Penulis Dan Penggubah


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Fuh, lama betul saya menyelam sampai tak timbul-timbul update blog ini, ya? Bersawang blog jadinya. Sempat bersawag ke tidak ni? Last update 23 Oktober lalu kan? Hampir dua minggu.

Mana saya hilang? Kenapa tak update cerita seram lama sangat? Haa... maaf gais, bukan saya tak nak up cerita seram untuk korang tapi saya menghadapi kekangan waktu. Saya handle beberapa perkara terlebih dahulu.

Hal apa itu?

Inilah nak cerita ni... kisahnya saya sekarang ni bukan tak nak fokus pada blog atau penulis tapi sekarang saya sedang bina satu peluang baru untuk diri sendiri iaitu menjadi penggubah bunga. Ini bukan makluman seram ya.

Saya cuma beritahu sedikit info kepada korang gais agar korang tidaklah tertanya-tanya, mana Rashid Salim hilang ni... apasal tak update cerita lama sangat? Ha, sekarang dah terjawab, kan?

Saya suka gubah-gubah bunga ni dah lama cuma ia taklah serius. Kini minta mula timbul bila tengok benda-benda tu cantik saja. Saya cuba buat sendiri. Tiba-tiba ada permintaan.

Memandangkan saya pun tak ada apa nak buat, saya pun bikin gubahan tersebut. Alhamdulillah, ada permintaan, saya teruskan. Dan selain itu saya pun sediakan juga servis surprise delivery di daerah saya ni.

Lagi satu saya ni cuma gunakan apa yang ada sahaja. Saya tak setup ruang tempat saya buat bouquet ni dengan perkakas baru. Semua saya guna yang terpakai.

Begitu juga dengan ruang tempat saya gubah bunga. Bunga yang saya gubah sekarang ini adalah bunga hiasan orkid jenis latex 3D dan juga jenis SPL (Super Premiun Latex).


Part yang paling saya tak jangka adalah ramai kawan-kawan support cuma saya belum bersedia untuk pos ke negeri lain. Saya belum cukup-cukup bersedia lagi.

Insya-Allah, kalau semua dah ready nanti barulah saya uar-uarkan. Semua itu memerlukan perancangan yang rapi. Tak boleh main redah sahaja. Kalau main pos sahaja, kalau barang itu pecah, siapa nak tanggung?

Saya guna pasu seramik, bukan pasu plastik. Pasu seramik ia nampak lebih menarik. Oklah gais, saya pun bukan nak membebl panjang-panjang, cuma nak berbagi info sahaja tentang apa yang saya lakukan sekarang.

Moga tak adalah yang risau tentang saya di sini, saya baik-baik sahaja. Saya juga doakan korang semua baik-baik juga hendaknya.

Sebelum ini, saya tinggalkan anda dengan video channel Youtube baru saya. Selamat menonton. Saya mohon maaf andai ada salah silap selama ini. Jumpa lagi...

Tonton video di bawah ini: 

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

6 Responses to "Penulis Dan Penggubah"

  1. Betullah selalu org kata. Air tangan lelaki ni kalau dijinakkan memang lawo² hasilnya

    BalasPadam
  2. asalam RS.wah..terima kasih ikuti bolg saya dan follow..

    BalasPadam
  3. usaha yg bagus..menggubah bunga.Semoga berjaya ya

    BalasPadam
  4. wah...tangan emas..

    boleh buat duit

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK