“Sebentar Cik, Saya Rasa Saya Dah Terlanggar Sesuatu,” Pemandu Grab Diganggu Penumpang Misteri!


Kisah ni diceritakan oleh Faris (bukan nama sebenar) seorang pemandu Grab car di salah sebuah tempat. Pada malam tersebut dia ni dah hantar seorang penumpang ke sebuah perumahan.

Setiba di situ, penumpang itu pun turun. Setelah dia dah nak beredar dari situ… tak jauh dia memandu, tiba-tiba ada orang lambai tahan kereta dia. Jadi Faris ini pun berhentilah.

Faris pun tanya perempuan rambut panjang ikal mayang itu. Nampak jelas wajahnya cantik, wajahnya macam kacukan Cina Arab dan yang peliknya, perempuan itu mengenakan busana pengantin.

“Encik, boleh tumpangkan saya ke depan sana?”

“Tapi cik kena gunakan apps saya dulu.” Kata Faris.

“Bolehlah encik, depan sana sekejap sahaja…” perempuan itu merayu dan Faris akur. Lalu dia mengizinkan perempuan itu masuk.

Faris terus memandu keretanya membelah dada malam membawa penumpang misteri itu. Lalu di dalam keretanya dia sempat bertanya, “Cik ni nak ke mana?”

“Saya nak ke depan sana. Depan tu saja…” Kata perempuan itu yang duduk di tempat duduk belakang.

“Cik ni dari mana?”

Perempuan itu diam tak jawab. Faris pun ubah soalan lain pula. “Cik pakai cantik-cantik ni sebenarnya nak ke mana?”

Pertanyaan Faris langsung tak dijawab. Serba salah Faris jadinya sebab banyak tanya. Dia jadi ingin tahu sebenarnya terhadap kewujudan perempuan itu secara tiba-tiba di tengah malam kat taman perumahan tersebut.

Tapi… dia pun tak menaruh syak, mungkin orang taman itu nak ke majlis kahwin atau apa. Atau… Faris fikir lari dari majlis kahwin kut.

Kemudian Faris diminta masuk ke sebuah lorong yang agak gelap tanpa ada lampu jalan di sekitar situ. Saat dia memandu, tiba-tiba dia terpaksa brek mengejut gara-gara ada benda melintas dan dia terdengar bunyi seperti terlanggar sesuatu.

“Sebentar cik, saya rasa saya dah terlanggar sesuatu,” Faris pun parkir tepi lalu keluar dari perut kereta. Dia tengok bumper keretanya tak ada kemek apa-apa pun. Dia intai-intai sekeliling melalui sinar lampu keretanya.

Tak ada apa-apa pun… ujarnya sendiri lalu dia membuka semula pintu keretanya, Allahu`Akbar! Tiba-tiba terhidu bau busuk menusuk rongga. Bau itu dari dalam keretanya. Loya baunya. Kemudian bau itu hilang.

Faris rasa pelik dan dia lihat penumpang tadi tiada. “Cik!” Panggil Faris yang masih berada di luar kereta.

“Jangan toleh belakang encik…” tiba-tiba Faris terdengar suara dari arah belakangnya. Berat terasa tengkuknya nak toleh tapi… entah kenapa dia rasa nak toleh jugak melihat dengan mata kepalanya sendiri.

Alangkah terkejutnya, dia nampak benda terapung depan dia rambutnya mengerbang. Bebola matanya kemerahan seperti bercahaya dek pantulan dari sinar lampu kenderaannya. Faris juga nampak seperti gemerlipan berjuntaian isi-isi perut bawah kepala itu.

Apakah itu????? Faris terkejut beruk! Benda itu betul-betul ada depan matanya. Dia hampir kejang, dan cepat-cepat dia masuk dalam kereta.

“Allahu`Akbar!!!” Pekiknya!

Faris cepat-cepat pergi dari tempat itu. Dia risau kalau dia diekori. Sampai rumah dia cerita pada member dia, dan member dia macam tak percaya tapi apa yang member dia cakap benda yang Faris nampak itu adalah tengelong atau mungkin juga balan-balan. Setengah tempat cakap, penanggal.

Ia adalah dari seseorang yang mengamal ilmu hitam. Jadi yang Faris jumpa pada malam itu mungkin orang yang mengamal ilmu hitam jadi tengelong.

RASHID SALIM

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "“Sebentar Cik, Saya Rasa Saya Dah Terlanggar Sesuatu,” Pemandu Grab Diganggu Penumpang Misteri!"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK