Kehadiran Gadis Misteri Buat Laporan Bikin Anggota Polis Penasaran


Sanusi (bukan nama sebenar) berkongsi kisahnya ketika pernah bertugas. Pada suatu malam tu dia di kaunter meja kerjanya. Ketika itu jam menunjukkan jam 2 pagi.

Maka datang seorang perempuan ingin membuat laporan. Apabila diminta untuk menunjukkan kad pengenalan… lalu kata perempuan itu, dia tidak membawanya. Dia tergesa-gesa datang kerana ia adalah hal kecemasan.

Jadi kata Sanusi pula, kalau kad pengenalan pun tak bawa bagaimana nak meneruskan buat report? Sanusi pun rasa susah nak buat kerja. Tapi perempuan itu pun merayu dan berkata ini melibatkan soal nyawa.

“Encik… tolong saya encik… ” Kata gadis tersebut yang kelihatan sugul sahaja. Wajah gadis itu memang tidak bermaya langsung. Pucat dan rambutnya begitu kusut sekali.

“Ya saya tahu…” Balas Sanusi yang saat itu rasa penasaran melihat keadaan gadis tersebut. Dengan keadaan pakaiannya nampak ada kesan koyak, ada luka juga di tangan. Memang nampak ada kesan kecederaan tapi tak pasti sejauh manakah keadaan sebenarnya.

Sanusi juga tak pasti laporan yang nak dibuat tentang apa. Tapi dari raut wajah di muka ada kesan lebam. Hitam biji mata macam kena tumbuk. Kasihannya, adakah gadis ini telah dipukul?

“Siapa nama cik?”

“Nama saya Hayati…” Kemudian, tiba-tiba Sanusi ditegur oleh rakannya dari belakang.

“Si…” Sanusi pun berpaling.

“Ya.” Balasnya dan rakan setugasnya pun bertanya yang Sanusi bercakap dengan siapa? Lantas Sanusi pun berpaling semula di hadapan namun tiada sesiapa pun. Pelik dengan teguran itu dia pun pergi ke pondok depan tanya rakan yang mengawal pintu masuk.

Dia tanya rakan di situ ada nampak perempuan masuk sini tak? Sebab waktu begini balai polis ini sunyi. Mustahil ada orang lain lagi.

Rakan sekerjanya beritahu memang tak ada sesiapa pun yang masuk dari tadi. Ish! Sanusi cakap ni mesti lamunan dia sahaja. Dia pun nak lupakan sahaja. Mungkin rasa letih sangat agaknya.

Tapi dia ingatkan rasa tu habis setakat itu sahaja… rupanya tak… dia terdengar lagi suara perempuan menangis…

“Huuu…. Uhuuuu……” sayuppp sayupppp….

Kali ini dia tak puas hati. Dia tanya rakannya, ada dengar tak suara tersebut? Malangnya, semua cakap tak dengar. Mereka beranggapan bahawa Sanusi berhalusinasi agaknya. Jadi keadaan Sanusi pada malam tersebut agak kacau sedikit.

Kemudian pihak balai juga menerima panggilan kecemasan ada kemalangan maut, jadi pihak bertugas bergegas ke lokasi. Dalam pada itu ada beberapa orang saksi datang membuat laporan.

Lokasi kemalangan pula tidak berapa jauh dari balai polis berkenaan. Sanusi dapat tahu, perempuan itu persis dengan yang datang nak buat laporan pada malam itu juga. Tapi tak ada siapa pun yang melihatnya datang masuk ke balai.

Perempuan itu menunggang motosikal dirempuh dengan kereta. Kes langgar lari. Berdasarkan identiti kad yang ditemui pada mangsa, memang perempuan itu namanya Hayati...

Jadi begitulah gais kisah Sanusi yang menerima tamu ghaib nak buat report. Kalau seorang sahaja yang nampak, orang lain tak nampak memang pelik la gais.. bila diceritakan kat orang lain, memang orang lain akan cakap orang ni gila. Hanya yang mengalami sahaja yang tahu bagaimanakah rasanya…

Terima kasih sudi bertandang ke blog kisah-kisah seram. Jemput baca kisah-kisah seram menarik yang lainnya di sini. Saya Rashid Salim, jumpa lagi… Assalamualaikum.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Kehadiran Gadis Misteri Buat Laporan Bikin Anggota Polis Penasaran"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK