Padah! Peniaga Bazar Kena Santau, Kaut Untung Melampau


Kisah ini diceritakan oleh Fahrin (bukan nama sebenar). Menurut Fahrin jirannya seorang peniaga makanan di pasar malam, namanya Sidah (bukan nama sebenar). Sidah seorang penjual kuih muih.

Sidah ni dibantu oleh pekerja. Suami Sidah ini pula tukang rumah. Sidah ni dah biasa berniaga. Suaminya kalau tak ada kerja akan bantu Sidah di pasar malam.

Suatu hari Fahrin dengar dari rumah dia suara Sidah mengamuk macam ada yang tak kena. Sebelum ini aman damai sahaja keluarga Sidah ni.

Segala caci maki keluar dari mulut Sidah ni. Fahrin ni bukan nak ambil tahu sangat tapi kadang pukul satu dua pagi dengar mereka bising. Rumah dia dengan si Sidah ni bukan jauh, dekat sangat.

Nak kata Karim (bukan nama sebenar) suami Sidah ada perempuan lain, Fahrin tak pernah nampak pun. Tapi tak tahulah kut ada skandal dalam diam-diam.

Pada malam berikutnya Fahrin dengar macam suara menangis, Sidah ke yang menangis? Suara tu macam dengar ada kat tangga rumah sahaja. Fahrin pun pergi intai dari tingkap rumahnya.

Alangkah terkejutnya Fahrin, dia nampak sesuatu yang seperti berasap hitam seperti lembaga di situ. Benda itu macam perasan Fahrin perhati dia dan terus lenyap.

Suara tangisan tidak lagi kedengaran cuma Fahrin dengar seperti enjin motosikal berlalu pergi menjauh. Fahrin agak keliru tentang apa yang dia nampak.

Esoknya dia pergi ke rumah Sidah ingin bertanya khabar, tahu-tahu sahaja Karim kata perut Sidah membusung. Ya Allah!

Fahrin serba salah nak cerita atau tak apa yang dilihatnya semalam, tapi dia rasa isteri Karim terkena buatan orang. Perut Sidah membusung luar biasa macam orang hamil dan Sidah kesakitan menahan azab.

Fahrin kata tak hanya itu, takut nak tengok azab yang ditanggung Sidah… nak kata durhaka kat suami pun tak pasti sebab seksa sangat, meronta-ronta. Karim kata sebelum ini Sidah tak macam tu.

Menurut Karim Sidah berubah sekelip mata, tingkah laku dan perangainya jadi pelik. Kadang Sidah kerasukan. Memang pelik sangat. Kadang Sidah bercakap sorang-sorang. Meradang dan tak siuman.

Karim rasa mungkin orang dengki dengan Sidah agaknya. Fahrin pun tak pasti nak kata apa. Tapi Fahrin ada kenal seorang bomoh ini, boleh ikhtiarkan. Jadi Fahrin pun cuba hubungkan mereka.

Selepas cuba… keadaan Sidah masih sama, cuma bomoh tu kata… Sidah terkena sihir dan sihir ni sebab orang sakit hati di atas perbuatan Sidah sendiri.

Karim pun tanya sakit hati kenapa? Lalu bomoh tu kata itu kena tanya Sidah sendiri apa yang telah Sidah lakukan kerana Sidah sendiri yang tahu apa yang pernah dilakukannya.

Karim pun tanya Sidah berkali-kali. Sidah cuba ingat…

Di pasar malam…

Kuih… karipap inti angin…

kuih bomboloni ngelat inti…

air balang tawar kedekut gula…

dan macam-macam lagi…

Segalanya yang dia buat dikurangkan kuantitinya semata-mata nak untung lebih… tambah-tambah lagi di bulan puasa lalu pun dia selalu buat begitu di bazar Ramadan.

“Kita tak tahu pembeli mula sakit hati kalau kita buat begitu. Mereka tak redha… mungkin ada di antara mereka berdendam dan ada yang sanggup buat sampai jadi macam ni. Kita tak tahu hati orang. Kalau kita nak berniaga, kita kena jujur…” Ujar bomoh itu.

Karim terdiam mendengarnya manakala Sidah masih menahan kesakitan dan meminta maaf di atas apa yang berlaku. Dia kesal.

Fahrin berkata waktu itu tiba-tiba dia ternampak ada lembaga hitam menindih tubuh Sidah yang terbaring di lantai. Lembaga itu bertaring tajam, berkuku panjang duduk mencangkung atas perut yang membusung. Lembaga itu hitam tapi kurus. Tangan panjang, kaki pun panjang.

Sidah dah nampak hampir nak mati. Lalu bomoh itu tolong ubatkan. Bomoh itu keluarkan botol lalu mulutnya kumat kamit. Benda yang Fahrin nampak atas perut Sidah pun ghaib. Bomoh tu tutup botol macam tu je.

Selepas semuanya selesai, Sidah tenang, cuma keadaan perut Sidah itu tak terus kecut, ambil masa nak surut. Kesakitan yang dialami Sidah mula reda.

Fahrin pun beritahu yang sebenarnya, bomoh tu ada beritahu bahawa dia juga yang sihirkan Sidah sebab ada pelanggan yang pernah membeli dengan Sidah minta sihirkan Sidah sebab sakit hati sangat Sidah selalu buat macam tu selepas dinasihatkan.

Itu semua sebagai pengajaran buat Sidah supaya tak buat hal lagi.

RASHID SALIM
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Padah! Peniaga Bazar Kena Santau, Kaut Untung Melampau"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK