“Kau Boleh Pasang Speaker Kuat-Kuat, Aku Pun Boleh Juga!” Lelaki Berdendam Dengan Jemaah Surau Akhirnya Terima Azab!


Kejadian ini berlaku di sebuah kampung. Rumah lelaki ini dekat dengan surau tapi entah kenapa setiap kali masuk waktu solat, mesti dia pun pasang speaker kuat-kuat. Pasang speaker mengaji. Puas dah orang kampung menasihati tetapi sedikit tak endah.

Ketua kampung dah beritahu “Jangan Husin,” (bukan nama sebenar) “Janganlah diulangi lagi perangai tu….” Nasihat ketua kampung. Aih… Husin ni tak peduli langsung.

Subuh, Zohor, Asar, Isyak dan Maghrib memang dia pasang speaker mengaji sehingga mengganggu orang nak solat menjemaah.

Husin kata orang surau pun boleh pasang speaker juga kenapa dia tak boleh. Orang surau pun bising juga, dia pun boleh bising juga. Nak kata apa lagi? Husin ni marah balik kat orang. Takkan pasang kaset orang mengaji pun berdosa? Katanya.

Husin ni wayar dah shock! Marah dek orang kampung dah menyusahkan betul. Dah berapa kali dilarang masih serupa itu. Kalau wayar dah shock tak boleh tunggu situ menyusahkan orang. Kalau berdebat kalah orang kampung.

Sampaikan orang kampung dah naik lali, dah biar begitu sahaja sehinggakan orang kata rumah dia tu dah digelar surau nombor dua. Sampai tak ada apa-apa tindakan nak dibuatnya lagi.

Suatu hari, waktu itu adalah berlaku perkara yang mengejutkan juga. Ada kilat menyambar speaker rumahnya sampai hancur. Allah dah tunjuk dekat situ. Tapi ingatkan insaflah di situ. Senyaplah sebulan.

Tahu-tahu beli speaker baru, buat bising lagi. Tak insaf lagi. Husin ini memang tak boleh dengar orang berkuliah di surau gamaknya. Memang panas. Tapi bising-bising sendiri dengar mengaji tak apa pula. Tapi itulah sekadar dengar dah tak masuk di hati.

Orang kampung adalah tegur anak-anak dia supaya nasihatkan si bapaknya tu habuk sorang pun tak berani nak tegur ayahnya sebabnya anak-anaknya tahu perangai gila si bapak tu macam mana. Bekas keluar masuk penjara dah tak ada hati perasaan.

"Aku pasang kaset orang mengaji! Bukannya pasang musik rock! Apa salah dan berdosa ke pasang orang mengaji? Yang korang pasang speaker kuat-kuat boleh pulak?" Itulah di antara alasan yang diberikan Husin.

Husin ni kiranya punya rekod tak baik dengan pihak polis, nak buat macam mana dah hidup begitu zaman mudanya, sampai ke tua jadi keras hati. Bukan orang kampung tak ambil peduli, dah dia nak mengasingkan diri. Orang kampung pula dipersalahkan.

Benci benar Husin dengan orang surau ni. Berselisih pun tak pandang. Senyum jauh sekali. Orang surau beri salam pun tak dijawabnya. Diajak ke surau, langsung tak dipedulikan. Dihembur dengan makian. Bila orang tabligh datang, yang tak tahu mengajak, kena makilah jawabnya.

Pada suatu malam, lepas solat isyak tak dengar pula bunyi mengaji. Ingatkan biasalah. Mungkin Husin tak ada di rumah kut. Cuma ada seorang jemaah surau ni lalu depan rumah dia. Ternampaklah kelibat Husin tercegat tepi parit.

Jemaah tu pergi tegur, tiba-tiba ghaib. Terkejutlah jadinya. Tahu-tahu isteri si Husin keluar dari rumah nampak si lelaki ini minta tolong orang surau, beritahu yang Husin dah meninggal dalam rumah.

Cuma…

Isteri Husin rasa malu nak cakap. Dengan linangan air mata isteri Husin ni minta orang surau bantu. Sebab keadaan jenazah Husin sangat menyedihkan.

Imam surau yang pernah dimaki Husin pun datang melihat sendiri keadaan mayat Husin. Nauzubillah… mayatnya hitam legam, tangannya keras memekup telinga susah nak diluruskan. Matanya masih terbeliak seolah-olah nampak sesuatu yang menakutkan. Mulutnya ternganga luas seolah-olah sedang berteriak sangat kuat.

Malam itu, imam membantu bersama dengan ustaz yang mahir menguruskan jenazah. Setelah dibacakan doa, tangan yang keras tadi dapat diluruskan cuma wajah yang hitam itu tidak dapat dipulihkan. Mulut yang ternganga dan mata yang terbeliak, Alhamdulillah dapat ditutup.

Semua itu berkat doa, namun masih ada sisa-sisa hati jemaah lain yang mungkin tidak memaafkan kesalahan Husin sehingga jadi begitu. Berapa banyak hati yang terluka kerana perbuatan dan kalimat perkataan dari lidahnya.

Manusia tiada kuasa membalasnya namun Allah jua yang berkuasa. Jika Dia berkehendak, maka jadilah.

Akhirnya, jenazah Husin selamat dikembumikan dan tiada lagi gangguan speaker tatkala azan dan kuliah berlangsung di surau. Kadang-kadang Allah hadirkan orang seperti Husin untuk menguji tahap kesabaran dan keimanan orang-orang surau dan sekeliling.

Sekian. - Rashid Salim.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "“Kau Boleh Pasang Speaker Kuat-Kuat, Aku Pun Boleh Juga!” Lelaki Berdendam Dengan Jemaah Surau Akhirnya Terima Azab!"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK