Buku Seram Senjata Iblis Gabungan 3 Penulis


Assalamualaikum dan salam sejahtera teman-teman serta buat pembaca yang disayangi sekalian. Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi, kali ini saya hadir dengan naskah terbaharu iaitu buku seram bersama gabungan dua lagi penulis bersama iaitu Nurharyati Ishak dan juga Loki Daechwita di dalam Senjata Iblis.

Di sini juga saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Karya Publika kerana menerbitkan naskah ini. Jasa yang tidak terhingga buat penulis novel iaitu kak Ebriza kerana banyak membantu sepanjang perjalanan penulisan ini.

Saya ingin memohon maaf kepada pembaca saya kerana begitu lama menyepikan diri. Bukan niat untuk mengasingkan diri dari duni penulisan mahupun bloging, tetapi diri ini ingin mencari ruang dan peluang dalam hal yang baharu. Namun minat di dalam dunia penulisan tidak pernah terpadam. Cuma, kekangan waktu yang dihadapi sedikit sebanyak merencatkan usaha untuk bangkit.

Walau bagaimanapun, saya akan terus mengorak langkah meskipun perlahan. Namun, dengan sokongan dari pembaca, Insya-Allah saya akan terus berada di sini untuk berkongsi dengan anda selagi diizinkan Allah dan selagi hayat masih dikandung badan.

Buat pengetahuan umum, saya sebenarnya aktif di media sosial terutamanya Tiktok. Akan tetapi tidaklah terlalu obses melainkan untuk membina jenama saya di sana sebagai seorang penulis. Selain itu saya juga ingin bersahabat seramai mungkin.

@rashidsalim2022 ALHAMDULILLAH BUKU SERAM SENJATA IBLIS BAKAL MENEMUI ANDA TIDAK LAMA LAGI... GABUNGAN 3 PENULIS NURHARYATI ISHAK LOKI DAECHWITA RASHID SALIM TERBITAN KARYA PUBLIKA (KP) #novel #buku #seram #senjataiblis ♬ Terimakasih Ya Allah - Aiko Chan

Sehubungan itu, saya ingin mengajak anda untuk mengikuti saya di Tiktok. Di sana saya sengaja tonjolkan diri bagi merapatkan ukhuwah antara kita. Secara tidak langsung, ia akan membuatkan kita lebih akrab. Selain itu juga, kita boleh berhubung dan para pembaca saya tidak kekok untuk berinteraksi. Maksudnya, antara kita akan lebih mesra. Tak gitu?


Sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Manalah tahu kut saya ada menyakitkan hati pembaca saya dalam sedar atau pun tidak sedar. Saya ini manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan khilaf.

Akhir kata untuk posting ini, ribuan terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada anda yang masih setia bersama semenjak saya terjun ke bidang penulisan bermula tahun 2009 lagi. Alhamdulillah. Semoga ikatan ini terus berkekalan. Aamiin...
@rashidsalim2022 BUKU SERAM : SENJATA IBLIS Terima kasih kepada pembaca yang disayangi. Buah tangan terbaru dari kami akan mendarat tidak lama lagi... Nantikan kemunculannya di kedai-kedai buku berhampiran anda... Penulis: Nurharyati Ishak, Loki Daechwita dan Rashid Salim. Terbitan: Karya Publika. @RYANZ @Hᴢᴍ⚡| FMB @Farra Leo❄️ | FMB @FAUZI HAPIZIN @ABAH YUNI🍃| FMB ♬ Motivational - Vioo Sound

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Buku Seram Senjata Iblis Gabungan 3 Penulis"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK