“Marilah Sini...” Pengalaman Disorok 'Hantu Repak'


Seorang akak telah berkongsi pengalamannya kena sorok dengan hantu ketika dia kecil dulu. Seriau juga rasanya bila saya dengar kisah tersebut. Bagi yang mengalami memang tahu bagaimana rasanya.

Sebelum ni saya pernah kongsikan dengan korang tentang Adam yang hilang selama tiga hari, korang boleh baca kisah tersebut dekat link yang saya sertakan di bawah ini;

Itu mengenai cerita Adam yang disorok. Ini pula mengenai kisah Eila yang dikatakan disorok hantu ketika bermain sorok-sorok. Itu persamaan antara cerita tersebut. Cuma bezanya, Eila bersembunyi di tempat yang tak sepatutnya.

Tempat apa tu? Kalau saya sebut pun macam tak jangka juga Eila pun sanggup sembunyi dekat celah begitu. Dipendekkan cerita, Eila ni seorang yang lasak waktu kecil.

Biasalah anak tunggal, dimanja-manja. Sepupu sepapatnya semua jago-jago. Eila pula... semua benda lelaki buat, dia pun nak buat. Lasak bukan main lagi.

Orang terjun sungai, dia pun nak terjun sungai. Orang tangkap ketam dia pun tangkap ketam. Orang menjala, dia pun nak jugak. Sejak berumur 8 tahun dia dah terbiasa begitu.

Eila pula anak yatim, telah kehilangan ayah sejak dia dilahirkan lagi. Jadi, nak dijadikan hal, pada petang itu dia main sembunyi-sembunyi dengan sepupu sepapat dia di kawasan rumahnya.

Entah macam mana, dia pun pergi sembunyi di pangkal pokok kelapa condong dan di situ ada rimbunan pandan berduri (pokok mengkuang). Pokok kelapa itu jauh sedikit dari rumahnya.

Ketika dia sedang sembunyi di sebalik pokok kelapa itu, dia terdengar suara sepupunya panggil dia masuk dalam rimbunan itu. Dia tak fikir apa-apa dah, mungkin sepupu dia tu ajak menyorok sekali dalam rimbunan itu.

"Marilah sini..." Kata suara itu.

Eila pun pergi. Dia tengok-tengok dalam tu tak ada siapa pun. Jadi dia tak banyaklah bergerak sebab nanti sakit tercucuk-cucuk duri. Dia pun menyorok di situ. Tapi...

Dia ni rasa macam bingung, tak tahu apa-apa. Terduduk di situ tak reti nak buat apa-apa. Nak panggil orang pun tak, nak menjerit pun tak. Dia kaku dan tergamam. Kemudian hanya bebola matanya sahaja meliar kiri dan kanan, atas dan bawah.

Tiba-tiba Eila ini pun dengar suara orang memanggil-manggil namanya, "Eila!!! Eila!!!" Ternyata mak dan orang lain sedang risau dan mencari dirinya.

Dia yang berada dalam rimbunan itu nak menjerit pun tak tak dapat. Suara tak terkeluar langsung. Dia hanya berteleku kaku di situ sahaja. Dia bingung terus.

Kemudian dia terdengar keriuhan orang-orang serta andang api menghampiri Eila yang berada dalam rimbunan itu. Selepas itu Eila dengar batang dan daun mengkuang ditebas-tebas.

Akhirnya, pakciknya nampak dia dan terus dukung bawa balik untuk memulihkan semangat si Eila. Bayangkanlah hampir pukul dua pagi baru jumpa. Dari siang orang mencari Eila tak jumpa.

Apa yang membuatkan mereka pergi ke pokok mengkuang itu adalah kerana ada orang yang 'arif' cakap terdapat kelibat rambut mengerbang dengan seluruh tubuh penuh dengan lumpur kering. Kelibat itu meresap masuk ke dalam pohon tersebut. Kemungkinan ada sesuatu yang tak beres.

Setelah peristiwa itu, makcik Eila yang selalu ambil daun mengkung dekat situ untuk dibuat tikar dah tebang habis pokok itu. Mereka risau kalau-kalau hal yang sama berulang. Akan tetapi, Eila semenjak kejadian itu, mendapat kejadian aneh.

Dia kadang-kadang sering ternampak kelibat-kelibat asing. Walaupun hal itu telah lama berlalu, sehingga ke hari ini, kalau ada sesuatu hal pelik, mesti entiti itu cuba untuk menyapanya.

Tambahnya lagi, hantu yang menyoroknya ketika dia masih kecil dikatakan adalah Hantu Repak. Itu adalah panggilan bagi sesetengah tempat di pendalaman Sarawak. Repak (Bahasa pendalaman Melayu Sarawak) yang bererti rimba atau hutan.

Sekian. - Rashid Salim.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "“Marilah Sini...” Pengalaman Disorok 'Hantu Repak'"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK