Surprise Delivery Yang Misteri


Saya sekarang dah menceburi bisnes surprise delivery, pelbagai benda saya nak kena setup lagi. Tapi Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Blog pun sampai dah bersawang tak update kisah seram dan misteri.

Kebetulan pula saya dah berada dalam bidang ini, terdengar pula perkongsian kisah dari rakan yang memang dah lama duk buat bisnes ni. Saya duk pasang telinga dengar apa yang dia cerita. Boleh dikatakan seram sejuk jugalah.

Saya share dengan korang ya, ini secara ringkas sajalah ya untuk mudah faham bagaimana perjalanannya. Tapi sebelum itu saya nak terangkan secara ringkas berkenaan perniagaan ni bagaimana.

Bisnes ni macam buat kejutan macam bagi hadiah sempena hari lahir, ulangtahun perkahwinan dan sebagainya termasuklah hari ibu atau hari bapa serta hari guru.

Baiklah, kita sambung pasal tadi. Kawan saya ni dia dah uruskan bisnes ni dah lama. Jadi bila dia tahu saya bikin benda ini dia pun bagi beberapa tips dan nasihat perniagaan. Yang baik saya ambil. Dia ni perempuan.

Iyalah, orang lama, kita kenalah ambil contoh. Ok, jadi dia pun share pengalaman misteri yang pernah dialaminya. Katanya dulu waktu dia mula-mula jalankan perniagaan ini, dia dapat tempahan delivery.

Dia ketika itu ambil tempahan ulangtahun tersebut. Tempahan itu sebulan lebih awal dari tarikh penghantaran tersebut. Dipendekkan cerita, sampai tarikhnya, dia pun pergi hantar bouquet hadiah itu.

Dia pergi seperti alamat yang dinyatakan. Bila dia sampai, dia tengok rumah tu kosong tak ada orang. Rumah kampung, jauh dari jiran-jiran. Beberapa kali dia beri salam. Jadi partner dia lagi sorang ni tegur beritahu ada orang dekat belakang.

Jadi pada tengah hari itu, dia pun pergi ke bahagian belakang rumah. Nampaklah seorang perempuan berkemban batik. Segan pula tengok tapi tak apa sama-sama perempuan. Mereka fikir itulah isteri yang tukang tempah tu.

Mereka bertanyalah adakah itu orangnya, tapi perempuan itu senyum sahaja. Dengan senyuman itu mungkin ya. Jadi mereka pun berikan hadiah itu sambil berkata selamat hari ulang tahun perkahwinan.

Bila mereka hulurkan hadiah tersebut dan perempuan itu nak sambut. Hadiah itu tak lekat langsung. Debuk! Jatuh. Partner dia dah rasa pelik. Lepas tu perempuan tu senyum terus masuk kat bahagian dapur tembus ke dinding macam tu sahaja.

Mereka berdua pun meremang dan terus masuk ke kereta. Hadiah pun tinggal begitu sahaja. Selang beberapa hari tu dia cuba call orang yang tempah itu, tapi orang lain yang jawab. Katanya tuan punya nombor telefon ini dah meninggal bersama isterinya.

Nasib baiklah berlaku siang hari, kalau malam saya pun tak tahu macam mana rupanya. Saya tanya kawan saya tu, ada muka buruk ke tak? Jawabnya tak. Fuh. Nasib baiklah kan... kalau imej yang bukan-bukan ditunjukkan, bagaimana?

Saya tanya lagi, dia ada pergi lagi ke kat rumah tu, dia jawab tak langsung. Risau kut benda itu ikut. Ada demam-demam tak? Dia kata nasib baik tak demam. Cuma terkejut je. Dia kata partner dia yang demam.

Ok gais, begitulah serba sedikit perkongsian. Jika ada kisah-kisah seram yang menarik, saya akan kongsi lagi dengan korang. Teruskan setia bersama saya di dalam blog ini. Jumpa lagi, Assalamualaikum.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

4 Responses to "Surprise Delivery Yang Misteri"

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK