Dapat Gubah Beg Mahal


Saya dapat order gubahan sebuah beg tangan. Saya ni bukan seorang yang reti sangat bab jenama beg tangan ni. Apa yang orang kasi, saya gubah sahaja. 

Pelanggan saya ini tanya saya, ada tak contoh gubahan? Saya pun dengan jujur beritahu yang saya belum pernah gubah beg besar macam tu, maklumlah orang baru. Biasa kita gubah yang kecil buat bouquet kecil sahaja. Kalau beg saiz besar begitu kena letak box besar jadi tak ada contoh yang besar.

Saya kena beritahu perkara yang betul jadi saya tunjukkan gambar bouquet yang biasa saya buat. Yang ada belon pvc apa semua tu. Nak tunjuk contoh yang besar memang tak ada. Saya cuma beritahu begitu sahaja. Kemudian pelanggan saya itu tanya, kalau bungkus tak boleh ke?

Saya pun berfikir, kalau bungkus tak jadi bouquetlah, ia jadi balut hadiah sahaja. Tapi saya kena terangkan elok-elok pada pelanggan saya nak bagaimana sebab mungkin pelanggan saya ini nak surprisekan isterinya cara yang bagaimana. Sebab itu hari lahir isterinya.

Saya fikir sebelum-sebelum ini dia berikan hadiah pada isterinya hanya bungkus sahaja. Maka saya pun cadangkan pada pelanggan saya buat bouquet begini-begini bagi dia faham. Lalu dia pun minta saya buatkan dulu dan tunjuk padanya.

Di sinilah keadaan teruji sedikit, sebab ia bermain dengan cara kita nak handle. Adakah kita perlu minta diposit dulu atau buat dulu? Sepatutnya kita minta deposit dulu, kan? Tapi di sini saya dah mula was-was dan serba salah.


Pertama, pelanggan saya ini orang yang saya kenal. Kedua, dia tinggalkan beg yang katanya sangat mahal. Betul saya katakan ia sangat mahal. Sehingga saya up di Facebook pun ada yang tak reti tengok harga ada yang komen beg tak ori harga RM400. Tak nampak ke tu USD?

Jadi demi nak jaga kepercayaan itu (hanya untuk dia sahaja, orang lain saya ambil deposit), saya buat dulu, dan anggarkan kos itu tak sampai RM200. Saya pun buat dan tunjukkan. Tapi selepas hantar gambar dia rasa macam ada yang tak kena, dia kata nak buat bungkus juga.


Saya kata tak boleh tengok gambar, kena datang tengok sendiri. Selepas itu dia datang tengok. Selepas tengok depan-depan saya kena beritahu, ini bouquet... sempat lagi dia cakap ini macam orang nak kahwin.

Saya cakap ya, inilah gayanya. Tak adalah orang nak bungkus-bungkus, tunjuk terus. Ini dari Abang Di suami tercinta yang kasi buat Isteri Tersayang. Barulah wife kata uih... nampak real terus depan mata, orang lain yang tolong hantarkan....

Saya sampai macam tu punya tahap nak meyakinkan pelanggan. Sebab nak kena beritahu bouquet ni bukan bungkus-bungkus hadiah, ia sesuatu yang dipersembahkan dengan gubahan. Mata tahu tak akhirnya isteri dia cakap apa? Ni ha.... akhirnya....


Syukur Alhamdulillah kerana pada pandangan isterinya gubahan saya kelihatan cantik, pelanggan saya pun suka. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih kerana mendapatkan perkhidmatan Kristal Florist & Surprise Delivery.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Dapat Gubah Beg Mahal"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK