Cara Menghalau Makhluk Halus Dari Rumah


Assalamualaikum. Hi gais. Salam Ramadan Al-Mubarak saya ucapkan. Semoga korang sihat sentiasa ya. Sekejap sahaja masa berlalu. Hari ini dah masuk 5 Ramadan (Ketika tulisan ini ditulis).

Baiklah kali ini saya nak share dengan korang berkenaan bagaimana cara nak halau mahkluk halus dari rumah. Seperti yang kita sedia maklum makhluk halus ini ada dua jenis. Pertama, contohnya mahkluk halus macam semut, anai-anai, itu pun halus juga.

Keduanya adalah makhluk halus yang tak terlihat dengan mata kasar, iaitu jin dan syaitan. Makhluk ini sudah pastinya hal-hal yang ghaib. Namun, ia akan mengganggu kita sekiranya kita membiarkannya.

Makhluk halus yang tak boleh diusir?


Ada makhluk halus yang tak boleh dihalau di dalam rumah kita iaitu yang sedia menghuni di dalam tandas kerana itu telah menjadi tempatnya. Tandas telah menjadi rumah syaitan kerana ia menjadi tempat kita membuang kotoran.

Maka, setiap kali kita hendak masuk dan keluar tandas perlulah membaca doa. Kerana ia akan melindungi kita dari gangguan syaitan laknatullah.

Doa masuk tandas:


Doa keluar tandas:




Cara halau makhluk halus dalam rumah yang boleh diusir adalah dengan dibacakan ayat al-Quran. Namun ada cara dan kaedahnya. Bagaimanakah caranya?

Cara yang boleh diamalkan adalah dengan membaca al-Quran di dalam rumah. Jangan biarkan rumah tanpa ayat-ayat suci.

Lazimkan membacanya di empat penjuru rumah dan cara paling ampuh dengan membaca surah al-Baqarah dan ayatul Qursi.

Sesungguhnya syaitan tidak masuk di dalam rumah yang dibacakan ayat-ayat Allah. Merekakan takut dengan ayat-ayat Allah.

Ada juga pendapat, kalau tak baca dan nak pasang atau putar mp3 surah boleh ke? Bukan tak boleh tapi lebih ampuh kita yang membacanya sendiri. 

Kalau dah tak boleh nak buat macam mana, pasang ayat mengaji pun tak apa dari langsung tak kedengaran ayat al-Quran dalam rumah kita, kan?

Syaitan lagi suka kalau kita langsung tak baca Quran, tak solat tak peduli apa pun tentang hal agama. Iman kita semakin lemah semakin kita tersasar jauh dari landasan, semakinlah kita tak rasa berdosa terhadap maksiat yang kita lakukan.

Sudah memang tugas syaitan melalaikan dan menyesatkan kita. Kalau dia dah dapat masuk dalam rumah kita dengan mudah, begitu mudahlah dia nak masuk dan meresapi jiwa-jiwa kita ni. Hasut kita buat kerja-kerja mungkar.

Sempena bulan Ramadan ini, sama-samalah kita tingkatkan amalan kita. Insya-Allah. Semoga diberkati, Aamiin. Sekian sahaja perkongsian cara menghalau makhluk halus dari rumah. Ok, gais. Semoga berjumpa lagi. Assalamualaikum. Bye.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Cara Menghalau Makhluk Halus Dari Rumah"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK