Puaka 'Gong Goi' Tahan Vespa


Sebut pasal Vespa, ia merupakan sebuah kenderaan yang menjadi kegilaan di zamannya. Dapat pakai Vespa kira dah best sangat dah dapat ronda-ronda pusing kampung. Malah ada yang suka konvoi.

Tapi ada juga yang suka gerak sorang-sorang. Haa, ni kisah yang dikongsikan Abang Sani. Ingat lagi tak dengan Abang Sani? Alaa... yang share dengan kita Kisah Misteri Ford Laser Kuning tu?

Bukan itu sahaja ada beberapa lagi kisah yang pernah Abang Sani cerita kat saya yang ada dalam blog ini. Kali ini Abang Sani sudi berbagi cerita yang saya dengar seram pun ada juga. Tapi part lawak pun ada juga.

Tapi kalau orang yang mengalaminya pada ketika itu, saya pun tak pastilah bagaimana jiwa dan perasaannya. Kisah ini menurut Abang Sani berlaku pada pakciknya pada sekitar tahun 70an begitulah.

Pada masa tu pakciknya baru beli Vespa. Bukan main seronok dapat beli motosikal tersebut. Katanya umur pakciknya ketika itu lebih kurang 30an begitulah.

Bila dapat Vespa ni pakciknya suka merayap sorang-sorang sana sini. Jadi dia pun berjalan jauh. Dia dari Kuala Lumpur nak ke Kelantan. Sanggup dan gigih merayap sejauh itu.

Tapi dia ada pengalaman ketika perjalanan nak ke Kelantan yang tak diduga sama sekali. Biasalah bila dengan Vespa ni banyak berhenti rehat. Dia bertolak pagi.

Bila sampai ke satu daerah di Kelantan, bukan lewat mana pun, kira-kira lebih kurang jam 8 lebih begitulah rasanya. Cuma itulah, dulu kan jalan raya kan lengang, sepi. Kiri kanan bukan banyak rumah orang.

Tahun 80an pun dah lengang apatah lagi tahun 70an. Jadi masa dia tengah bawa Vespa tu, sampai satu tempat tu dari jauh dia ada nampak macam orang baju putih terlompat-lompat sebelah kaki sambil tahan motornya.

Pakciknya tu nampak berpandukan cahaya motor Vespanya itulah. Apabila semakin mendekat dia pasti itu macam orang yang meloncat sebelah kaki sambil lambai. Lalu dia pun perlahankan Vespa.

Sekali dia perhati betul-betul... itu bukan orang tapi hantu katanya. Dia pun apa lagi terus pecut Vespa laju-laju sambil sebelah tangan meraba tempat duduk belakang bimbang hantu tu ikut, kata dia.

Bila sampai depan tak jauh dari tempat kejadian, ada road block. Selepas itu polis pun tahan, dia pun cerita kat polis tu katanya, "Tadi belakang saya nampak hantu la encik tahan saya."

Polis tu dengar perkataan hantu, "Hah! hantu?" Polis itu pun cakap kat anggota yang lain, "Haa dah-dah! Angkat kemas-kemas balik," terus angkat roadblock cabut.

Itu ketika dalam perjalanan dia pergi. Selepas itu masa dalam perjalanan balik pula, sama juga dia bertolak pagi, kemudian sampai di Kuala Lipis, tiba-tiba Vespa dia mengalami masalah. Hari dah mula gelap.

Vespanya ada masalah enjin. Katanya ada satu klip tercabut. Kiranya enjinnya ada bergegar begitulah jadinya. Dia perlukan satu paku untuk settlekan masalah tersebut. Cuma Vespa itu masih boleh bergerak tapi tak boleh laju.

Kemudian dia ternampak satu lorong ada kelihatan sebuah rumah kampung. Lantas dia pun singgah untuk meminta bantuan.

Rumah itu dari dalam nampak ada cahaya lampu, tingkap dan pintu semua tertutup. Dia dengar macam suara aci bercakap, riuh dengar. Dia pun panggil nak minta paku. Dapat satu paku pun jadilah untuk selesaikan masalah Vespa dia tu.

Panggil punya panggil, sekali pintu terbuka terpacul benda lain. Dia tersentak terus bergegas pergi ke arah Vespa. Dia press sambil sebelah tangan lagi pegang sit belakang risau pontianak ikut.

Aduh, Vespa tengah nazak bergegar enjin. Tapi nasib baiklah pontianak tu tak ikut, ye. Begitulah pengalaman seram yang dialami oleh pakcik Abang Sani pada ketika itu. Kalau saya, entah apa nak jadi, dibuatnya Vespa tak boleh nak start? Huhu.

Terima kasih Abang Sani sudi berkongsi cerita pada kami. Semoga pembaca semua terhibur. Sehingga jumpa lagi. Sekian. Assalamualaikum.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

1 Response to "Puaka 'Gong Goi' Tahan Vespa"

  1. kenangan mengusik jiwa vespa ni. masa kecik2 aruah bapa saya akan bawak jalan pusing2 kampong tiap kali dia balik kerja haha

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK