Pengalaman Misteri Hilang Selama 12 Jam Setelah Minum Petang Bersama Bunian


Berlegar di ruang maya kisah misteri dari pengkongsian pengalaman seorang abang ni. Jadi saya pun tonton video tersebut. Dari video itu, abang ni beritahu bahawa dia bertemu dengan seorang lelaki yang dikenali.

Menurutnya, abang ni kenal seorang pakcik tersebut ketika kenduri kahwin di rumah kawan dia. Abang ni tinggal di Puncak Alam, kenduri kawan dia tu Felda Bukit Cerakah. Beberapa bulan selepas itu, katanya sewaktu dalam perjalanan balik... nak balik rumah dia la di Puncak Alam tu...

Dia terserempak lagi pakcik tersebut yang berjalan kaki. Jadi dia pun tegurlah pakcik tu sebab ya la dah kenal. Niat abang ni pun baik, dia nak tolong tumpangkan. Sebelum dia jumpa pakcik tersebut, dia sempatlah call mak dia bertanya kalau-kalau mak dia ada nak pesan apa-apa sebelum sampai rumah.

Jadi dalam perjalanan pada petang itu dia nampak pakcik itu dan terus offer nak hantar balik. Lagipun dia rasa rumah pakcik tu mungkin dekat je dengan rumah kawan dia yang dia pergi kenduri hari tu. Pakcik tersebut pun bersetuju dan tumpang.

Ketika dia menghala ke Felda Bukit Cerakah tu, tiba-tiba pakcik itu minta dia lalu suatu lorong. Dia tanpa curiga apa-apa, ikut ajelah... cuma, masa awal-awal dia lalu kawasan itu, kiri kanan memang kelapa sawit. Lagi satu, dia rasa macam jauh je nak sampai rumah pakcik tu.

Setelah itu dia sampai ke suatu kawasan, tempat itu nampak asing, tetapi bersih dan nampak elok permandangannya. Maksudnya kawasan yang abang ni masuk merupakan tempat yang sangat indah dan cantik. Jadi dia pun sampai ke rumah pakcik itu.

Dia tercari mana rumah kawan dia, tapi dia rasa memang tak ada rumah si kawan dia tu sebab tengok keadaan pun dah lain. Dia sendiri pun tak tahu dekat mana. Rasa macam belum pernah sampai. Jadi petang itu pakcik itu pun pelawa dia minum dulu.

Dia segan juga tapi dia terima pelawaan tersebut, lepak minum-minum petang sembang macam biasa, dihidangkan makanan yang dia sendiri pun dah lupa makanan apa. Yang dia ingat dia minum kopi, tapi memandangkan dia kurang gemar dengan kopi, dia minum sedikit sahaja demi menjaga hati tuan rumah.

Kemudian dia minta izin nak balik. Masa dia balik tu, dia lalu la jalan yang sama. Waktu dah petang menuju maghrib. Hari gelap. Tapi yang peliknya, semasa dia semakin menjauh, hari bertukar keadaan. Semakin lama katanya semakin terang.

Dia pun buat biasa sahajalah terus balik sampai rumah. Tapi sampai rumah dia tu, dia tengok dah ramai orang berada di rumahnya. Mereka terkejut saat nampak abang ini muncul. Bila abang ni tanya mak dia kenapa? Mereka terkejut sebab menjangkakan abang ini hilang.

Dia rasa sekejap sahaja, tapi diorang dah panik terutama mak dia yang call abang ni tak dapat-dapat. Rupa-rupanya dah 12 jam abang ini gagal dihubungi dan merisaukan mereka sehingga mereka nak buat report polis tapi kes hilang tak sampai 24 jam pun lagi.

Cerita ni tak seram tapi misteri gais, Perjalanan masa di alam sebalik mata dirasakan sekejap sahaja tapi rupa-rupanya waktu yang berputar di dunia kita pula terlalu pantas dan kalau korang nak dengar sendiri perkongsian abang ini, boleh tonton video di bawah.

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Pengalaman Misteri Hilang Selama 12 Jam Setelah Minum Petang Bersama Bunian"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK