Panggilan Misteri Untuk Abang Surprise Planner


Assalamualaikum. Hai, Selamat sejahtera. Sebelum ini saya ada share cerita seram berkenaan surprise delivery yang pergi hantar kat sebuah rumah di sebuah kampung. Siapa yang belum baca boleh baca di sini, tajuknya Surprise Delivery Yang Misteri. Korang boleh klik je dekat tajuk tu.

Kali ini cerita ini masih lagi berkenaan surprise ini jugak datang dari seorang abang ini dari sebuah group Facebook. Group bouquet. Abang ni berkongsi pengalamannya jadi SP (Surprise Planner). Jadi, di sini saya share dengan korang.

Tanpa berlengah lagi, ceritanya begini, suatu malam, abang ni nama Amir (bukan nama sebenar) dikejutkan isteri cakap ada pelanggan urgent nak bouquet minta tolong hantar. Jadi Abang Amir ni cakap kat isterinya apa pelik malam-malam nak bouquet?

Isteri Abang Amir kata orang tu call banyak kali beritahu yang dia urgent sebab nak bouquet I'am Sorry. Jadi Abang Amir pun tengok jam masa tu dekat pukul 11 malam. Orang dah nak tidur.

Sebelum tu Abang Amir ni ada bagi tahu saya yang kisah ni berlaku waktu dia buat SP di rumah. Waktu itu dia belum ada kedai sendiri lagi. Kiranya ini pengalaman dia berniaga di rumah. Kecil-kecilan.

Baiklah saya sambung. Ketika itu, anak-anaknya semua dah tidur, Abang Amir jadi serba salah. Dia call balik orang tu dan minta maaf lalu beritahu kalau esok sahaja tak boleh ke? Namun perempuan itu berharap agar dapat bantunya pada malam ini juga.

Abang Amir ni tanpa prasangka apa-apa minta semua butiran. Entah bagaimana dia main percaya sahaja. Isteri dia pun sama tak tanam curiga apa-apa semua pakat optimis sahaja. Pelanggan tu cakap tak kisah berapa pun harganya.

Abang Amir pun tawakal sahajalah nak bantu. Isteri dia tak ikut, jaga anak kat rumah. Nasib baik pada malam tersebut kebetulan ada bouquet yang dah ready stock, maka dia tak perlu susah payah nak buat dan perempuan yang urgent tu pulak tak kisah apa-apa bentuk sekalipun asalkan I'am Sorry ada.

Abang Amir pun pelik juga kenapa begitu? Jadi dia pun cakap kunci kereta bawa bouquet bersama membelah dada malam menuju ke lokasi seperti yang dinyatakan dalam GPS itu. Kalau nak diikutkan dalam 20 minit juga perjalanan. Dia sanggup bantu juga.

Dipendekkan cerita, sampai-sampai, ke lokasi tanah perkuburan lokasi terakhir GPS tu bawa. Jadi dia tak tahu mana lagi nak pergi. Dia call nombor telefon perempuan itu. Nombor itu tiada dalam perkhidmatan. Eh? Abang Amir jadi bingung.

Dia rasa kena game dengan orang. Kena tipu. Percaya bulat-bulat. Semua berlegar dalam kepala. Dia cuba optimis dan redha masa tu. Tapi tiba-tiba dia dengar pintu kereta belakangnya yang dia letak bouquet tu terhempas. Cepat-cepat dia toleh. Dia tengok bouquet dah tak ada tapi dia raba-raba kusyen tu ada duit.

Tiba-tiba dia rasa panik berdebar-debar, dahlah tempat tu gelap, kawasan perkuburan pulak tu dan yang nampak terang pun di hadapan depan kerana diterangi lampu keretanya. Masa dia menoleh ke depan semula. Dia perasan ada kelibat rambut panjang meleret sampai ke tanah sedang melintas. Dia pun apa lagi, terus berundur cepat-cepat dan beredar dari situ.

Saya tanya Abang Amir, berapa nilai bouquet yang dibayar 'benda' tu...? Abang Amir tak beritahu. Saya tanya lagi... Abang Amir buat apa dengan duit tu? Dia pun tak beritahu juga, berahsia benar....

Itulah kisah yang dikongsinya. Saya pun tak nak anggap apa-apa, sekadar berkongsi sahaja, sama ada ianya benar atau pun tidak hanya Abang Amir sahaja yang tahu... namun yang pasti, dalam dunia ini bukan hanya kita... Terima kasih... Sehingga berjumpa lagi, sekian...
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Panggilan Misteri Untuk Abang Surprise Planner"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK