berlaku di Negeri Sembilan sebelum ini, termasuklah kes kehilangan OKU masalah pembelajaran juga iaitu Nora Anne Quoirin.

Namun kehilangan remaja itu berakhir dengan kematian. Punca kematian dikatakan adalah kerana kebuluran. Itupuan mayatnya temui pada hari ke-10 pencarian.

Berikut adalah sebahagian kehilangan misteri...

Kehilangan misteri di Negeri Sembilan.

28 Januari 2021 - Seorang kanak-kanak yang berusia 11 tahun dilaporkan hilang di sebuah medan selera di Taman Mawar, Seremban.

4 Ogos 2019 - Remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang datang bercuti bersama keluarganya di resort The Dusun Pantai Hill, Seremban dilaporkan hilang sebelum mayatnya ditemui ketika operasi mencari dan menyelamat memasuki hari ke-10.

10 Disember 2017 - Mayat seorang lelaki warga emas yang berusia 65 tahun ditemui di kawasan semak di Jalan Bukit Tembok berhampiran Taman AST, Seremban selepas hampir sebulan dilaporkan hilang.

-Rashid Salim-
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

1 Response to "OKU Disorok Makhluk Halus"

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK