“Abah! Amar ikut siapa tu?” Kalau Terlambat Seminit, Ini Yang Akan Terjadi...


Malam tadi sakit kepala tiba-tiba, mungkin kurang tidur agaknya. Selongkar bekas ubat ngam-ngam ada dua biji Penadol Active-5. Telan dan relaks sekejap.

Tengah duduk baring atas sofa, ting bunyi inbox Facebook masuk, datangnya dari Abang Johan (Bukan nama sebenar). "Dik... abang nak share kisah abang ni... boleh tak?"

Saya suka orang share kisah seram... Seperti biasa saya juga gemar menulis, tambah lagi tulis dalam blog saya ini berbagi cerita pada pembaca saya yang disayangi. Begitulah tujuan Abang Johan nak share dengan pembaca di sini.

"Boleh tak abang call?" Soalnya, saya pun, "Errr....." Bukan apa saya serba salah sebab malam tadi saya sakit kepala, baru lepas telan ubat.

Tetapi demi tidak mahu menghampakan harapan orang, saya pun berikan contact number saya. Tak lama selepas itu Abang Johan pun call. Katanya berminat sangat nak berkongsi, saya pun segan juga dan berkata Alhamdulillah...

Iyalah, lagipun siapalah saya ini, sekadar penulis biasa sahaja yang bukannya dikenali. Entah siapa-siapa saya ini, berkongsi cerita, rasa dan pengalaman kepada semua.

Lalu Abang Johan pun meminta maaf terlebih dahulu sebab call saya pada waktu malam begini. Saya kata tak apalah, okey sahaja. Malah saya rasa bertuah ada orang sudi berkongsi cerita.

Menurutnya, kisah ini terjadi pada tahun 2004 ketika Abang Johan satu keluarga berpindah ke rumah kuaters Guru di Kedah. Abang Johan dipindahkan mengajar di kolej yang baru dibuka dekat sana.

Rumah yang Abang Johan duduk ini dekat pagar yang sebelah pagar itu ada ladang getah penduduk kampung situ. Kolej ini memang dibangunkan di luar bandar. Kuaters guru yang dia duduk ni jenis rumah sebuah-sebuah khas untuk warden asrama.

Abang Johan punya anak kembar berusia 5 tahun ketika itu iaitu Amar dan Amir. Pada malam pertama di rumah itu, Johan dan isterinya tidurkan anaknya di bilik lain. Selepas anaknya dah tidur, Abang Johan dan isterinya masuk biliknya dan tidur.

Kemudian, isterinya terjaga dan kejutkan Abang Johan. Isterinya beritahu terdengar suara kanak-kanak di luar rumah. Masa itu dah 2:00 pagi. Abang Johan pun beritahulah isterinya, mana ada orang.

Isterinya jawab, "Ada... saya dengar suara budak-budak dekat luar rumah ni, dekat sangat dengar, macam bunyi dekat tingkap bilik kita je..." Kata isterinya.

Abang Johan cakap, "Dahlah jangan nak mengarut," tapi isterinya tetap tak puas hati kerana katanya suara itu seperti kedengaran suara anak-anaknya keriangan bermain.

Isterinya agak skeptikal dan terus bangun untuk pergi lihat Amar dan Amir di dalam bilik. Kemudian dia kembali semula pada Abang Johan dan beritahu Abang Johan yang anak kembar mereka tak ada dalam bilik.

Ketika itu Abang Johan jadi terkejut, dan segera meninjau ke bilik, nak pastikan betul ke apa yang isterinya katakan. Dan memang betul, Amar dan Amir tak ada. Dah habis tempat dalam bilik dia cari dalam bilik anaknya, tapi tak jumpa.

Dia tengok pintu rumah semua berkunci, pintu dapur pun berkunci, macam mana anak mereka boleh tak ada di dalam rumah? Dia buka tingkat di biliknya, tengok anaknya ada ke tak kerana isterinya kata ada dengar suara di luar.

Anaknya tak ada di situ. Dia dah mula risau dan terus pergi ke rumah sebelah. Dia terpaksa kerana dah gelisah. Siapa tak gelisah, anak tiba-tiba hilang.

Selepas dia menceritakan apa yang berlaku kepada rakan sekerjanya, jadi rakan sekerjanya pun pergi ke rumah. Dia pun sama-sama minta Abang Johan laungkan azan di penjuru rumah sebagai ikhtiar.

Tak lama selepas itu, Tiba-tiba Abang Johan terdengar suara, "Abah! Amar ikut siapa tu?" Suara itu datang dari arah dapur.

Dengan segera Abang Johan dan isterinya serta ahli keluarga jiran sekerjanya pergi tengok dan mendapati seorang anak Abang Johan bernama Amir tunjuk-tunjuk ke arah kembarnya.

Si kembarnya itu sedang berjalan sorang-sorang menuju ke arah pagar. Semua itu dilihat kerana diterangi balam-balam lampu ruang belakang dapur.

Abang Johan pun segera pergi mengambil anaknya yang seperti sleep walking. Selepas didukung, barulah anaknya bersuara. "Abah!" Terkejut agaknya. Kalau terlambat seminit, kemungkinan besar anaknya akan terus hilang.

Selepas kejadian tersebut, kawasan itu diadakan doa selamat dari gangguan makhluk halus. Mungkin itu penempatan mereka sebelum kawasan tersebut dibangunkan. Ia cuma ikhtiar sahaja.

Memang agak misteri kejadian yang menimpa anaknya. Apabila ditanya kepada kedua anak-anaknya apa yang berlaku, mereka tak tahu apa-apa pun. Ia seperti mimpi sahaja bagi mereka. Tetapi bagi orang tua, ia sangat mencemaskan.

Sekian.

Terima kasih kepada semua pembaca. Sehingga jumpa lagi.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

2 Responses to "“Abah! Amar ikut siapa tu?” Kalau Terlambat Seminit, Ini Yang Akan Terjadi..."

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK