Puaka Cyber Cafe


Dulu zaman Cyber Cafe tengah meletup, ramai budak-budak layan gaming dekat situ. Era penghujung 90an ke tahun 2000, orang layan game RRPG termasuklah Faris.

Ini kisah pengalaman dia masa tengah gila main game di cybercafe. Ketika itu popular game Half-Life dan Counter-Strike termasuklah Warcraft dan Red-Alert. Ada pelbagai jenis game lagi.

Pulang dari sekolah sahaja, mesti dia akan pergi ke cyabercafe. Kadang sampai sanggup ponteng sekolah semata-mata nak main benda alah itu. Begitulah yang terjadi kepadanya.

Sehinggalah suatu hari ayahnya dapat tahu yang Faris ini selalu ponteng sekolah. Cikgu di sekolah melaporkan bahawa Faris kerap tak masuk kelas.

Ayahnya pun berang. Dengar sahaja adiknya cakap ayahnya cari, dia pun tak balik rumah malam tersebut. Dia lepak dekat cybercafe tu sampai cyabercafe tu tutup waktu operasi.

Abang yang jaga cybercafe tu cakap kenapa tak balik lagi, tapi dia minta tolong nak tumpang duduk situ. Dia dah kira baik dengan abang dekat cc tu. Dia nak tumpang situ satu malam gara dia takut nak balik.

Abang tu mula-mulanya cakap tak boleh, tapi Faris ni rayu juga, "Tolong la bang... kalau saya balik nanti ayah saya pukul," Faris sebenarnya takut kena tibai dengan ayahnya. Dah buat salah.

Abang tu pula serba salah. Kebetulan pulak kawan abang cc tu emergency tak jaga kedai malam tersebut. Jadi dia pun dengan berat hati setujulah benarkan Faris tidur situ. Tapi dia mengingatkan Faris supaya jangan buat apa-apa.

Atas dasar percaya, Faris dibenarkan tidur dekat bilik bahagian belakang. Bilik tu terpisah dari bahagian depan bilik cc. Bukan apa, abang tu pun risau juga kut hilang barang ke apa. Siapa nak bertanggungjawab?

Kalau Faris nak buang air kecil ke apa, situ ada tandas sekali. Caybercafe di situ berada di sebuah taman perumahan. Memang jadi tumpuan orang-orang di situ lepak main game. Bila malam, keadaan sunyi.

Pada malam itu, Faris langsung tak boleh nak tidur. Dia benar-benar risau dan terfikir adakah tindakan yang dilakukannya itu betul? Selama ini dia tak pernah berkelakuan begitu. Tak pernah tak balik rumah. Tapi kali ini dia nekad.

Dia jadi begitu sebab risua kena pukul dengan ayahnya yang garang. Dia tahu ayahnya tu kalau dah marah akan pukul betul-betul. Jadi dia trauma. Disebabkan hal itu dia takut nak balik.

Tengah dia baring atas tilam yang dihampar atas lantai sambil lengan atas dahi, dia tiba-tiba dengar ada orang flush jamban. Lengannya yang berada di atas dahi terus dialihkan. Dia bangun terduduk. Eh?

Di malam yang sunyi itu memang jelas kedengaran telinganya menangkap bunyi simbahan air itu. Selain bunyi daun kipas kaki tu, dia turut dengan bunyi engsel pintu tandas berkeriuk. Krekkkk........

Panjang je bunyinya.

Aih... dia dah tak senang duduk. Faris pun tergur, "Siapa tu?" Dia ingin tahu kut abang cc tu datang. Tapi tak mungkin datang waktu dah pukul tiga pagi macam tu? lagipun nak buat apa? Ke kawan dia dah balik?

Pertanyaan Faris hanya dijawab dengan batukkan. "Uhuk uhuk!" Merinding habis bulu roma Faris.

"Siapa tu?" Soal Faris sekali lagi.

"Uhuk uhuk!" Sekali lagi suara batukkan kedengaran.

Faris cuba optimis, sebab abang cc tu dah pesan jangan buat apa-apa. Tapi itukah maksudnya jangan buat apa-apa? Faris bingung. Dia nak pergi tengok. Dia pun keluar dari bilik dan buka lampu. Tapi serius tak ada sesiapa pun selepas dia jengul kepalanya.

Cuma jamban yang menghadap pintu biliknya itu memang terbuka. Dia perasan tadi memang dah tutup rapat. Ternyata memang ada digunakan. Dia dah seriau. Dia pun tutup balik pintu jamban tersebut.

Waktu dia berpaling dan mula nak masuk dalam bilik, dia terdengar lagi bunyi pintu, krekkkkk...... pintu jamban tersebut terbuka balik dengan sendirinya.

Faris cuak. Dia pun terus masuk dalam bilik dan kunci pintu rapat-rapat. Dada dia memang berdebar-debar sangat. Memang tak dapat tidur sampai ke pagi. Macam-macam dia dengar pada malam itu.

Kting! Kting! Kting! Bunyi sudu berlagar dengan cawan seolah-olah ada orang tengah bancuh kopi.

Bunyi tapak kaki orang berjalan. Dia dengar memang macam ada orang dekat luar bilik yang dia duduk tu. Esoknya Faris keluar dari cc tu, badan dah panas-panas sejuk.

Sampai rumah terus minta maaf kat ayahnya dan berjanji tak akan ponteng sekolah lagi. Si ayah sebenarnya risaukan keselamatan si anak. Risau kut hilang, memang dah pergi cari kat cc tapi abang cc tu cakap tak nampak Faris.

Pada malam tersebut cc dia dah tutup awal. Abang cc pun dah balik. Rupa-rupanya yang tegur Faris tu benda yang merupa abang cc itu. Faris pula sebenarnya awal-awal lagi dah menyorok dalam bilik stor niat nak sembunyi di cc tersebut.

Faris panik sangat, sampai tindakan yang dilakukannya pun dah diluar kawalan. Dia jadi kalut takut kena pukul dengan ayahnya. Dia fobia dan trauma. Apa yang berlaku sangat mengganggu fikirannya.

Mungkin itu adalah kesan yang ditinggalkan menjadikan Faris sedemikian rupa. Kadang, bila ayah garang sangat pun tak boleh juga. Mendera anak-anak pun tak boleh juga. Ia akan mengganggu emosi.

Mungkin... kalau hal melibatkan kepala, atau memukul bahagian kepala, memberi kesan buruk di kemudian hari nanti. Hal tersebut telah memberi akibat.

Sekian.

-Rashid Salim.

Rujukan: Skizofrenia (Halusinasi penglihatan & pendengaran)
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Puaka Cyber Cafe"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK