Tragedi : Misteri Rumah Usang


Saya ceritakan serba ringkas apa sebebnarnya yang berlaku terhadap keluarga Wadi, yang memang kerap pindah rumah. Selepas satu-satu rumah pindah sebab tak dapat bayar sewa. Bila dah tak bayar, tuan rumah pun usir.

Apa yang membuatkan Wadi jadi tak mampu nak bayar, sebab gajinya pun tak seberapa. Kerja jadi buruh. Orang suka ambil kesempatan ke atas dirinya. Anak pun ramai, semakin tertekan jadinya. Dahlah anak ramai, dituduh pula hisap dadah. Tak boleh nak kata apa.

Nisa ni pula bini yang menurut je cakapnya, katnya pemalas juga. Duduk pun dalam keadaan kotor, tak reti nak urus rumah tangga. Anak-anak pun terbiar begitu. Mana taknya tuan rumah bising, tak berjaga kebersihan.

Tuan rumah berleter, "Kau ni Nisa, kau tu perempuan cubalah jaga kebersihan sikit." Bila terasa hati mengadu dekat laki. Laki pun mengamuk, pindah rumah.

Itu kalau kena tuan rumah mulutnya laser memang main sembur je cakapnya. Kalau jenis yang tak cakap apa-apa tahu-tahu sahaja beritahu, "Wadi... bulan depan anak aku nak balik, dia nak guna rumah ni..." Itu antara alasan-alasannya

Orang tak nak bagi keluarga Wadi ni sewa sebab pengotor sangat. Pemalas dan tak berjaga. Apa jenislah jadi begitu pun tak tahu. Ada yang syak, Nisa pun dah ambil dadah sekali dengan Wadi tu. Sama-sama hanyut.

Anak-anak pula terabai lima orang kecil-kecil lagi. Susu, makan dan pampers harapkan bantuan orang. Jadi pelik, ini susah ke atau pemalas? Laki kerja tak nak kerja. Lepas tu cipta alasan orang tak bayar gaji dan apa-apa sahaja.

Bila dah kena halau, semakin susah mereka nak tinggal di mana. Nak tak nak dapatlah rumah terbiar, mereka sekeluarga tingal di rumah tersebut. Orang kampung ada yang dah tak percaya dengan mereka. Tapi ada juga orang luar salurkan bantuan.

Orang kampung yang tahu perangai memang tak pandang lagi sebab mereka tu pemalas. Orang yang tahu, tak akan peduli. Namun orang yang cakna datang jenguk, katanya kasihan. Hulurkan bantuan. Bila dapat bantuan, katanya pergi beli dadah.

"Orang yang datang beri bantuan tu tak reti tengok orang, padahal Wadi dan bini tu kaki dadah!" Mulut orang kampung.

"Biasalah, kalau dah pemalas. Dah la malas, tahi dadah pulak tu! Memang hidup tak ada makna langsung." Tambah mereka lagi.

"Ya. Duit yang orang sedekah pun boleh habis macam tu sahaja." Semakin kencang mereka berbicara memanaskan telinga.

Sehinggalah suatu hari tu orang tak nampak lagi mana pergi Nisa dan anak-anak itu. Orang hanya nampak Wadi sahaja berjalan tidak memakai alas kaki. Tergaru-garu kepala.

Orang tak peduli tengok keadaan Wadi dah tak terurus begitu. Itupun orang kampung sibuk mengata lagi, "Tengoklah, dah sewel. Main dadah lagi!" Itulah kata-kata mereka. Mereka tak tahu apa pun.

Akhirnya mereka tertanya- tanya, mana pergi isteri dan anak-anak si Wadi tu? Di rumah usang itu kelihatan hanya Wadi seorang sahaja. Jadi... mereka pun buat-buat tanya, "Eh Wadi? Mana anak bini kau?"

Wadi tak jawab apa-apa pun... dia diam. Orang kampung makin curiga. Lama kelamaan hal itu menjadi heboh bila ada orang kampung dikejutkan rumah kena ketuk tengah malam.

Tok tok tok!!! Tetapi ... Apabila buka pintu telah dibuka, tengok-tengok tak ada sesiapa. Lepas tu dengar pula suara budak-budak bermain. Tengah-tengah malam pulak tu. Kadang sampai ke pagi.

Tidak hanya itu, kalau orang kampung balik lewat-lewat malam, kadang terdengarlah suara perempuan atau anak-anak menangis. Kadang bunyi dalam semak. Bunyi dalam rumah-rumah kosong. Memang meremang.

Rumah-rumah yang pernah Wadi sewa kerap kena ganggu. Penghuni baru kerap kena usik dengan jelmaan perempuan dan anak-anak tersebut. Tapi tak tahu siapa. Kebetulan pula isteri dan anak-anak Wadi dah lama tak kelihatan.

Wadi kahwin dengan Nisa yang merupakan perempuan sebatang kara, jadi tak ada siapa pun peduli, begitu juga dengan Wadi, sebatang kara tak ada keluarga lain yang cari. Mereka orang luar yang datang hidup menumpang simpati di kampung orang.

Bila kerap orang kena ganggu, beberapa selepas itu pun orang pergi cari Wadi kat rumah tu. Bila dah nak sampai ke situ, tiba-tiba bau busuk. Sampai sahaja tengok ada mayat membusuk atas tilam. Wadi dah mati empat hari pun.

Soalnya sekarang, mana anak dan isteri Wadi itu? Tak seorang pun tahu. Hasil dari bedah siasat dilakukan, Wadi bukan mati sebab overdose dadah. Bahkan dia bukan penagih dadah seperti yang didakwa.

Ada di antara mereka fikir bahawa Nisa dan anak-anak dah lari tinggalkan Wadi. Tapi kalau betul, ketukan misteri di rumah-rumah itu dilakukan oleh siapa? Dan, jelmaan siapakah yang mereka nampak serta bunyi suara-suara milik siapa?

Ada pihak mendedahkan, Wadi masih dalam pemerhatian kesihatan mental. Dia ketika itu dibawa oleh seseorang yang prihatin untuk membuat dianosis akan penyakit dihidapi. Apabila dilihat, Wadi menghadapi kemurungan yang kronik sejak dari awal.

Tapi masyarakat tidak mengambil berat akan keadaan mental seseorang, malah lebih bertindak menghukum dari mengambil cakna. Dan memang begitulah yang menjadi kebiasaan manusia yang merasakan dirinya 'normal' tetapi hakikatnya 'mereka' yang sakit sebenarnya.

Penduduk kampung itu kerap juga diganggu dengan ketukan misteri dan suara anak-anak bermain. Dan akhirnya penduduk kampung dikejutkan dengan laporan pihak berkuasa menjumpai bukti bahawa Nisa dan anak-anak telah dibunuh dengan tragis.

Pihak berkuasa menemui pisau yang diyakini untuk menyembelih korban. Kemungkinan pembunuhan itu dilakukan ketika mereka sedang tidur. Namun tidak dapat dipastikan dengan tepat waktunya, ia sekadar teori.

Cuma...

"Tak ada seorang pun yang tahu, kat mana mayat bini dan anak-anaknya tu ditanam..."

Tapi...

"Macam mana Wadi buat semua tu? Dia sorang? Tanam anak-anak dia tu dengan cara yang bagaimana? Aku tak dapat bayangkan."

Mereka cuba membayangkan namun tak tercapai dek akal bagaimana seorang bernama Wadi melakukan pembunuhan tersebut. Ia memang diluar batas normal seorang manusia apabila menghadapi tekanan.

Kematian Wadi pergi bersama rahsia. Di mana mayat Nisa dan anak-anak ditanam? Sehingga kini memang tiada siapa pun yang tahu.

Sekian.

- Rashid Salim
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Tragedi : Misteri Rumah Usang"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK