Siapakah Yang Mengintai Di Tingkap Dapur?


Cerita ni berlaku beberapa tahun lepas waktu Bella balik kampung sebab datuknya meninggal dunia. Datuknya dikatakan meninggal akibat sakit tua.

Yang ini kisahnya berlaku sebelum pengebumian. Waktu jenazah berada di anjung rumah, Bella ketika itu pula sedang duduk di dapur. Cadangnya jenazah akan dikebumikan selepas Isyak.

Rumah datuk dan nenek Bella ini rumah kampung jenis lama yang tingkapnya adalah tingkap kayu. Tingkap dapur pun bukan tingkap jenis naco. Belakang rumah nenek Bella tu ada kawasan kebun.

Selepas itu, tandas pula ada yang di luar rumah, dan ada yang di dalam rumah. Kebetulan tandas yang ada di dalam rumah rosak. Kalau nak buang air besar kena guna yang di luar.

Cuma itulah yang moden sedikit, iaitu tandas ada bahagian dalam. Tapi sayangnya rosak pulak. Masa itu di dapur ada beberapa orang termasuk ibu Bella yang nampak agak sedih.

Tak lama selepas itu, ibu Bella pun naik ke atas. Bella pun rasa macam ada orang kat tingkap yang terbuka. Rasa seolah-olah ada orang sedang berdiri kat luar tingkap memerhatikan dirinya.

Tingkap itu berdekatan singki. Singki itu memang betul-betul menghadap ke belakang kebun. Bila Bella menoleh tak ada sesiapa pun. Tapi bila dia berkali ke tempat lain, dia rasa ‘benda’ itu ada lagi dekat situ.

Bila dia toleh semula,’zap’ hilang. Bulu romanya meremang tiba-tiba dan dia rasa seriau semacam, sedangkan ada lagi beberapa orang dekat situ. Dalam masa yang sama, orang di anjung rumah sedang bacakan Yassin.

Bella segera naik ke atas tapi malangnya perutnya memulas. Hatinya pula tak sedap… dia perlu ke tandas. Tapi… hatinya betul-betul tak sedap. Selepas itu dia nampak adik lelakinya dekat tepi gerobok. Dia pun panggil.

Dia minta tolong temankan ke tandas belakang tu. Jadi dia pun ke tandas sementara adiknya tunggu di luar. Kemudian dia panggil adiknya, tapi tak menyahut. Dia panggil lagi sebab dia tak selesa berada dalam tandas tu.

Selepas itu dia dengar orang berdehem di luar. ‘Ehem Ehem…!’ Bella pun panggil, “Dik, kau ke tu?” tapi suara tu kasar semacam, mustahil itu adalah adiknya sedang berdehem sebabnya garau. Adiknya budak lagi.

Kemudian Bella pun keluar dari tandas, tengok-tengok adiknya dah tak ada. Dia rasa geram sangat sebab adiknya tinggalkan dia macam tu sahaja. Sudahlah kawasan itu gelap, yang ada pun cuma lampu tandas sahaja.

Itu pun hanya samar-samar dari lampu belakang dapur. Keadaan situ nampak suram dengan pokok besar. Memang rasa seram sangat. Bunyi cengkerik pulak sangat nyaring. Bella pun terus mengorak langkah laju sebab dah takut sangat.

Waktu dia melangkah laju, dia dengar bunyi ranting patah. Dia pun terkejut, sebab rasa macam ada benda ikut. Waktu dia dah nak sampai ke pintu dapur, situ nampak terang sikit, dia rasa ada orang di belakangnya.

Dup dap dup dap jantungnya berdebar-debar. Tiba-tiba dia segera menoleh dan alangkah terkejutnya dia... dia nampak ada orang rupa persis datuknya, tapi hanya separuh berbadan manusia dan bahagian pinggang sampai bawahnya bukan kaki manusia tapi kaki seperti kaki beruk berbulu lebat.

Bella nak jerit tapi mulut terkunci. Terus dia pengsan. Sedar-sedar dia dah ada di anjung rumah selepas orang dah selesai kebumikan jenazah datuknya.

Bella tanya adik dia, kenapa tinggalkan dia masa pergi tandas? Adik dia tanya balik bila masa pulak dia ikut pergi tandas? Bella bertambah keliru, habis tu yang ikut temankannya pergi tandas itu siapa? Dan yang merupa juga sebagai datuknya itu siapa pula?

Jadi itulah cerita dan pengalaman seram dan misteri Bella yang pulang ke kampung selepas kematian datuknya yang tidak terungkap sehingga ke hari ini.

Sekian, terima kasih.

Rashid Salim
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

2 Responses to "Siapakah Yang Mengintai Di Tingkap Dapur?"

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK