Mungkinkah Menulis Di Blog Lebih Baik Berbanding Yang Lain?


Masih lagi ada yang membuat perbandingan menulis di media sosial seperti Facebook lebih baik daripada menulis di blog. Saya tidak menafikan menulis di situ lebih baik kerana ia mudah viral tetapi usahlah meremahkan orang yang menulis di blog pula adalah suatu yang kurang baik.

Saya tak kisah anda nak menulis cerita atau berkarya di Facebook kerana saya juga berkarya di kedua-duanya. Saya menulis di Facebook, saya juga menulis di blog. Saya memanfaatkan kedua-duanya sekali. Tidak terlintas untuk membanding-bandingkannya, cuma...

Blog ada beberapa kelebihan yang tersendiri yang mungkin tidak ada di Facebook. Sebagai contoh, pertama, fungsi sitemap. Blog ada meyimpan peta laman kita di mana setiap posting kita masih di simpan untuk memudahkan carian.

Keduanya, tag atau label atau kategori. Kita boleh membahagikan setiap ketegori posting kita yang juga memudahkan setiap carian kita. Semua itu adalah memudahkan carian untuk di masa akan datang. Facebook mungkin hanya ada library yang hanya akan menaikkan memory sahaja.

Baik saya senaraikan pendek beberapa kelebihan:
  • Blog ada sitemap
  • Blog ada tag/label
  • Blog ada fungsi dashboard
Bahagian dashboad pula ada pelbagai menu yang kita boleh untuk setting balik, ada ruang edit semula posting kita untuk update (kemaskini) posting. Semua terlihat teratur.

Namun, saya tak kata ia terlalu bagus tapi sekurang-kurangnya ia baik untuk jangka masa panjang. Kalau saya berkarya paling tidak karya-karya saya tersimpan di dalam blog. Apabila saya nak ping semula ke Facebook, ia tidak hilang begitu sahaja selagi Google masih ada.

Saya tidak tercari-cari, mana perginya karya saya? Saya kena cari balik yang mungkin karya-karya saya sudah tenggelam ke bawah. Kalau di blog, saya hanya perlu cari di sitemap atau search. Mungkin mudah juga mencarinya di carian Google dengan kata kunci yang ada.

Paling tidak karya saya akan terus dibaca oleh pembaca-pembaca yang dahagakan karya-karya yang bermutu, Insya-Allah. Menulis di blog dan mempromosikannya di Facebook. Kedua-duanya, sama-sama penting dan punya kelebihan masing-masing.

Jadi, menulislah dengan hati yang tenang dan janganlah terlalu membanding-bandingkan antara keduanya kerana saya perhati ada sesetengah orang yang menulis di blog menyalin penulis di Facebook dan ada penulis Facebook pula menyalin (copy paste) tulisan penulis blog, tapi ingat... pastikan dengan izin ya... jangan plagiat. Tak baik! Sekian.

Rashid Salim

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

1 Response to "Mungkinkah Menulis Di Blog Lebih Baik Berbanding Yang Lain?"

  1. Betul kedua platform ada kelebihan/kekurangan tersendiri..Saya pula lebih selesa di blog dari FB.

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK