“Di Sini Aku Telah Mati, Tolong Temui Aku, Carilah Aku…” Jelmaan Budak Perempuan Minta Dicari Jasadnya!


Cerita ni berlaku di luar negara kita. Tapi tak salah kan kalau saya share. Lagipun ia terjadi di negara jiran kita iaitu Indonesia.  Menurut Suman (bukan nama sebenar), ada satu tempat penginapan ni sangat angker. Ini memang misteri gais… saya pun pecah kepala memikirkannya.

Asalnya tempat tu tak ada apa-apa yang pelik tapi selepas kejadian budak perempuan sorang ni hilang, maka terus jadi angker. Orang nampak roh budak perempuan tu merayau di sekitar kolam dan tempat tersebut.

Pada suatu malam pengujung situ nak mandi, sampai kaki ditarik-tarik oleh roh budak perempuan. Memang kena kacau. Semakin lama tempat penginapan itu semakin sepi. Iyalah, orang jadi takut dan berasa seram.

Namun pengusaha situ tak berputus asa cuba cari sebabnya dan ada yang mengadu terdengar tangisan budak perempuan tengah malam. Menurut Suman, ada pengunjung tu, waktu dia tengah berjalan… terasa ada yang mengikut dari belakang.

Ketika menoleh, tiada. Waktu berpaling semua di hadapan, ada entiti yang menakutkan berwajah hodoh dan jelek terpampang di hadapan muka. Terperanjat!

Maka ramai berandaian budak perempuan yang hilang itu sebenarnya sudah mati dan bergentayangan di sekitar tempat penginapan. Rohnya jadi tidak aman dan tidak tenteram maka mengganggu orang.

Pernah ketika di kamar mandi, terdengar suara orang menyanyi, siapa lagi, orang beranggapan itu adalah suara budak perempuan tersebut. Apabila pintu kamar dibuka, ternyata budak perempuan itu ada di dalam.

Malah ada yang mendakwa budak perempuan itu mematah-matahkan jari jemarinya sendiri di hadapan para mangsa yang melihatnya. Itu bagi menakut-nakutkan mangsa.

Lirik yang perempuan itu selalu sebut bunyinya seperti… “Di sini aku telah mati… Tolong temui aku… carilah aku…”

Tapi mereka tidak tahu di mana budak perempuan itu mati dan akhirnya memutuskan untuk memberikan keizinan bagi pihak berkuasa mencari mayatnya di tempat penginapan itu, jika budka perempuan itu benar-benar telah mati.

Namun tiada sebarang bukti ditemui tetapi klu terakhir yang dicari adalah di kolam renang kerana ada yang mendakwa bila mandi, terasa ada yang menarik-narik dari dasar.

Akhirnya air dari kolam renang itu dikeringkan. Entah bagaimana unit pengesan berjaya menemui mayat yang ditanam pada dasar tempat tersebut.

Yang hairannya, bagaimana mayat itu dibunuh dan boleh ditanam secepat itu bawah lantai kolam renang? Sedangkan pada malam budak perempuan yang hilang itu kolam renang tersebut memang ada air. Itulah yang Suman soalkan.

Namun persoalan itu akhirnya terjawab dari bedah siasat mengatakan, mayat tersebut sebenarnya telah lama ditanam sewaktu ia dibina. Cuma budak perempuan yang hilang pada malam itu bukan budak tersebut dan budak yang hilang itu tidak ditemui sampai sekarang.

Menarik kan gais? Misteri kan? Saya pun pening nak fikir mana budak tu pergi dan hilang macam tu sahaja. Dan budak yang mati tu pun orang tak tahu siapa dia. Misteri betul.

Ok gais, terima kasih kerana sudi menjengah ke blog ini. Teruskan membaca kisah-kisah menarik yang lainnya di sini. Jumpa lagi…

RASHID SALIM
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "“Di Sini Aku Telah Mati, Tolong Temui Aku, Carilah Aku…” Jelmaan Budak Perempuan Minta Dicari Jasadnya!"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK